Takut Menjadi Riak

ترك العبادة خوفًا من الرياء هو عين الرياء

Yang bermaksud, Tidak menunaikan ibadah kerana takut menjadi riak maka itulah sebenarnya riak.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Sifat Ubudiyyah

Hasil daripada ibadah akan melahirkan sifat ‘Ubudiyyah ( العبودية ). Imam al-Nabulsiy menyatakan sifat ‘Ubudiyyah tidak mungkin ada dalam diri seseorang itu tanpa melakukan ibadah iaitu dengan melakukan amalan-amalan ketaatan hanya kerana Allah taala sama ada dengan perkataan, perbuatan dan i‘tiqad.

Dalam hal ini manusia (Muslim) terbahagi dalam tiga keadaan:

i. Mereka yang melakukan ibadah.

ii. Mereka yang melakukan maksiat.

iii. Mereka yang melakukan perkara yang harus ( المباح )

Sekiranya seseorang itu melakukan ibadah, mungkin dia mendapat sifat ‘Ubudiyyah, dan mungkin tidak memperolehinya seperti ibadah orang-orang yang lalai. Manakala orang-orang yang melakukan maksiat, dia tidak akan memperolehi sifat ‘Ubudiyyah sehinggalah dia bertaubat. Di sini taubat dikira ibadah yang bersama-samanya sifat ‘Ubudiyyah. Sementara mereka yang melakukan perkara yang harus bergantung kepada niat. Sekiranya dia berniat kepada Allah ketika melakukan perkara yang harus maka ia menjadi ibadah, seandai sebaliknya maka luputlah sifat ‘Ubudiyyah kerana tiadanya ibadah serta ianya dikira adat kebiasaan sahaja.

Oleh Imam al-Nabusiy, dalam kitab Haqa’iqu al-Islam wa Asraruhu, Dar al-Turath al-‘Arabi, 1986. Nama penuh beliau ialah Imam Abdul Ghani bin Ismail al-Nabulsiy bermazhab Hanafi.

Tidur Itu Melalaikan

النوم غفلة، ولكن نأخذ منه بقدر الحاجة

Yang bermaksud, Tidur itu melalaikan, maka ambillah ia mengikut kadar yang diperlukan sahaja.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Orang Yang Tidak Pernah Merasai Tidak Akan Mmahami

الذي لم يذق لم يدر، فكيف يعطي القدر والقيمة للصادقين؟

Yang bermaksud, Orang yang tidak pernah merasai tidak akan mengetahui (memahami). Maka bagaimana mereka boleh meletakkan ketentuan dan penilaian terhadap (perkara yang dilalui) para Siddiqin?

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Lintasan Hati & Was-Was

Dipetik daripada buku ‘ Jiwa: Penyakit dan Penawarnya’ terbitan Jabatan Mufti ada menyebut pada penyakit yang ke-9, halaman 25:

Nafsu itu akan mencetuskan lintasan atau bisikan yang jahat supaya dapat mempengaruhi jiwa untuk melakukan dosa.

Rawatannya, ialah menolak bisikan itu daripada permulaan lagi supaya ia tidak dapat menguasai jiwa dengan cara sentiasa berzikir, mengekalkan sifat Khauf (takut kepada Allah) dalam diri berdasarkan kepada ilmu bahawa Allah mengetahui rahsiamu sepertimana manusia mengetahui segala yang nyata yang ada pada dirimu.

Ibrahim al-Khawwas berkata: ‘Dosa yang pertama ialahlintasan hati, sekiranya empunya diri tidak menolaknya,ia akan menjadi was-was, apabila ia tidak disingkirkan dengan mujahadah nescaya syahwat dan hawa nafsu akan menguasai dan menutupi pandangan akal, ilmu dan keterangan.

Sehubungan dengan itu, disarankan perbanyakkan zikir atau menyibukkan diri dengan amal ibadah bagi membuang lintas hati dan was-was.

Hubungan Syariat,Tarekat Dan Hakikat

الشريعة أصل والطريقة فرع له، والحقيقة هي أن تجتمع الشريعة مع الطريقة

Yang bermaksud, Ilmu Syariat adalah asal (asas) dan ilmu Tarekat adalah cabang daripadanya. Manakala ilmu Hakikat adalah gabungan bersama Ilmu Syariat dan ilmu Tarekat.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Jika Banyak Perselisihan

وأخرج عن إبراهيم التيمي: أرسل عمر بن الخطاب إلى ابن عباس فقال: كيف تختلف هذه الأمة وكتابها واحد ونبيها واحد وقبلتها واحدة؟ فقال ابن عباس: يا أمير المؤمنين، إنا أنزل علينا القرآن فقرأناه، وعلمنا فيما نزل، وإنه سيكون بعدنا أقوام يقرؤون القرآن ولا يعرفون فيما نزل، فيكون لكل قوم فيه رأي، فإذا كان لكل قوم فيه رأي اختلفوا، فإذا اختلفوا اقتتلوا.

Yang bermaksud, Dikeluarkan daripada Ibrahim al-Taimiy: Saidina Umar bin al-Khattab menulis surat kepada Ibn Abbas bertanyakan: Bagaimana umat ini berbeza-beza pandangan sedangkan Kitabnya (al-Quran) satu, Nabinya (Muhammad saw) seorang dan kiblatnya satu? Maka Ibn Abbas menjawab: Wahai Amir al-Mukminin, Sesungguhnya diturunkan kepada kita al-Quran lalu kita membacanya dan kita tahu kenapa ayat itu diturunkan, akan datang selepas daripada kita, kaum yang membaca al-Quran dan mereka tidak mengetahui sebab penurunan ayat-ayatnya, maka berlakulah setiap kaum itu ada pandangan masing-masing, jika setiap kaum itu ada pandangan masing-masing maka berlakulah perselisihan dan jika berlaku banyak perselisihan maka mereka berbunuhan.[1] [1] Miftah al-Jannah fi al-Ihtijaj bil Sunnah, al-Imam al-Hafiz Jalaluddin al-Suyutiy, Dar al-Salam, 2002, hlmn 200.