Aqidah Ahli Sunnah Wa Al- Jamaa’ah & Cabarannya Merentasi Abad

 

TAJUK                        :Aqidah Ahli Sunnah Wa Al- Jamaa’ah & Cabarannya Merentasi

  Abad

PENULIS                    :Ustaz Haji Mahfuz Bin Muhammad

PENTERJEMAH         :Tiada

PENERBIT                  :Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

TAHUN TERBITAN    :Februari 2012

HARGA                       : RM 5

BIL HALAMAN           : 29

 

SINOPSIS

AQIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAA’AH

UstazHjMahfuz bin Muhammad @ Hj Khalil dilahirkan di kampung Batu 6, Bukit Naga, Kelang, Selangor Darul Ehsan. Mendapatpendidikanawaldaripondokayahandanya ‘Ribat al-Fuad’ yang mana ayahandanya juga merupakanmudirMaahadHisyamuddin Sg. Bertih, Kelang, Selangor. UstazMahfuz juga merupakananakdidikdaripondokManabi’ulUlum, Kubang Ulu, Penanti Seberang Prai pada tahun  8oan. Beliaumelanjutkanpelajarankeperingkat Ijazah Pertama di Universiti Al- Azhar, Kaherahdalam Bahasa Arab daritahun 1990-1997. Pada tahun 2000 beliauberhijrahke Sudan dan kembalisemulakeMesirdenganmengikutikursus Diploma Fatwa di Dar al-Ifta’, Mesirsehinggamemperolehi  diploma fatwa pada tahun 2001. Kinibeliaubergiatdengankerja-kerjadakwahdalammenegakkanpegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

BukuinimenceritakanbahawaAhl al-Sunnah ialahpenganut sunnah nabi. Manakalaal-Jam’ahialahpenganuti’tiqadsebagaimanaI’tiqad yang dianuti oleh jamaah para sahabat Nabi s.a.wI’tiqadAhl al-Sunnah initermaktub di dalam al-Quran dan Hadith Nabi s.a.wtetapiianyatidakteratur dan tersusunsecararapi. Pada kurunketigahijrahlahirlah al-Imam Abu Hasan al-Asy’ari. Beliaulah yang bertanggungjawabmengumpul dan merumuskandenganrapiaqidahAhl al-Sunnah wa al-Jama’ahini.

(silabacakeseluruhannya di dalambukuini ;terbitanJabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarangpertanyaan dan pembelianbolehberurusandengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian : 06-7652426 / 06-7652416

RIBA DI DALAM PERNIAGAAN

 

 

Tajuk: Riba Di Dalam Perniagaan “Sejauh Mana Kita Menyedarinya”

 

Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun terbit: 2012

 

Harga: RM4.00

 

Bil Halaman: 17 muka surat

 

Sipnosis:

Pengenalan model perniagaa baru serta kepantasan urusniaga pada hari ini memberi  cabaran kedua umat islam umumnya dan para ilmuan Muamalat islam khususnya untuk menilai keserasian sesuatu urusniaga tersebut berpandukan garis panduan Syariah. Gabungan teknologi maklumat dan perniagaan hari ini semakin kompleks, namun dalam masa yang sama menyumbang kepada potensi, peluang dan cabaran yang besar kepada masyarakat. Tambahan pula, keperluan perbandingan metodologi hukum di antara mazhab-mazhab muktabar, khususnya di antara empat mazhab fiqh islam yang utama (Hanafi, Maliki, Shafie, dan Hanbali), menjadikan perbincangan Muamalat islam pada hari ini semakin mencabar dan seharusnya seseorang ilmuan Muamalat islam tidak patut tergesa-gesa dalam mengeluarkan hukum halal haram berkaitan urusniaga semasa. Perniagaan pada hakikatnya adalah satu istilah yang sangat luar kerana ia boleh merangkumi sebarang aktiviti yang dilakukan oleh mana-mana individu atau institusi untuk mendapatkan keuntungan. Namun begitu, istilah perniagaan di dalam risalah kecil ini lebih meruju kepada B2C atau business-to-customer yang merujuk kepada segmen……

…. (sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)

Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi 06-7652526 / 2426 / 2416 ( Unit Sumber Maklumat )

 

Nihayah Al-Matlub Li Tasfiyah Al-Qulub

 

Tajuk : Nihayah Al-Matlub Li Tasfiyah Al-Qulub

 

Penulis : Shaykh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq

 

Pentahqiq : Dr. Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi

 

Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

TahunTerbit : Cetakan Pertama 2013

 

Harga : RM10.00

 

Bil Halaman : 76 muka surat

 

Sipnosis :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Segala kepujian itu hanyalah bagi Allah semata-mata. Solawat dan salam ke atas kesudahan para nabi, keluarga, sahabat empunya kisah hidup yang mulia. Wahai Para pengamal (Ikhwan) tarekat Naqshabandiyyah yang Maha Tinggi (aliyyah) ini, hendaklah anda mengetahui bahawa inilah satu risalah (buku kecil) yang mengandungi semua kaedah amalan yang diamalkan dalam tarekat ini, berasakan cara yang saya terima secara lisan daripada guru saya iaitu Shaykh Murshid Kamil Mukammil, Faqir Muhammad Andakhawi al-Bukhari r.h di Mekah al-Musharrafah. Risalah Ini disusun dan ditulis bertujuan memudahkan para sahabat saya untuk mengalkannya. Saya berkata, tujuan menjalani tarekat ahli sufi ialah ……….

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

 

Kutipan derma ketika khutbah Jumaat

Soalan:

Kutipan derma masjid melalui tabung bergerak semasa khutbah Jumaat disampaikan

Jawapan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri, Negeri Sembilan Bil. 6/2017-1438H pada 24 Ogos2017/2 Zu al-Hijjah 1438H bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, bersetuju dan berpandangan bahawa memungut derma ketika imam sedang membaca khutbah adalah makruh, qias kepada hukum berkata-kata pada masa imam membaca khutbah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menjaga bapa uzur

Soalan:

Saya sedang menjaga ayah yang sudah tua (85th) yang mana ayah saya kadang-kadang ingat kadang-kadang lupa, termasuklah tentang solat. Adakalanya belum solat dikatakan sudah solat dan ada kalanya bersolat tanpa wudhuk. Persoalan saya ialah:

  1. Adakah boleh saya membiarkan ayah saya bersolat sendirian, pada masa yang sama saya solat berjemaah di masjid.
  2. Apakah keutamaan saya pada situasi sekarang, samada saya solat berjemaah di masjid atau saya bersolat jemaah dengannya di rumah.

Jawapan:

Jika ayah saudara itu memerlukan perhatian yang lebih dan tidak ada orang lain yang boleh membantu mengurus kebajikan dan memantau keselamatannya, maka lebih utama saudara solat berjemaah di rumah daripada solat berjemaah di masjid.

Puasa selepas nisfu sya’aban

Soalan:

Apa hukum puasa selepas nisfu syaaban

Jawapan:

Haram berpuasa Sya’ban pada setengah bulan yang kedua sahaja (selepas nisfu Sya’ban). Larangan ini adalah bagi orang yang tidak memiliki kebiasaan berpuasa ketika itu. Jadi bagi yang memiliki kebiasaan berpuasa (seperti puasa Isnin-Khamis), boleh berpuasa ketika itu.

Mandi wajib dan wuduk dengan rambut ber’dye’

Soalan:

Apakah sah mandi wajib atau wuduk jika rambut di ‘dye’ kerana ada pendapat mengatakan mandi wajib dan wuduk sah kerana rambut tidak termasuk/ bukan anggota badan yg wajib semasa mandi atau wuduk.

Jawapan:

Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu:-

(1)       boleh menyerap air, supaya wudhuk dan mandi wajib menjadi sah

(2)       tidak mengandungi bahan yang memudaratkan kulit; seperti kanser, kekeringan rambut, allergi  dan sebagainya

(3)       dibuat daripada bahan yang tidak bercampur dengan najis dan daripada bahan yang suci dan halal

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi wajib atau wuduk. Ini bererti air yang bersih mesti sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi wajib atau sebahagiannya ketika berwuduk. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi wajib dan wuduk berkenaan tidak sah.

Adat kerjan

Soalan:

Adat kerjan bagi lantikan undang luak Johol. Apakah hukum adat tersebut. Antara aktivitinya ada pergi ke makam gobah, mandi di perigi godang disertai dengan membakar kemenyan dan sebagainya. Adakah perbuatan-perbuatan tersebut menyalahi syarak atau tidak?

Jawapan:

Sepanjang istiadat pelantikan Undang Johol ini hanya memenuhi dan menghormati adat yang tidak melanggar hukum syarak.

Sebagai contoh ketika ziarah ke Makam Gobah (Gobah gelaran bagi Undang Luak Johol yang keenam) diadakan bacaan tahlil ringkas.

Mandi di perigi godang adalah sebagai simbolik membersihkan jasmani dan rohani Undang Luak Johol yang baharu.

Hukum membakar kemenyan adalah harus, digalakkan bagi tujuan berwangian. Daripada Nafi’ r.a berkata:

كَانَ ابْنُ عُمَرَ إِذَا اسْتَجْمَرَ اسْتَجْمَرَ بِالْأَلُوَّةِ، غَيْرَ مُطَرَّاةٍ وَبِكَافُورٍ، يَطْرَحُهُ مَعَ الْأَلُوَّةِ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا كَانَ يَسْتَجْمِرُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

(Muslim 2254)

Yang bermaksud: Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah s.a.w berwangi.

Kesimpulannya, kemenyan boleh digunakan sebagai pewangi tanpa dikaitkan dengan apa-apa kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan syarak, di dalam majlis doa selamat atau majlis tahlil.

 

 

Hukum semakan hafalan pelajar perempuan sedang haid

Soalan:

Hukum semakan hafalan pelajar perempuan sedang haid

Jawapan:

  1. Tidak harus bagi pelajar perempuan yang sedang berada dalam keadaan haid untuk menghafal hafalan baru dan melalui proses tasmik bagi hafalan baru
  2. Walau bagaimanapun, pelajar tersebut diharuskan untuk melalui proses tasmik bagi hafalan lama iaitu merangkumi murajaah jadid, murajaah qadim dan murajaah majmuk.
  3. Manakala bagi calon perempuan dalam keadaan haid yang menghadiri temuduga kelayakan masuk ke institut tahfiz tidak diharuskan untuk membaca al-Quran. Disyorkan agar institut yang menguruskan temuduga berkenaan perlu memberi kelonggaran dan menyediakan alternatif bagi sesi temuduga seterusnya.