Jangan Terlalu Banyak Memuji Guru

كثرة مدح المريد لشيخه تضر الشيخ والمريد. فالشيخ ليس إلا واسطة مادم يوفق الشريعة، فإذا خالف الشريعة تسقط حرمته. ماذا يفيدنا إن قلنا: شيخي غوث، شيخي قطب ….؟ ولكن الذي يفيدنا أن نقول: شيخي متمسّك بالشريعة متبع لرسول الله صلى الله عليه وسلم.

Yang bermaksud, Terlalu banyak pujian murid kepada gurunya sebenarnya boleh memudharatkan (mendatangkan keburukan kepada) guru dan murid. Guru hanya penyampai selagi mana dia mengikut Syariat, sekiranya dia (guru) melakukan perkara yang bertentangan dengan Syarak maka gugurlah kemuliaannya (tidak layak menjadi guru). Apakah kesan dan faedahnya jika kita kata: Guruku Wali Ghuas atau guruku Wali Qutub…? Tetapi alangkah eloknya kalau kita katakan: Guruku berpegang dengan Syariat, mengikut (Sunnah) Rasulullah SAW.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Kelayakan Seorang Syeikh

قَالَ ابْنُ عَرَبِيّ: « لاَ بُدَّ أَنْ يَكُوْنَ عِنْدَ الشَّيْخِ دِيْنَ الأَنْبِيَاءِ وَتَدْبِيْرَ الأَطِبَّاءِ وَسِيَاسَةَ الْمُلُوْكِ , وَحِيْنَئِذٍ يُقَالُ لَهُ : أستاذ

Yang bermaksud, Ibn ‘Arabiy berkata: Tidak boleh tidak mestilah wujud pada syeikh (guru) itu penghayatan agama para Anbia’, kemahiran sebagai seorang tabib (doktor) dan kepakaran politik seorang penguasa. Pada masa itu layaklah dia dipanggil sebagai seorang guru.

Dipetik daripada buku ‘Prinsip-Prinsip Tasawwuf’

Malam-malam Istimewa

Malam-malam yang istimewa bagi umat Islam ialah;

1. Malam Jumaat

2. Malam awal Rejab dan setengah pendapat mengatakan malam 27 Rejab

3. Malam Nisfu Sya‘ban

4. Malam Lailatul Qadr

5. Malam Aidil Fitri

6. Malam Aidil Adha

Oleh itu, umat Islam diminta menggandakan amal ibadah seperti membaca al-Quran, berdoa serta melakukan Qiamul Lail untuk merebut kelebihan yang terdapat pada malam-malam yang dinyatakan di atas.

Mencari Lailatul Qadr

Ulamak berselisih pendapat tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulamak berhubung bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Ada yang menyatakan ianya berlaku setiap 7 tahun sekali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin al-Hanifah, ada yang menyatakan ianya berlaku pada setiap bulan, ada yang menyatakan ianya berlaku pada awal Ramadhan, sebahagian lagi mengatakan ianya berlaku pada setengah bulan Ramadhan yang kedua, ada mengatakan ianya berlaku pada malam ke-17 Ramadhan dan jumhur mengatakan ianya berlaku pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Imam Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan malam ke 23.

Formula Ulamak Tafsir Yang Semasa,

Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara dalam Surah al-Qadr iaitu:

i Allah mengulang-ulangkan perkataan لَيْلَةُ القَدْرِ ( ) pada 3 tempat dan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ ) terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 = 27.

ii Surah al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan هِيَ pada ayat yang terakhir surah ini berada di kedudukan yang ke 27.

Formula Imam Ghazali,

Malam Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh.

Bil 1 Ramadhan Lailatul Qadr
1 Isnin Mlm 21 Ramadhan
2 Sabtu Mlm 23 Ramadhan
3 Khamis Mlm 25 Ramadhan
4 Selasa/Jumaat Mlm 27 Ramadhan
5 Ahad/Rabu Mlm 29 Ramadhan

Justeru, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadr secara yakin adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir. Sabda Nabi S.A.W,

فَالتَـمِسُوهَا فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ

Yang bermaksud, Maka kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu pada malam yang ganjil.

Rujukan
Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad, Matba’ah Nadhr, 2001, bab Lailatul Qadr hlmn 201.

Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari, al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani, Dar al-Fikr, 1996, Kitab Fadl Lailatul Qadr, Jld 4, 786

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
Melaksanakan perintah Allah.
Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
Bersamaan dengan selawat para malaikat.
Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
Allah akan menutupi segala dukacita.
Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
Mendapat darjat al-Sidq.
Ditunaikan segala hajat.
Salam sejahtera pada hari kiamat.
Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
Tidak akan merasai fakir.
Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
Mendapat keberkatan daripada Allah.
Mendapat kesempurnaan iman.
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

Teguh pendirian dengan kebenaran.
Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.

Rezeki Kita

قال الحسن البصري: علمت أن رزقي لن يأخذه غيري فاطمئن قلبي

Yang bermaksud: al-Hasan al-Basri berkata: Aku tahu (yakin) bahawa rezekiku (yang dikurniakan oleh Alah) tiada seorang pun boleh mengambilnya daripadaku maka dengan itu hatiku menjadi tenang.

Orang Zalim

إذا أراد أحد أن يظلمك فهو تحت قهر القهّار، ولا يستطيع أن يفعل شيئا بدون علمه وإذنه وإرادته تبارك وتعالى.

Yang bermaksud, Jika seseorang ingin melakukan kezaliman kepada kamu maka (ketahuilah kamu) bahawa orang tersebut sebenarnya berada di bawah kekuasaan Yang Maha Berkuasa (Allah). Dia tidak mampu melakukan sesuatu pun tanpa Ilmu, Izin dan Kehendak Allah SWT.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Perisai Dunia

جنة الدنيا صحبة أهل الله

Yang bermaksud, Perisai untuk menghadapi (huru-hara) dunia ialah bersahabat dengan Ahlillah (ulamak).

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Iman Yang Lemah

الإيمان الضعيف سيفه لا يقطع رأس المخالفات. فإذا نظر المؤمن امرأة أجنبية وغض بصره عنها ولكن الصورة بقيت فى قلبه يشتغل بها، هذا من ضعف الإيمان.

Yang bermaksud, Iman yang lemah, pedangnya tidak mampu memotong punca perkara yang bertentangan dengan Islam. Sekiranya seorang mukmin melihat seorang perempuan ajnabi (bukan mahramnya) kemudian dia menutup matanya tetapi masih terbayang lagi gambaran perempuan tersebut dihatinya dan dia leka dengan perkara tersebut, maka itulah sebahagian daripada tanda iman yang lemah.

Syarat Beramal

لا بد لقبول العمل من ثلاثة شروط:

1. أن يكون موافقا للشريعة.

2. أن يكون مع الإخلاص.

3. أن يكون مع الإحسان.

وإذا لم نتحقق بهذه الشروط علينا بالاستغفار، لا بد أن نؤدي وظيفتنا ونهتم بأداء شروطها، وأما القبول فهو على الله تعالى. إن قبل فبرحمته، وإن لم يقبل فبعدله.

Yang bermaksud, Supaya amalan kita diterima maka hendaklah memenuhi 3 syarat ini:

1. Ianya dilakukan mengikut syariat.

2. Ianya ditunaikan dengan ikhlas.

3. Ianya dilaksanakan dengan ihsan.

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat ini, hendaklah kita beristighfar. Tidak boleh tidak hendaklah kita melaksanakan tugas kita (beribadah) dan berusaha menunaikan syarat-syaratnya. Sama ada ianya diterima maka itu terpulang kepada Allah Taala. Sekiranya ianya diterima maka itulah rahmatNya dan jika tidak diterima maka itulah keadilanNya.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathulluh Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002