Wudhuk wanita istihadah

Soalan:

Adakah wanita yang mengalami istihadah boleh menunaikan Solat Terawih berjemaah selepas solat Isyak menggunakan satu wudhu sahaja?

(Iaitu mengambil wudhu untuk mengerjakan Solat Isyak, kemudian meneruskan dengan Solat Terawih dan diakhiri dengan Solat Witir. Ketiga-tiga jenis solat ini dilakukan dengan satu wudhu sahaja.)

 

Jawapan:

Wanita yang mengalamai masalah istihadhah walaupun menyamai hukum wanita yang suci secara amnya sebagaimana dinyatakan tadi, namun ada sedikit perbezaan antaranya dengan wanita suci yang lain memandangkan darah masih keluar dari farajnya. Perbezaan itu ialah;

  1. Wanita yang mengalami masalah istihadhah, hendaklah mengambil wudhuk apabila masuk waktu solat.
  2. Menurut mazhab Syafi’ie; satu wudhuk hanya untuk satu solat fardhu sahaja. Jika dia ingin mengerjakan lain-lain solat fardhu (seperti solat qadha, nazar) dia wajib mengulangi wudhuknya. Adapun solat-solat sunat, harus dia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wudhuk.
  3. Sebelum mengambil wudhuk dia hendaklah membasuh kemaluannya dengan sempurna, kemudian membalutnya dengan kain atau memakai lampin (untuk menahan darah dari keluar sekadar terdaya). Setelah itu, hendaklah dia segera mengambil wudhuk.
  4. Setelah selesai wudhuk hendaklah dia segera menunaikan solat tanpa menangguh lagi.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast