Solat Hajat, Zikir dan Doa Minta Hujan

 

PROGRAM MULTAQA PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA N.SEMBILAN SIRI 2/2019

Program Multaqa Penerima Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan Siri 2/2019 telah diadakan pada 5 September 2019 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Objektif Program Multaqa adalah untuk mempertingkatkan kompetensi pengajaran dan pembelajaran kalangan tenaga pengajar bertauliah di Negeri Sembilan, mewujudkan platform perbincangan harmoni antara penerima tauliah dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, menyelaraskan kefahaman berkaitan hukum syara’ dan fatwa yang dikeluarkan dan menjelaskan kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Sembilan (2012) dan pindaan-pindaan serta maklumat-maklumat semasa berkaitan Peraturan ini.

Pembentangan 1, kertas kerja bertajuk Permasaalahan Taqlid, Talfiq dan Tatabbu’ Al Rukhas  yang dibentangkan oleh Dr. Muhammad Yusry bin Mazlan Al Hafiz.

Manakala pembentangan 2 pula dibentangkan oleh Dr. Noor Lizza Binti Mohamed Said (Pensyarah dari UKM), bertajuk Konsep Hibah Dan Pewarisan Harta Islam.

Turut berlangsung Upacara Menandatangani dan Penyerahan MOU dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Program ini mendapat sambutan baik dan sangat menggalakkan dengan jumlah peserta yang melebihi 900 orang, terdiri daripada pemegang tauliah mengajar di Negeri Sembilan.

Upacara penutupan program ini telah disempurnakan oleh Y.T.M. Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak, Undang Luak Sungei Ujong. Harapannya semoga program ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan melahirkan para pengajar agama bertauliah yang mempunyai kompetensi pengajaran yang selaras dan berketrampilan tinggi.

 

                       

Pembentang 1 : Dr. Muhammad Yusry bin Mazlan Al Hafiz.                                Pembentang 2 : Dr. Noor Lizza Binti Mohamed Said (Pensyarah dari UKM)

 

Menandatangani dan Penyerahan MOU dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

Perasmian Penutup oleh Undang Luak Sungei Ujong

 

 

 

Program Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi YTM Undang Luak Jelebu 2019

23 Ogos 2015 (Jumaat), Jelebu- Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan kerjasama Balai Kediaman Rasmi YTM Undang Luak Jelebu telah menganjurkan program Bicara Sufi @ Balai Kediaman Rasmi YTM Undang Luak Jelebu. Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan ilmu tariqat tasauwuf kepada masyarakat. Satu kertas kerja yang bertajuk Sejarah dan Kepentingan Bertariqat telah dibentangkan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Firdaus bin Tengku Jamil yang merupakan pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS).

Objektif program ini bertujuan mengembalikan semula semangat dan sejarah perkembangan awal tariqat tasauwuf dan dakwah di daerah ini. Selain itu, mendekatkan golongan pembesar negeri dengan golongan masyarakat dan rakyat tempatan serta mengetengahkan fungsi dan golongan pembesar tempatan sebagai payung yang memayungi agama islam di kawasan setempat. Seterusnya, memperkenalkan amalan kerohanian yang terdapat didalam tariqat tasauwuf sebagai satu kaedah dan cabang penyatuan orang-orang Melayu dan orang Islam khasnya.

         

     

 

 

 

PROGRAM MULTAQA PEMEGANG TAULIAH MENGAJAR AGAMA N.SEMBILAN SIRI 2/2019

Program Multaqa Pemegang Tauliah Mengajar Agama N.Sembilan Siri 2/2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

? 5 September 2019 | Khamis
⏰ 8:00 pagi – 1:00 ptg
? Dewan Majlis Perbandaran , Seremban, NS

Sila klik pautan berikut untuk surat pelepasan kehadiran:

http://www.muftins.gov.my/v1/wp-content/uploads/2019/08/Surat-Pelepasan-Multaqa-siri-2-1.pdf

 

 

 

DISKUSI KITAB RISALAH AL-FAWAID

Pada 6 Julai 2019 telah berlangsung diskusi kitab risalah al-fawaid bertempat di Dewan Theatrette, Wisma Negeri Sembilan. Program ini telah dihadiri oleh 200 orang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Kitab risalah ini dibentangkan oleh Al Fadhil Ustaz  Mohd Muhaizam B. Mohd Ishak (Pentahqiq Kitab & Pensyarah Universiti Teknologi Mara) dan  Al Fadhil Prof. Madya Dr. Abdul Manam B. Mohamad Al- Merbawi (Ahli Jihsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Negeri Sembilan).

Program Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Kali Ke-4 2019

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Kali ke 4-2019 telah diadakan pada 26 – 28 Jun 2019 di di Hotel Tenara, Bangi. Muzakarah telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dan dipengerusikan oleh YB. Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Muzakarah telah ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.  Pada sebelah petang, ahli jawatankuasa fatwa telah mengadakan lawatan mahabbah ke Pusat Nasyrul Quran di Putrajaya. Di sana, ahli jawatankuasa berpeluang melihat proses penghasilan al – quran dan melihat hasil seni al quran dari pelbagai negara.

Pada hari berikutnya, ahli jawatankuasa fatwa telah mengadakan lawatan ke Kilang Duopharma dan membincangkan isu-isu berkaitan penghasilan ubat di Malaysia seterusnya melihat cara pemprosesan ubat-ubatan di Kilang Duopharma.

   

 

JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN SOKONG PROGRAM WORLD#QURANHOUR

SEREMBAN – Jabatan Mufti Negeri ini menyokong penuh penganjuran program World#QuranHour yang akan berlangsung secara serentak seluruh dunia pada 30 Mei ini bersamaan 25 Ramadan.

Program ini akan diadakan di lokasi utama Kompleks Islam Tuanku Muhriz,Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM) bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 1 petang, dan disusuli dengan solat Zohor.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata pihaknya sentiasa menyokong usaha keagamaan seperti ini bagi memartabatkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat.

Katanya, program yang dianjurkan ini sangat baik kerana ia mampu membentuk sebuah landasan solidariti Ummah di bawah naungan al-Quran.

“Kita sentiasa menyokong penuh usaha ini, kerana ia adalah amalan yang sangat mulia dan boleh membantu melahirkan Muslim yang sejati.

“Pemilihan surah al-kahfi pada tahun ini dilihat sangat bertepatan dan bersesuaian dengan keadaan semasa, yang mana surah ini membawa penceritaan sesuatu peristiwa yang besar dan luar biasa hebatnya.

“Saya mengharapkan melalui penghayatan isi kandungan surah ini nanti dapat membantu kita dalam usaha mensejahterakan Ummah pada zaman yang penuh mencabar ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Mufti, Menara Majlis Agama Islam Negeri, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Rumah Ngaji Negeri, Gharizah Hashim.

Sementara itu, menurut Gharizah, penganjuran world#QuranHour ini menjadi asas kepada penyatuan Ummah tanpa mengambil kira perbezaan kedudukan, latar belakang, ideologi, fahaman politik, ras etnik mahupun agama, pemimpin mahupun rakyat.

Katanya, al-Quran adalah titik temu kebangkitan dan penyatuan Ummah hingga lahirnya sebuah dunia yang hebat, berbudi dan penyayang.

Pada tahun ini, surah al-kahfi, surah ke 18 dipilih sebagai panduan menghadapi zaman yang penuh cabaran,bersatu untuk membentuk ummah yang berbudi dan penyayang dalam menangani dan melahirkan solusi terhadap empat cabaran sejagat iaitu keyakinan, harta, ilmu pengetahuan dan kekuasaan.

Gerakan #QuranHour telah bermula pada tahun 2015 di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas iaitu program satu jam bersama Al-Quran sebagai sebuah permulaan untuk melakukan perubahan minda melalui Quran, Tadabbur, Tazakkur (QTT), mengambil nilai-nilai dari al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai Muslim sejati.

Masyarakat sekitar Negeri Sembilan dijemput ke kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM dan bersama-sama memeriahkan World#QuranHour pada bulan yang mulia ini.

MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, SS DATO’ HAJI MOHD YUSOF BIN HAJI AHMAD DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI PANEL PAKAR TASAUWUF, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Tahniah dan Syabas Jabatan ini ucapkan kepada SS Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang telah dilantik sebagai Pengerusi Panel Pakar Tasauwuf, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan juga Ahli-Ahli Jawatankuasa Panel Pakar yang lain.

Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dan sangat berpengalaman dalam selok belok dunia kefatwaan, lantikan ini amat tepat pada masanya dan pada saat wujudnya tohmahan-tohmahan jahat kepada mereka yang menjadikan Tariqat Tasauwuf asas kepada keperibadian mereka.

Semoga dengan wujudnya golongan pakar ini maka Tariqat Tasauwuf dapat dimurnikan dan dapat dikembangkan juga dijadikan asas kelansungan dakwah ke seluruh Malaysia.