Nikah sesama suku

Soalan:

Mengikut adat Pepatih Negeri Sembilan perkahwinan sesama/satu suku adalah tidak dibenarkan kerana dikhuatiri musibah akan minimpa pasangan tersebut di kemudian hari. Adakah benar perkara ini mengikut pandangan Islam?

Jawapan:

Dalam Islam, nikah sesuku dibolehkan asalkan dengan bukan mahram. Syara’ (Islam) telah mengatur dengan jelas siapa golongan yang tidak boleh dinikahi dalam al-quran. Firman yang bermaksud,

“Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan daripada saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan daripada saudara-saudaramu yang perempuan” . An-nisa’: 23.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast