Senarai Mufti & Timbalan

SHEIKH HAJI AHMAD BIN SHEIKH MOHD SAID - MUFTI PERTAMA NEGERI SEMBILAN

Pemilihan Tuan Sheikh Haji Ahmad bin Haji Mohd Said sebagai Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bukanlah atas permohonan beliau seperti yang lazim dilakukan sekarang ini. Jawatan ini di tawarkan oleh Menteri Besar yang pertama iaitu Dato’ Haji Abdul Malik bin Yusuf (1948 – 1950). Jawatan yang di tawarkan kepada beliau juga telah dipersetujui oleh para ulama’ di Negeri Sembilan, dalam satu persidangan.

Pada peringkat permulaan tawaran ini ditolaknya, tetapi atas desakan yang kuat dari pembesar dan ulama’ di Negeri Sembilan ini beliau merestui memegang jawatan ini dan merasakan rakyat Negeri Sembilan khasnya amnya memerlukan beliau dalam memimpin mereka ke arah jalan yang diredhai Allah. Tuan Sheikh Haji Ahmad seorang yang berfikiran terbuka tetapi terkenal dengan sifat tegasnya. Beliau tidak mudah diperalatkan oleh pihak pemerintah (sama ada dari kerajaan Pusat ataupun dari kerajaan pihak pemerintah Inggeris). Ini jelas membuktikan karisma beliau sebagai seorang pemimpin yang berupaya menghadapi tentangan zaman dan sentiasa dihormati.

Di samping terkenal dengan ketegasannya dalam perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak syari‘at, beliau juga terkenal dengan kecekapan dalam menjalankan tugas. Selaras dengan tugasnya sebagai Mufti. Beliau sentiasa menjadi tumpuan dan tempat rujukan dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat setempat.

NoKarya
1.Penjelasan Di sekitar Hukum Pungutan Zakat Fitrah Bagi Kerajaan Negeri Sembilan . (Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Syari‘ah Bahagian Siaran. Jabatan Agama Negeri Sembilan pada tahun 1960 bersamaan 1379H)
2.Pengertian Kepada Tariqat Ahmadiyyah , (suntingan dan ubahsuai bahasa oleh Mahmud Hj. Ahmad)
3.Risalah “al-Qawa‘id Li Samad al “Ariffin wal Qutub al Muhaqqiqin” (Diterbitkan semula oleh Abdul Halim Haji Ahmad pada 25 April 1982 bersamaan 1 Rejab 1402H)
4.Ta‘lik Di atas Faedah Pada Menyelitkan Kaifiyyat Terawikh Sepuluh Raka‘at (Dikarang pada tahun 1305H)
5.Safinah al-Salamah Ahwal al-Dunya wa Al-Barzakh wa al-Qiamah.
6.Kanzu al-Mu‘id Fi Manaqib al-‘Arif Billah (Dicetak oleh Maktabah al-Ahmadiyyah, Singapura pada tahun 1952.
7.Perbahasan Berzikir Akan Allah Dengan Kuat , (Diterbitkan di Kuala Pilah oleh Teruna Press pada tahun 1355H dan telah disunting dan diubahsuai bahasanya oleh Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman, 1986).
8.Aurad al-Tariqat al-Ahmadiyyah dan Kelebihan dan Tahfatun al-Ikhwan.
9.Majmu‘atun Musahatun bi Tahafuh al-Awtan wa al-Ikhwan , (Dicetak di Singapura, al-Ahmadiyyah Press, 1354H/1935M.
10.Risalah “al-Qawa‘id Li Samad al “Ariffin wal Qutub al Muhaqqiqin” (Diterbitkan semula oleh Abdul Halim Haji Ahmad pada 25 April 1982 bersamaan 1 Rejab 1402H)
11.Al-Fuyudhat al-Ahmadiyyah fi fadhli wa Takhij ba‘du Kalimat al-Husn al-Mani’ al-Nabawiyyah.
12.Setengah Daripada Munaqib Guru-Guru Yang Mulia , (Dicetak di Seremban, Sungai Ujung Press, 1354).

Dato' Haji Hasan Bin Sail - Mufti Kedua Negeri Sembilan

Dato’ Haji Abu Hasan bin Haji Sail – dilahirkan pada 6 Ogos 1922 di Kg. Pulau Bukit Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan pulau Besar Rembau, Negeri Sembilan dari tahun 1929 hingga tahun 1933. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Madrasah al-Sa‘idiyyah Kg. Pondok, Rasah dibawah pimpinan allahyarham Sheikh Haji Ahmad. Di madrasah ini beliau menimba ilmu-ilmu seperti Tauhid, Feqah, Tasawwuf, Tafsir, Hadith, Tajwid dan Tahfiz al-Quran. Tidak ketinggalan juga beliau diajarkan Ilmu Bahasa Arab seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Nusus, Imla’ dan Bayan. Tarbiyah yang diterima oleh beliau di Madrasah ini merupakan sebagai permulaan sebagai ulama’ tempatan. Pada tahun 1937 beliau berangkat ke Timur Tengah untuk menyambung pelajarannya sehingga tahun 1945. Semasa pengajiannya beliau tergolong bersama pelajar yang pintar dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Tidak hairanlah sekembali beliau ke tanah air Kerajaan Negeri Sembilan telah melantik beliau memegang beberapa jawatan penting di negeri ini.

Penghormatan masyarakat sekitar terhadap beliau terlalu tinggi, beliau dikenali sebagai ulama’ yang tidak pernah membezakan taraf seseorang. Beliau juga dikenali seorang yang pendiam, tidak banyak bercakap dan bercakap jika dirasakan perlu. Sikap beliau yang demikian menyebabkan orang lain terpaksa berhati-hati apabila hendak berbual atau bergurau dengannya. Sepanjang beliau menjadi Mufti Kerajaan Negeri beliau sentiasa berlembut dalam memberi nasihat kepada pemerintah. Sikap seperti ini jauh berbeza dengan arwah gurunya Sheikh Haji Ahmad yang sentiasa tegas.

Kewibawaan dan ketokohan beliau dalam perkhidmatan membuatkan beliau menjawat dalam jawatan ini selama 18 tahun. Beliau kembali ke rahmatullah pada 10 Zulkaedah 1414H/1993M.

NoJawatan
1.Mudir Sekolah Agama Menengah Tinggi Seri Menanti, Kuala Pilah (1959 – 1961)
2.Pengertian Kepada Tariqat Ahmadiyyah , (suntingan dan ubahsuai bahasa oleh Mahmud Hj. Ahmad)
3.Pemangku Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (1963 – 1969)
4.Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang kedua (1969 – 1987)

DATO' HAJI MURTADZA BIN HAJI AHMAD - MUFTI KETIGA NEGERI SEMBILAN

Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad – Beliau dilahirkan pada 23 Safar 1356H bersamaan 5 Mei 1937. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato’ Shahbandar, Rasah. Kemudian meneruskan pengajiannya di Singapura bersama bapa saudaranya Tuan Haji Abdul Rasyid, dan kemudian di Sekolah Agama al-Atas, Johor Bahru hingga tahun 1956. Pada tahun 1957, beliau melanjutkan pelajaran di al-Mashor, Pulau Pinang. Kemudian tahun 1961 beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Maahad al-Kaherah dan seterusnya menuntut di Universiti al-Azhar, Cairo pada tahun 1967 hingga 1974.

NoPengalaman
1.Bertugas sebagai guru Agama di Sekolah Agama Menengah Tinggi Bukit Merbah pada tahun 1974
2.Menjadi Qadhi di Daerah Kuala Pilah dan Jempol sehingga tahun 1981.
3.Menjawat jawatan Ketua Penerangan Agama dan merangkap Imam Besar Negeri Sembilan dari tahun 1981- 1984.
4.Menjawat Ketua Penerangan Agama dan memangku Qadhi Besar bermula pada 31 Oktober, 1984 hingga bulan Ogos 1987.
5.Bermula 10 Ogos, 1987 bertugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus hingga sekarang.
TarikhTempat
1950Belajar di Madrasah Khairiah Singapura disamping belajar dengan bapa saudara Tuan Haji Abd. Rashid.
1951Berpindah ke Madrasah Al-Atas Johor Bahru – belajar agama di sebelah pagi di Madrasah Al-Atas dan di sebelah petang belajar di Sekolah Agama Air Molek.
1956Lulus Kelas Khas dan mendapat No. 3 daripada 1000 orang penuntut. Dan pada tahun yang sama lulus syahadah al-Iftida‘iyah di Madrasah tersebut.
Awal 1957Berpindah ke Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang hingga 1960. Kemudian lulus ujian dan dilantik menjadi guru sementara di Madrasah Al-Manshoor, Pulau Pinang.
Ogos 1960Bertolak ke Al-Azhar. Mula-mula belajar di Maahad Al-Bu‘us. Oleh kerana al-Azhar menerima perubahan baru zaman Sheikh Mahmud Shaltud dan Dr. Mohd Bahai, Menteri al-‘Aukuf. Semua pelajar-pelajar diarah menerima sistem baru palajaran sains dan agama di al-Azhar dan saya diantara yang kekal sehingga mendapat shahadah Senawi di Maahad al-Kaherah.
1965Mendapat sijil menengah al-Azhar.
1966 hingga 1973 Mengaji di Universiti al-Azhar dalam kuliah al-Syariah al-Qanun.
1973Lulus Sarjana al-Azhar
1974Bertugas sebagai Guru Sementara di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban
1976Menjadi Qadhi Daerah Kuala Pilah / Jempol dan Hakim Mahkamah Syariah Daerah Kuala Pilah dan Jempol
10.9.81 Dilantik menjadi Ketua Pegawai Penerangan merangkap Imam Besar Masjid Negeri.
10.7.84Ketua Pegawai Penerangan memangku Qadhi Besar Negeri Sembilan dan Hakim Mahkamah  Qadhi Besar seluruh Negeri Sembilan. Dalam tempoh ini beliau telah dihantar menghadiri beberapa kursus yang diadakan samada di Kuala Kubu, JAKIM, 2 minggu menghadiri kursus Imam-Imam di Sabah atas kerjasama Kerajaan Malaysia dan Libya . Kemudian kursus Imam-Imam seluruh dunia di Mesir selama 3 bulan (Mac – Jun 1986) bersama-sama 11 orang Pegawai Agama seluruh Malaysia atas pilihan JAKIM.
1987 – 2008Dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.