Persetubuhan di siang hari bulan ramadhan

Soalan:

Setahun awal perkahwinan saya berjauhan dengan suami kerana masih belajar. Kami berjumpa di hari cuti sahaja. Dalam tempoh setahun itu iaitu di bulan ramadhan pada tahun 2012, saya pulang ke rumah suami. Kami telah terlanjur di siang hari di bulan ramadahn untuk sehari.

Untuk pengetahuan ustaz, suami saya langsung tidak tahu akan hukum dan akibat perbuatan tersebut. Dia cuma ingat batal puasa dan qadha puasa sahaja. Pada awalnya suami saya tiada niat untuk bersetubuh tetapi hanya niat “ringan -ringan” (cumbu, peluk dll)sahaja. Ketika itu saya bermusafir tetapi suami tidak. ketika ringan ringan tu suami terpancut keluar air mani..saya mengaku salah saya kerana saya tahu hukum bersetubuh di siang hari tetapi tidak menjelaskan hukum tersebut kepada suami malah saya menggalakkanya untuk meneruskan niat bersama kerana saya sendiri menginginkannya ketika itu. Jadi ketika itu tanpa sengaja suami saya keluar air mani ketika ringan ringan bersama saya.

Selepas itu saya minta dia teruskan bersama sebab dia dah batal puasa. Sebelum dia bersama saya dia telah membatalkan puasanya dengan minum air terlebih dahulu sebab dia ingatkan ketika keluar air mani tanpa sengaja tadi puasanya terbatal.

Jadi timbul permasalahan di sini ustaz iaitu:

  • hukum suami saya bersetubuh di siang hari di bulan ramadhan tanpa mengetahui langsung akibat perbuatan tersebut?

-saya telah qadha puasa itu dan taubat nasuha..

  • dia telah membatalkan puasanya dengan minum air sebelum bersetubuh.
  • dia keluar air mani walaupun tidak bersama ketika adegan ringan.
  • suami isteri yang berjauhan dan terlanjur di bulan ramadhan.
  • hukum ke atas suami kerana 6 tahun sudah berlalu. Tidak qodo puasa apa lagi kerana masih tidak memgetahui kifarah yg perlu dia tanggung.

Bila saya terangkan kifarah yg perlu dia tanggung dia sangat terkejut. Sebab dia jahil dalam hukum perbuatan tersebut. Dia sendiri cakap sekiranya dia tahu akan hukum tersebut dia tidak akan meneruskan niat untuk bersama. Mohon pencerahan mengenai kifarah yang perlu suami saya tanggung akibat kejahilannya ketika itu.

 

Jawapan:

Perlu dingatkan bahawa membatalkan puasa Ramadhan dengan sengaja adalah berdosa, sama ada dengan makan, minum atau bersetubuh.

Orang yang melakukannya telah melakukan dua dosa; pertama, dosa membatalkan puasa Ramadhan dengan sengaja dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah pada bulan ramadhan.

Persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah persetubuhan yang berlaku ketika masih berpuasa Ramadhan (yakni puasanya dibatalkan dengan persetubuhan). Adapun persetubuhan yang berlaku setelah puasa batal, maka tidak wajib kaffarah.

 Kaffarah puasa ramadhan yang dibatalkan

Sebab wajib kaffarah

Wajib kaffarah adalah disebabkan sengaja membatalkan puasa ramadhan dengan melakukan persetubuhan dengan syarat dia menyedari bahawa dirinya berpuasa, mengetahui perbuatannya itu haram, dan bukan dalam bermusafir yang diberikan keringanan.

Justeru, mereka yang tersebut, sama ada disebabkan terlupa dirinya sedang berpuasa ramadhan, jahil tentang haramnya, membatalkan puasa selain puasa ramadhan dengannya, sengaja membatalkan puasa ramadhan dengan selain persetubuhan atau dalam musafir yang diharuskan berbuka lalu dia melakukan persetubuhan, dalam semua keadaan tersebut dia wajib qhada’ sahaja tanpa kaffarah.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast