Tinggal solat Jumaat ketika PKP

Soalan:

Saya menetap di Nilai Impian dan bekerja di Kuala Lumpur. Saya ada sedikit kemusykilan.

Sebelum fasa PKP, jika hari Jumaat tidak bekerja atau cuti umum, saya akan Solat Jumaat di Surau Al-Firdaus, Nilai Impian. Semalam, saya mendapat maklumat dari pihak Surau Al-Firdaus, Nilai Impian (dari laman Facebook mereka) bahawa pihak Surau Al-Firdaus, Nilai Impian belum dapat kebenaran dari pihak JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan) untuk membuka pintu pada orang awam melakukan solat jemaah sehingga hari ni (Jumaat, 19-Jun). Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk melakukan Solat Zuhur di rumah pada hari ni (saya bekerja dari rumah hari ni) tanpa pergi memeriksa masjid-masjid lain dalam kawasan Nilai terlebih dahulu untuk melakukan Solat Jumaat.

Adakah saya dikira berdosa dan wajib bertaubat? Adakah Solat Zuhur saya pada hari ini sah dalam kes sebegini?

 

Jawapan:

Ketika dalam keadaan menularnya wabak COVID-19, pihak berkuasa masih belum memberi kebenaran solat Jumaat secara menyeluruh. Solat Jumaat yang dibenarkan juga perlu memenuhi syarat dan SOP tertentu. Oleh itu mentaati arahan pihak berkuasa/pemerintah adalah suatu perkara yang penting. Pemerintah berkuasa di atas urusan kemaslahatan rakyatnya dan mentaati mereka hukumnya adalah wajib.

Dalam isu ini, keputusan yang dibuat adalah berdasarkan maslahat dan pemerintah berhak mengadakan apa-apa polisi dan peraturan bagi menjaga kemaslahatan rakyat.

Larangan terhadap sebarang aktiviti perhimpunan ramai, termasuklah solat Jumaat sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan adalah demi kemaslahatan rakyat iaitu mengekang atau membendung penularan wabak Covid-19.

Justeru, dalam keadaan seperti ini, hendaklah kita mematuhi arahan yang dikeluarkan tersebut. Mentaati pemerintah dalam perkara ini adalah wajib dan sesiapa yang mengingkarinya adalah berdosa kerana perbuatannya itu bukan sahaja mendedahkan dirinya kepada kemudaratan tetapi turut melibatkan orang lain.

 

Hukum meninggalkan solat Jumaat 3 kali berturut-turut (kerana darurat Covid 19)

 Solat jumaat adalah perkara yang wajib bagi setiap Muslim mukallaf seperti yang diperintahkan dalam Allah. Namun dalam keadaan keuzuran atau darurat seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penyebaran virus covid-19 pada masa ini, harus hukumnya untuk meninggalkan solat jumaat di masjid walaupun sehingga tiga kali. Namun ia perlu digantikan dengan solat zuhur di rumah.

 

Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra,  Rasulullah saw bersabda:

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (para sahabat) bertanya; “Wahai  Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab, “Ketakutan/kebimbangan atau penyakit”

 

Panduan Solat Sunat Tarawih

Panduan Solat Sunat Tarawih 8 Rakaat

 

Panduan Solat Sunat Tarawih 10 Rakaat

 

Panduan Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat

TAQWIM RAMADHAN

TAQWIM RAMADHAN ZON 1

 

TAQWIM RAMADHAN ZON 2

 

Waktu Imsak Negeri Sembilan Darul Khusus 1441H

 

Muat turun WAKTU IMSAKIAH DAN BERBUKA PUASA NSDK BAGI ZON 1

 

Muat turun WAKTU IMSAKIAH DAN BERBUKA PUASA NSDK BAGI ZON 2