Memasukkan kamera ke dalam telinga ketika berpuasa

Soalan:

Ketika sakit telinga doktor terpaksa masukkan kamera ikut lubang telinga kerana perlu melihat keadaan dalam, adakah membatalkan puasa?

 

Jawapan:

  1. Merujuk kepada persoalan tuan adalah seperti berikut

Dalam membincangkan tajuk ini, seharusnya melihat perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti yang terdapat di dalam Fiqh al-Manhaji di antaranya:

  • Memasukkan sesuatu ke rongga dalam melalui ruang yang sedia terbuka seperti mulut, telinga, kemaluan dan dubur. Semua perbuatan yang membatalkan puasa itu jika tidak disengajakan sebab terlupa, ia tidak merosakkan puasa dan ini diqiaskan kepada makan dan minum. Begitu juga sekiarnya dipaksa untuk makan, ia tidak membatalkan puasa. Ini kerana bukan kemahuan serta kehendak.
  • Di antara perkara yang membatalkan puasa adalah dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam (ruang selepas halkum hingga usus dan tali perut) melalui ruang yang sedia terbuka iaitu mulut, telinga, qubul dan dubur sama ada lelaki atau perempuan. Sekiranya memasukkan sesuatu melaluinya sehingga sampai ke rongga dalam badan maka terbatal puasanya. Begitu juga memasukkan ubat ke dalam telinga, batal puasanya. Adapun sekiranya memasukkan ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa, ini kerana mata tidak termasuk di dalam ruang yang terbuka.

Kesimpulan:

Kembali kepada persoalan yang diajukan, memasukkan kamera ke dalam lubanng telinga adalah membatalkan puasa dan wajib qada’ puasa tersebut.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast