Aurat perempuan dalam solat

Soalan :

Dimanakah had aurat perempuan dalam solat?

Jawapan:

Aurat perempuan yang merdeka (demikian juga khunsa) di dalam solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan yang zahir dan batin hingga pergelangan tangannya. Oleh itu jika rambut yang terkeluar ketika solat atau nampak batin tapak kaki ketika ruku’ dan sujud, maka batallah solatnya.

Solat sunat berjemaah

Soalan :

Bolehkah solat-solat sunat atau solat selain daripada solat sunat Hari Raya, sunat Gerhana, solat minta hujan dan solat witir di dalam bulan Ranadhan dilakukan secara berjemaah
 
Jawapan:
 
Harus hukumnya solat-solat sunat atau solat selain daripada solat sunat Hari Raya, sunat Gerhana, solat minta hujan dan solat witir di dalam bulan Ranadhan dilakukan secara berjemaah. [1]. (6/89

Kifarah

Soalan:

Orang baru balik operasi (tentera) 3 bulan.sampai dirumah untuk elak dari kena kifarah, dibuka puasanya terlebih dahulu kemudian berjimak.Apa hukumnya, boleh atau tidak? Di kenakan kifarah atau tidak?

Jawapan:

Orang yang berbuka dahulu kemudian berjimak disiang hari perbuatanya adalah HARAM, dan BERDOSA tetapi tidak dikenakan kifarah.Org yg membatalkn puasa dgn berjimak disiang hari pd bulan Ramadhan adalh HARAM, BERDOSA dan DIKENAKAN KIFARAH

Sisa tulang hasil qurban

Soalan:

Sisa tulang hasil qurban ada yang mengatakan bahawa adalah rezeki bagi binatang seperti anjing,kucing dan lain-lain sila jelaskan.

Jawapan:

Qurban ibadah muakaddah,hendaklah ditanam sebaiknya,hendaklah dijauhkan daripada haiwan-haiwan seperti kucing,anjing dan sebagainya.

Umrah

Soalan:

2 Taman dlm satu masjid@surau buat pinjaman utk pergi umrah.

Jawapan:

Jemaah yg awal mendapat pahala jemaah. Jemaah yg kedua sah solatnya tetapi tidak mendapat pahala jemaah. Ibadah umrah adalah fardhu. Wajib dilakukan oleh mereka yg mampu sekali seumur hidup kecuali bernazar. Tidak digalakkan menunaikan ibadah tersebut

Hukum berniaga

Soalan:

Apa hukum kalau berniaga, contoh jurujual dengan penjelasan atau penerangannya tidak tepat / jelas, dengan semata-mata untuk menjaga hati pelanggan?

Jawapan:

Hal itu disifatkan sebagai penipuan. Hendaklah dihindarkan. Kaedah usul Fiqh mengatakan “matlamat tidak menghalalkan cara”.

Lupuskan Al-Quran

Soalan:

Pelupusan al-quran

Jawapan:

Cara pelupusan al-quran  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992 telah membincangkan Pelupusan Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan.
  2. Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal.
  3. Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.

Zakat

Soalan:

Boleh atau tidak, zakat pendapatan dari pihak isteri diberikan kepada suami. Tidak payah ke tempat yang tertentu seperti pusat zakat dan sebagainya?

Jawapan:

Tidak boleh.

Solat Sunat Hari Raya

Soalan :

Solat Sunat Hari Raya, sah atau tidak kalau tak ada khutbah? Daging Qorban bila sudah disembelih 1/3 bg. Org Qurban, 1/3 bg org mentah dan 1/3 bg. Org makan.Apa pandangan ustaz tentang pengagihan tersebut?

Jawapan:

Sunat hukum membaca dua khutbah setelah selesai solat Hari Raya. Ibadah Qurban adalah sunat muakkad.Mengenai agihan tersebut tiada masalah yang timbul.

Solat Dhuha

Soalan:

Bila waktu yang dibolehkan atau sesuai untuk solat Dhuha dan bolehkan dibuat secara berjemaah?

Jawapan:

Waktu dhuha ialah diantara setengah jam selepas waktu syuruk hingga setengah jam sebelum waktu zuhur. Boleh dilakukan secara jemaah.