admin

PENENTUAN ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN KAEDAH ISTIWA’ A’DZAM (ISTIWA’ UTAMA)

PENENTUAN ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN KAEDAH ISTIWA’ A’DZAM (ISTIWA’ UTAMA).

Makkah: Matahari akan berada tegak di atas Kaabah esok 27 Mei 2020 untuk kali pertama pada tahun ini dan kali kedua pada 15 Julai 2020.

Penentuan arah kiblat yang tepat boleh diperolehi apabila berlaku peristiwa Istiwa’ A‘dzam iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah’. Istiwa’ A‘dzam adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenit Kaabah ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami Istiwa’ A‘dzam dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Bagi tahun 2020 yang merupakan tahun lompat, peristiwa Istiwa’ A‘dzam akan berlaku pada 27 Mei 2020 ( jam 5:16 petang ) dan pada 15 Julai 2020 ( 5:28 petang). Ikutilah panduan berikut untuk menentukan arah kiblat dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas:

– Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.

– Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.

-Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran matahari.

Tepat pada masanya pada 27 Mei 2020 jam 5.16 petang atau 15 Julai 2020 jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan.

Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.

Panduan Solat Sunat Tarawih

Panduan Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat

 

Panduan Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat

 

Panduan Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat

TAQWIM RAMADHAN

TAQWIM RAMADHAN ZON 1

 

TAQWIM RAMADHAN ZON 2

 

Waktu Imsak Negeri Sembilan Darul Khusus 1441H

 

Muat turun WAKTU IMSAKIAH DAN BERBUKA PUASA NSDK BAGI ZON 1

 

Muat turun WAKTU IMSAKIAH DAN BERBUKA PUASA NSDK BAGI ZON 2

 

 

 

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT 3 KALI BERTURUT-TURUT (KERANA DARURAT COVID 19)

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT 3 KALI BERTURUT-TURUT (KERANA DARURAT COVID 19)

 

  1. Apakah hukum meninggalkan solat Jum’at 3 kali berturut-turut ketika PKP sekarang ini?

 

Solat jumaat adalah perkara yang wajib bagi setiap Muslim mukallaf seperti yang diperintahkan dalam al-Quran,  Surah al-Jumaah,ayat 9.

 

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

 

Namun dalam keadaan keuzuran atau darurat seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penyebaran virus covid-19 pada masa ini, harus hukumnya untuk meninggalkan solat jumaat di masjid walaupun sehingga tiga kali. Namun ia perlu digantikan dengan solat zuhur di rumah.

 

Hal ini berdasarkan kaedah     الضرورات تبيح المحظورات  (keadaan yang sempit membolehkan perkara-pekara yang dilarang).

 

Dalam hal ini, Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra,  Rasulullah saw bersabda :

 

‎مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

قالوا : يا رسول الله ، وما العذر ؟ قال : خوف أو مرض .

(رواه أبو داود ) .

 

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (para sahabat) bertanya ; “Wahai  Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab, “Ketakutan/kebimbangan atau penyakit”

 

Dalam keadaan wabak covid-19 yang sedang melanda negara pada hari ini perkumpulan seperti solat jumaat di masjid bakal membawa kemudaratan serius yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

 

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus