Urusniaga dengan maknyah

Soalan:

1) Apakah hukum saya membeli makanan atau produk dari maknyah/pondan (Lelaki yang menyerupai perempuan) atau sebaliknya. Adakah saya dikira menyokong dia menjadi seorang maknyah dan saya berdosa?

Jawapan:

Harus jual beli dengan pondan/mak nyah dengan syarat makanan/produk mereka bersumberkan dari sumber yang halal dan bersih daripada sudut syarak serta transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam.

Soalan:

2) Jika dia menggunakan hasil perniagaan itu untuk membuat pembedahan dan sebagainya adalah saya dikira turut menyokong mereka?

Jawapan:

Pembeli tidak dipertanggungjawabkan untuk apa hasil perniagaannya digunakan.  Jika benar-benar terbukti dan jelas mereka gunakan hasil perniagaan itu untuk aktiviti tidak bermoral dan perbuatan sumbang lebih elok tidak berurusan dengan mereka.

Penerapan nilai Islam, pendidikan moral, teguran dan nasihat perlu diberi untuk memperbetulkan keadaan mereka.

** Lelaki lembut/maknyah/pondan terbahagi kepada dua.

  • lelaki yang memang dilahirkan lembut/semulajadi dan tidak mampu meninggalkan sifat-sifat lembutnya.
  • lelaki yang menyerupai atau sengaja meniru wanita dari segi perwatakan, percakapan, pergerakan, pakaian, menukar jantina dan sebagainya – golongan ini dilaknat Allah.

 

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast