Zakat emas

Soalan:

Saya pernah hilang gelang emas yg dibeli dengan nilai RM6000. Emas yg ada pada saya kurang daripada 200 gram. Gelang emas tu hanya 26gram. Saya ada sebut dalam hati yg saya akan bayar zakat kalau ada duit.

Adakah ini nazar nazar?

Perlukah membayar zakat emas setiap tahun sebab perkataan saya ini?

Berapa nilai zakat yg perlu saya bayar, atas 116 gram atas 26gm?

Jawapan:

  1. Harta yang hilang yang tidak mungkin ditemui semula tidak wajib dikeluarkan zakatnya.
  2. Nazar hanya dibuat ke atas amalan yang sunat dan perkara-perkara kebajikan sahaja. Ia tidak dibuat ke atas amalan wajib seperti zakat.
  3. Nisab zakat semasa bagi barang-barang kemas yang dipakai ialah 200 gram.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast