Doa Bagi Mereka Yang Sukar Untuk Berkahwin

DOA BAGI MEREKA YANG SUKAR UNTUK BERKAHWIN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٍ

Dan diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a, beliau berkata: Rasulullah saw telah berwasiat kepadaku dengan sabdanya:

يا علي: استكثر من قراءة يس، فان فى قراءة يس عشر بركات، ما قرأها قط جائع إلا شبع، ولا قرأها ظمآن إلا روي، ولا عار إلا اكتُسي، ولا مريضٌ إلا برىء، ولا خائفٌ إلا آمن، ولا مسجونٌ إلا انفرج، ولا أعزبُ إلا تزوج، ولا مسافرٌ إلا أعين على سفره، ولا قرأها أحدٌ ضلّت له ضالّـةٌ إلا وجدها، ولا قرأها على رأس ميت حضر أجله إلا خُفِّف عليه، ومن قرأها صباحا كان فى أمان إلى أن يمسى، ومن قرأها مساء كان فى أمان حتى يُصبح.

Wahai Ali! Hendaklah kamu memperbanyakkan membaca surah Yasin kerana membacanya mendapat sepuluh keberkatan. Tidaklah dibacanya oleh orang yang lapar kecuali dia menjadi kenyang, orang yang dahaga akan hilang dahaganya, orang yang tidak berpakaian akan diberikan pakaian, orang sakit akan disembuhkan, orang yang takut akan menjadi aman, orang yang terpanjara akan dibebaskan, orang yang bujang akan dikahwinkan, orang yang bermusafir akan dijaga dalam perjalanannya dan orang yang tersesat akan berjumpa jalan. Tidaklah dibacanya pada kepala mayat yang telah sampai ajalnya kecuali diringankan atasnya. Siapa membacanya pada waktu pagi, dia beroleh keamanan hinggalah ke petang dan siapa membacanya pada waktu petang, dia beroleh keamanan hinggalah ke waktu subuh[1].

[1] Al-Wasaya, al-Syeikh al-Akbar Muhyuddin bin ‘Arabi, Dar al-Iman Beirut, cetakan kedua 1997, Wasiat yang ke 82, hlmn 195.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast