TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005-TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH

Nama Tarekat: TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

i            Syeikh: Tuan Haji Abdul Manaf bin Jaya

A.F Ust. Muhammad Firdaus bin Abdul Manaf (orang yangdipertanggungjawabkan oleh syeikh)

ii               No. I/C: Syeikh: 450316-05-5269 Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh:840602-05-5183

iii               Kelayakan: Syeikh : Tingkatan 2, KGV
Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh: Sarjana Pengajian Islam UKM

         iv                   Alamat: Surau Suluk Kampung Masjid Dulang, 71600 Kuala Klawang, Jelebu

v              No. tel: Syeikh: 06-6137730
Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh: 019-7741766

TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005-TAREKAT AL-JA‘FARIYAH AL-AHMADIAH AL-MUHAMMADIAH.

Nama Tarekat: TAREKAT AL-JA‘FARIYAH AL-AHMADIAH AL-MUHAMMADIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

i           Syeikh: A.F Ust. Shuhadak bin Mahmud

ii            No. I/C: 750318-05-5435

iii            Kelayakan: M.A dalam bidang Fiqh Mazhab Shafie di Universiti Terbuka Amerika, Kaherah.

        iv            Alamat: Lot 6070 Kanan 3, Kampung Ismail, 70400 Ampangan, Seremban

v            No. tel: 012-6127551

TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005-TAREKAT NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYYAH

Nama Tarekat: TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

i          Syeikh: Mohd Anua bin Mohd Zin

ii            No. I/C: 511215-05-5303

iii            Kelayakan: SPM (1968)

iv             Alamat: No. 28, Rumah Rakyat Gemencheh Lama, 73200 Gemencheh

v            No. tel: 013-6701741 (H/P)  06-4316173 (R)

CATATAN

1.      Oleh kerana saudara Mohd Anua mendapat ilmu tarekat  dan amalannya secara talaqqi daripada syeikh tanpa catatan dan kitab-kitab rujukan khusus dan beliau pula tidak pernah mengajar ilmu aqidah, fiqh atau tasawuf maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berpandangan bahawa beliau dan para ikhwan disarankan supaya berada di bawah naungan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di Lenggeng. Dengan ini Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah menjadi lebih teguh kedudukannya.

 

2.      Oleh kerana tiada buku panduan beramal, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan berpandangan bahawa kumpulan tarekat ini perlu menyediakan kitab panduan amalan seperti yang telah disediakan oleh kumpulan pengamal Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di Lenggeng.

TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005-TAREKAT DUSUQIYYAH MUHAMMADIAH.

Nama Tarekat: TAREKAT DUSUQIYYAH MUHAMMADIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

i.           Orang yg dipertanggungjawab oleh Syeikh: Mohd Fadil bin Ariffin

ii.            No. I/C: 760101-03-5803

iii.            Kelayakan: BA Bahasa Arab, Universiti al-Azhar Mesir

iv.             Alamat: Lot 2127, Kg. Padang Layang, Pendek, Kota Bharu

v.            No. tel: 013-9363693

vi.             Pusat Pengamalan:1227, Jalan Sri Pulai 54, Taman Sri Pulai 3, 71200 Seremban

TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005- TAREKAT AL-SYAZULIYAH AL-DARQAWIYAH.

Nama Tarekat: TAREKAT AL-SYAZULIYAH AL-DARQAWIYAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

 

i           Syeikh: Hj. Mohd Nasir bin Hj. Othman

ii            No. Kad Pengenalan: 680820-05-5747

iii            Kelayakan: Sarjana Muda, Universiti al-Azhar Mesir

iv             Alamat: No. 3964, Tmn Tuanku Puan Chik, 72200 Bahau

v            No. tel: 013-6227671

vi             Pusat Pengamalan: Surau Pekan Bahau, 72100 Bahau

vii            Diterima permohonan pendaftarannya dengan beberapa syarat.

 

PERMOHONAN PENDAFTARAN TAREKAT  AL-SYAZULIYAH

AL-DARQAWIYAH

 1.0    TUJUAN

1.1    Kertas syor ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan untuk mendapatkan keputusan berhubung dengan permohonan pendaftaran Tarekat     al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah untuk diamalkan di Negeri Sembilan Darul Khusus di bawah peruntukan seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.


2.0    LATARBELAKANG

2.1           Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh bagiTarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah telah memohon untuk mendaftarkan tarekat ini bagi diamalkan di Negeri Sembilan berdasarkan kehendak seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 pada 17hb Mac 2008.

2.2           Permohonan tarekat ini telah dipanjangkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 30hb Jun 2009 dan persidangan tersebut memutuskan agar perkara ini dipanjangkan kepada Anggota Jilsah    al-Turuq al-Sufiyyah Negeri untuk kajian dan syor.

2.3           Sehubungan dengan keputusan berkenaan, pada 16hb – 18hb April 2010, satu persidangan Anggota Jilsah          al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan bil 2/1431 telah diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan bertempat di Selesa Beach Resort,  Port Dickson, Negeri Sembilan.

2.4           Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang terlibat dalam soal selidik ialah:

i            S.S  Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri   –   Selaku Pengerusi

ii            Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad

iii            Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady

iv            Y.Bhg. Dr. Hj Jahit bin Hj Sidek

v            Y.Bhg. Dr. Sulaiman bin Ibrahim

vi            Y.Bhg. Dr. Manam bin Mohammad


3.0    
HASIL SOAL SELIDIK & REPRESENTASI TAREKAT  AL-SYAZULIYAH AL-DARQAWIYAH

3.1           Ahli Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah yang hadir,

3.1.1 Tuan Mohd Nasir bin Othman (orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh)

3.1.2 Tuan A. Jagabar

3.1.3 Tuan A. Rusian al-Faqir

3.1.4 Tuan Faizul Azwan bin Zainal Abidin

3.2    Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh telah memberikan penerangan ringkas berhubung latarbelakang perkumpulan tarekat yang dipimpinnya.

3.3    Anggota Jilsah telah mengemukakan beberapa persoalan berkaitan tarekat berkenaan dan berpuas hati dengan jawapan yang telah dikemukakan.

 

4.0    ASAS PERTIMBANGAN

 

4.1    Orang Yang Dipertanggungjawabkan Oleh Syeikh

 

4.1.1 Pelantikan

 

4.1.1.1       Kaedah pelantikan Tuan Mohd Nasir bin Othman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh adalah bersesuaian dengan kaedahsufiyyah.

 

4.1.2 Pendidikan

 

4.1.2.1       Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan agama Islam di peringkat Ijazah Sarjana Muda,  daripada Universiti al-Azhar, Mesir.

 

4.1.3 Pengalaman

 

4.1.3.1                   Mula dilantik mewakili syeikh dan telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh semenjak tahun 2002.

 

Mendapat bimbingan yang berterusan daripada Syeikh yang melantik.

 

4.1.4 Silsilah

 

4.1.4.1       Mempunyai rantaian silsilah tarekat tasawuf yang diperakui mengikut disiplin ilmu tarekat tasawuf.

 

4.1.5 Amalan Dan Bentuk Amalan

 

4.1.5.1       Kitab Wirid al-‘Am wa al-Mukhtasardan Wird al-Jam‘i al-Mu’ayyad fi Majlis al-Shalah wa al-Salam ‘Ala Sayyidina Muhammad s.a.w yang menjadi sumber rujukan utama amalan zikir bagi tarekat ini adalah tidak bersalahan dengan disiplin ilmu tarekat dan tasawuf yang muktabar dan yang telah diperakui oleh ulama.

 

4.1.5.2       Zikir yang dikemukakan dalam borang permohonan pendaftaran tarekat tasawuf tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

 

4.1.6 Pusat Pengamalan

 

4.1.6.1       Pusat pengamalan tarekat ini yang dipohon pendaftarannya di Negeri Sembilan ialah di Surau Pekan Bahau, 72100 Bahau.

4.2    Buku/Risalah

 

4.2.1 Buku-buku yang disertakan bersama borang TT1 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak kecuali terdapat bahasa yang tidak kemas dan tersusun mengikut metodologi penulisan secara ilmiah.

 

 

5.0    KEPUTUSAN PERSIDANGAN ANGGOTA JILSAH AL-TURUQ AL-SUFIYYAH NEGERI SEMBILAN BIL 2/1431

 

5.1    Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah yang memohon untuk didaftarkan ini adalah satu tarekat tasawuf yang benar kerana telah memenuhi syarat-syarat sebuah tarekat.

 

 

6.0    SYOR

 

Berdasarkan permohonan pendaftaran Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah di bawah seksyen 9 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang bersidang pada 16hb-18hb Januari 2010 mengesyorkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri:

 

6.1           Mengiktiraf Tuan Mohd Nasir bin Othman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh seperti kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

6.2           Mengiktiraf silsilah Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah di bawah pimpinan Tuan Mohd Nasir bin Othman adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan

 

6.3           Amalan yang diamalkan oleh Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

6.4           Meluluskan permohanan pendaftaran tarekat ini sebagai tarekat yang sah di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang di bawah sub-seksyen 10 (2), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 sekiranya telah mematuhi syarat yang berkenaan:

 

i.                    Memperbaiki  penulisan dokumen dan kitab-kitab rujukan.

 

6.5           Mengizinkan Pendaftar mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran sekiranya berpuas hati apabila pemohon telah memenuhi syarat-syarat di atas seperti kehendak seksyen 12 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

6.6           Mengarahkan Pendaftar untuk melaksanakan kewajipan yang perlu bagi mendaftarkan tarekat ini.

 

Disediakan oleh,

 

 

 

Syaiful Nizam bin Md Jan

Pendaftar

Tarekat Tasawuf

Negeri Sembilan Darul Khusus

18hb April 2010

 

 

 

 

Diperakukan oleh,

 

 

 

Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri

Merangkap

Pengerusi Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah

18hb April 2010

 

 

 

KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa (Khas) Bil 2/1431

Pada 14hb Julai 2010

 

 

Saya bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan seperti berikut:

 

1.     Mengiktiraf En. Mohd Nasir bin Othman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh seperti kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

2.     Mengiktiraf silsilah Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyahdi bawah pimpinan Tuan Mohd Nasir bin Othman dan diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e)Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan

 

3.     Amalan yang diamalkan oleh Tarekat al-Syazuliyyah al-Darqawiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

4.     Walaubagaimana pun pihak tuan dihendaki memperbaiki penulisan dokumen dan kitab-kitab rujukan terutama dari sudut terjemahan. Setelah berpuas hati, Pendaftar akan mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran seperti kehendak seksyen 12 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri,

Negeri Sembilan Darul Khusus

TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005- TAREKAT QODIRIYYAH NAQSYABANDIYYAH

1.      Nama Tarekat: TAREKAT QODIRIYYAH NAQSYABANDIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

i           Orang yg dipertanggungjawab oleh Syeikh: Shaifudin bin Maulup

ii            No. Kad Pengenalan: 750104-05-5333

iii            Kelayakan: BA, Qiraat al-Quran, Maahad al-Azhar Shuobra

iv             Alamat: Pusat Pendidikan al-Irshad, Batu 10 Labu, 71900 Labu

v            No. tel: 013-3991359

vi            Pusat Pengamalan: 1) Surau Nurulhidayah Kg. Kondok Batu 14, 71800 Nilai

                                            (Hj. Sahar bin  Abdul Karim)

vii            2) Surau al-Irshad, Batu 10 Labu, 71900 Labu

viii            Diterima permohonan pendaftarannya dengan beberapa syarat.

PERMOHONAN PENDAFTARAN TAREKAT QADIRIYYAH 


NAQSYABANDIYYAH

 

1.0    TUJUAN

 

1.1    Kertas syor ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan untuk mendapatkan keputusan berhubung dengan permohonan pendaftaran Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah untuk diamalkan di Negeri Sembilan Darul Khusus di bawah peruntukan seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005

 

2.0    LATARBELAKANG

 

2.1           Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh(sebagai wakil talqin) Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah telah memohon untuk mendaftarkan tarekat ini bagi diamalkan di Negeri Sembilan berdasarkan kehendak seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 pada 12hb Jun 2007.

 

2.2           Permohonan tarekat ini telah dipanjangkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 30hb Jun 2009 dan persidangan tersebut memutuskan agar perkara ini dipanjangkan kepada Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan untuk kajian dan syor.

 

2.3           Sehubungan dengan keputusan berkenaan, pada 16hb – 18hb April 2010, satu persidangan Anggota Jilsah          al-Turuq al-Sufiyyah bil 2/1431 telah diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan bertempat di Selesa Beach Resort,  Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

2.4           Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang terlibat dalam soal selidik ialah:

 

i            S.S  Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri   –   Selaku Pengerusi

ii            Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad

iii            Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady

iv            Y.Bhg. Dr. Hj Jahit bin Hj Sidek

v            Y.Bhg. Dr. Sulaiman bin Ibrahim

 

3.0    HASIL SOAL SELIDIK & REPRESENTASI TAREKAT QAِِDIRIYYAH NAQSYABANDIYYAH

 

3.1           Ahli Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah yang hadir,

 

3.1.1 Tuan Saifudin bin Maulup      (orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh)

3.1.2 Tuan Hj. Zulkifli

3.1.3 Tuan Hj. Mohd Zuki Assujak bin Syafie

3.1.4 Tuan Hj. Husin

3.1.5 En. Mohd Zakri bin Hj. Hashim

3.1.6 Lt. (B) Yon bin Talib

3.1.7 En. M.Nurkhidaris bin Adrus

 

3.2    Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh telah memberikan penerangan ringkas berhubung latarbelakang perkumpulan tarekat yang dipimpinnya.

 

3.3    Anggota Jilsah telah mengemukakan beberapa persoalan berkaitan tarekat berkenaan dan berpuas hati dengan jawapan yang telah dikemukakan.

 

4.0    ASAS PERTIMBANGAN

 

4.1    Orang Yang Dipertanggungjawabkan Oleh Syeikh

 

4.1.1 Pelantikan

 

4.1.1.1       Kaedah pelantikan Tuan Saifudin bin Maulup sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh Syeikh Hj. Ahmad Sahibul Wafa Tajul Ariffin (Abah Anom) adalah bersesuaian dengan kaedah sufiyyah kecuali beliau masih belum mengemukakan syahadah bertulis daripada Syeikh yang melantik beliau.

 

4.1.2 Pendidikan

 

4.1.2.1       Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan agama Islam di peringkat Ijazah Sarjana Muda Qiraat al-Quran, daripada Maahad al-Azhar Shuobra, Mesir.

 

4.1.3 Pengalaman

 

4.1.3.1                   Mula dilantik mewakili syeikh dan telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh semenjak tahun 2004.

 

4.1.3.2                   Sentiasa mendapat bimbingan yang berterusan daripada Syeikh yang melantik dan wakil talqin yang lain yang berada di Malaysia antaranya seperti berikut :

 

i)                   Hj. Mohd Zuki as-Sujak Bin Syafie

ii)                 Mansur Bin Salleh

 

4.1.4 Silsilah

 

4.1.4.1       Mempunyai rantaian silsilah tarekat tasawuf yang diperakui mengikut disiplin ilmu tarekat tasawuf.

 

 

 

4.1.5 Amalan Dan Bentuk Amalan

 

4.1.5.1       Kitab Uquudul Jumaan yang menjadi sumber rujukan utama bagi amalan zikir bagi tarekat ini adalah tidak bersalahan dengan disiplin ilmu tarekat dan tasawuf yang muktabar dan yang telah diperakui oleh ulama.

 

4.1.5.2       Perkumpulan tarekat ini juga mempunyai kaedah amalan zikir harian seperti yang berikut:

 

i)                   Zikir Jahar

ii)                 Zikir Khafi

 

4.1.5.3       Zikir yang dikemukakan dalam borang permohonan  pendaftaran tarekat tasawuf yang diterima tidak bercanggah dengan ajaran Islam kecuali terdapat transliterasi dalam tulisan rumi bagi ayat-ayat al-Quran dan lafaz-lafaz zikir. Ini adalah bertentangan dengan keputusan Fatwa Kebangsaan yang telah membuat keputusan mengharamkan kaedah sebegini.

 

 

 

4.1.6 Pusat Pengamalan

 

4.1.6.1       Pusat pengamalan tarekat ini yang dipohon pendaftarannya di Negeri Sembilan ialah:

i                        Surau Nurul Hidayah Kg. Kondok Batu 14, 71800 Nilai

ii                        Surau al-Irshadiah Batu 10, 71900 Labu

 

 

4.2    Buku/Risalah

 

4.2.1 Buku-buku yang disertakan bersama borang TT1 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak kecuali terdapattransliterasi tulisan rumi bagi ayat-ayat al-Quran dan lafaz-lafaz zikir, beberapa terjemahan maksud hadith yang kurang tepat, dan gaya bahasa yang tidak kemas dan tersusun mengikut metodologi penulisan secara ilmiah (Buku asal karya Syeikh berbahasa Arab dengan terjemahan oleh Prof. Dr. Aboe Bakar Atjeh).

 

5.0    KEPUTUSAN PERSIDANGAN ANGGOTA JILSAH AL-TURUQ AL-SUFIYYAH NEGERI SEMBILAN BIL 2/1431

 

5.1    Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah yang memohon untuk didaftarkan ini adalah satu tarekat tasawuf yang benar kerana telah memenuhi syarat-syarat sebuah tarekat.

 

6.0    SYOR

 

Berdasarkan permohonan pendaftaran Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di bawah seksyen 9 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang bersidang pada 16hb-18hb April 2010 mengesyorkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri agar:

 

6.1           Mengiktiraf Tuan Saifudin bin Maulup sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh seperti kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan beliau dikehendaki mengemukakan syahadah pelantikan bertulis sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh dan menyerahkannya kepada Pendaftar Tarekat Tawasuf.

 

6.2           Mengiktiraf silsilah Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di bawah pimpinan Tuan Saifudin bin Maulup adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan

 

6.3           Amalan yang diamalkan oleh Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

6.4           Meluluskan permohanan pendaftaran tarekat ini sebagai tarekat yang sah di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang di bawah sub-seksyen 10 (2), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 sekiranya telah mematuhi syarat yang berkenaan:

 

i.                    Mengemukakan syahadah pelantikan bertulis sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh.

ii.                  Memperbaiki penulisan dokumen dan kitab-kitab rujukan.

 

6.3    Mengizinkan Pendaftar mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran sekiranya berpuas hati apabila pemohon telah memenuhi syarat-syarat di atas seperti kehendak seksyen 12 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

6.5           Mengarahkan Pendaftar untuk melaksanakan kewajipan yang perlu bagi mendaftarkan tarekat ini.

 

 

Disediakan oleh,

 

Syaiful Nizam bin Md Jan

Pendaftar

Tarekat Tasawuf

Negeri Sembilan Darul Khusus

18hb April 2010

 

 

 

 

Diperakukan oleh,

 

 

 

Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri

Merangkap

Pengerusi Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah

18hb April 2010

 

KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa (Khas) Bil 2/1431

Pada 14hb Julai 2010

 

Saya bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan seperti berikut:

 

1.     Mengiktiraf En. Saifudin bin Maulup sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh seperti kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan tuan dikehendaki mengemukakan syahadah pelantikan bertulis sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh dan menyerahkannya kepada Pendaftar Tarekat Tawasuf.

 

2.     Mengiktiraf silsilah Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di bawah pimpinan En. Saifudin bin Maulup dan diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan

 

3.     Amalan yang diamalkan oleh Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

4.     Sehubungan dengan itu, tuan diminta mematuhi syarat yang berkenaan:

 

i.              Mengemukakan syahadah pelantikan bertulis sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh.

ii.            Memperbaiki penulisan dokumen dan kitab-kitab rujukan seperti tidak membuat transliterasi dalam tulisan rumi bagi ayat-ayat al-Quran dan lafaz-lafaz zikir kerana ia bertentangan dengan keputusan Fatwa Kebangsaan.

5.     Apabila pihak tuan telah memenuhi syarat-syarat di atas, Pendaftar akan mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran seperti kehendak seksyen 12 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

 

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri,

Negeri Sembilan Darul Khusus

TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005- TAREKAT NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYYAH

1.      Nama Tarekat: TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

 

i            Syeikh: Tuan Hj. Abu Talib bin Rabit

ii            No. Kad Pengenalan: 480429-05-5107

iii            Kelayakan: Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia

iv            Alamat: Kg. Sg. Bunga, 71750 Lenggeng

v            No. tel: 019-3958406

vi            Pusat Pengamalan: Surau Suluk, Kg. Baru, 71750 Lenggeng

vii            Perakuan Pendaftaran dikeluarkan pada 7hb September 2007. No. Pendaftaran:JMKNNS.BTT.070-2/1(6)

 

KERTAS SYOR

ANGGOTA JILSAH TURUQ AL-SUFIYYAH

BAGI PERMOHONAN PENDAFTARAN

TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH

 

 

 

1.0       TUJUAN

 

Kertas syor Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah ini dikemukakan kepada Ashabul Fadilah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus bertujuan untuk mendapatkan kelulusan berhubung dengan permohonan pendaftaran Tarekat Ahmadiah Qodiriyyah

 

2.0             LATARBELAKANG

 

2.1             Permohonan untuk mendaftarkan tarekat ini adalah seperti kehendak seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan Darul Khusus)

 

2.2             Permohonan ini telah dipanjangkan untuk kelulusan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 27hb Disember 2006

 

2.3             Walaubagaimana pun Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri telah menangguhkan keputusan permohonan ini dan permohonan ini dipanjangkan kepada Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah untuk kajian dan penelitian.

 

2.4             Sehubungan dengan itu, Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan telah bersidang pada 16hb Julai 2007 hingga 18hb Julai 2007 di Guoman Hotels, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

 

2.5             Antara Anggota Jilsah yang hadir ialah :

 

2.5.1       YB S.S Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad – Pengerusi

2.5.2       Y.Bhg Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad

2.5.3       Y.Bhg Dr Jahit bin Sidek

2.5.4       Y.Bhg Dr Abdul Manam bin Sulaiman

2.5.5       Y.Bhg Dr Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi

 

3.0       ASAS PERTIMBANGAN

 

3.1             Sheikh bagi tarekat ini iaitu, Sheikh Haji Abu Talib bin Rabit telah membuat pembentangan kepada Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah pada 17hb Julai 2007.

 

3.2             Ketika pembentangan, persidangan ini telah dipengerusikan oleh YB S.S Dato’ Hj Mohd Murtadza Bin Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, merangkap Pengerusi Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

3.3             Butir-butir pembentangan berkenaan adalah seperti berikut :

 

3.3.1       Alamat pusat pengamalan tarekat ini ialah di Surau Suluk, Kg Baru, 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan Darul Khusus

 

3.3.2       Silsilah tarekat ini adalah seperti lampiran yang disertakan pada borang TT1 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005

 

3.3.3       Zikir sebanyak 5,000 kali bagi permulaan untuk ahli yang baru menyertai tarekat.

 

3.3.4       Melakukan amalan suluk selama 40 hari / 20 hari / 10 hari.

 

3.3.5       Bertawajuh 3 kali sehari ( selepas subuh, zuhur dan isya’ )

 

3.3.6       Berzikir sebanyak 70 000 kali  di surau dan dipimpin oleh syeikh (tidak boleh dibuat berseorangan)

 

3.3.7       Antara buku-buku rujukan tarekat ini ialah :

 

3.3.7.1            Buku Amalan Tarekat Ahmadiah al-Kholidiah

3.3.7.2            Buku Ijazah Tarekat Naqsyabandiah

3.3.7.3            Perjuangan Hidup Seorang Hamba Allah

3.3.7.4            Munajat Tarekat Naqsyabandiah

3.3.7.5            Hakikat Tarekat Naqsyabandiah

 

3.3.8       Majlis tawajuh akan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat di pusat pengamalan tarekat yang dinyatakan di dalam borang TT1 yang di pimpin oleh Hj Abu Talib bin Rabit

 

3.3.9       Bentuk amalan/ wirid/ zikir adalah seperti yang telah dilampirkan di dalam Borang TT1, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005

 

 

4.0       SYOR

 

Setelah mengadakan perbincangan dengan Syeikh bagi tarekat ini, serta kajian dan penelitian yang dilakukan oleh Anggota Jilsah ke atas-atas dokumen yang dilampirkan pada Borang TT1, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan), maka dengan ini, Anggota Jilsah mengesyorkan agar Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memperakukan :

 

4.1             Syeikh Haji Abu Talib bin Rabit sebagai Syeikh bagi Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah yang pusat pengamalannya di Surau Suluk, Kampung Baru Lenggeng, Negeri Sembilan sebagaimana kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan setelah memenuhi kehendak subseksyen 8(2) enakmen yang sama.

 

4.2             Silsilah Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah di bawah pimpinan Syeikh Haji Abu Talib bin Rabit adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan.

 

4.3             Amalan yang diamalkan oleh Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

4.4             Syeikh hendaklah memastikan ahli sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa sama ada arahan berkenaan daripada Syeikh ataupun Pendaftar Tarekat Tasawwuf.

4.5             Perakuan pendaftaran ini adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sekiranya ada penyelewengan, pendaftar berhak untuk menarik kelulusan ini setelah memaklumkan kepada ahli jawatankuasa fatwa Negeri dan seperti peruntukan undang-undang.

 

4.6              Mengesyorkan agar perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepada Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah sebagaimana kehendak subseksyen 33 (2) ditarik semula

 

4.7             Mengesyorkan agar pengiktirafan sementara bagi Syeikh Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah yang dikeluarkan kepada Syeikh Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiah sebagaimana kehendak subseksyen 34 (2) ETT (NS) 2005 ditarik semula.

 

 

 

Disediakan oleh

 

AHMAD ZAKI BIN HAJI HAMZAH

Pendaftar

Tarekat Tasawuf

Negeri Sembilan Darul Khusus

 

 

KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 3/1428

Pada 10 Rejab 1428H

bersamaan 25hb Julai 2007

 

Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut:

 

 

1.     Syeikh Haji Abu Talib bin Rabit sebagai Syeikh bagi tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah dan pusat pengamalannya di Surau Suluk, Kampung Baru Lenggeng, Negeri Sembilan sebagaimana kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan setelah memenuhi kehendak subseksyen 8(2) enakmen yang sama.

 

2.     Silsilah tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah di bawah pimpinan Syeikh Haji Abu Talib bin Rabit adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan.

 

3.     Amalan yang diamalkan oleh tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

4.     Syeikh tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah hendaklah memastikan ahlinya sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa sama ada arahan berkenaan daripada Syeikh ataupun Pendaftar Tarekat Tasawwuf.

 

5.     Perakuan Pendaftaran adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sekiranya ada penyelewengan, pendaftar berhak untuk menarik kelulusan ini setelah memaklumkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan seperti peruntukan undang-undang.

 

6.      Mengesyorkan agar Perakuan Pendaftaran Sementara yang dikeluarkan kepada tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah sebagaimana kehendak subseksyen 33(2) ditarik semula

 

7.     Mengesyorkan agar Pengiktirafan Sementara bagi Syeikh tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah yang dikeluarkan kepada Syeikh tarekat Naqsyabandiah al-Kholidiyyah sebagaimana kehendak subseksyen 34(2) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ditarik semula.

 

 

 

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri,

Negeri Sembilan Darul Khusus

TAREKAT YANG DITOLAK PENDAFTARANNYA- ‘TAREKAT KHIDIRIAH’

1.     Nama Tarekat: Tarekat Khidiriyah

2.     Syeikh: Shamsudin bin Abdul Rahman

3.     No. I/C: 590415-05-5111

4.     Kelayakan: SPM

5.     Alamat: 1273, Jln Cengal 1, Tmn Ampangan Paroi, 70400Seremban

6.     Pusat Pengamalan: No. 1435, Persiaran Semarak 4 Fasa 7, Tmn Panchor Jaya, 70400 Seremban.

 

§        Permohonan dipanjangkan kpd AJK Fatwa dalam Mesyuarat JK Fawta bil. 1/1430 pada 30hb Jun 2009.

§        Dibincangkan dalam persidangan Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah NS pada 23hb Januari 2010.

§        Kertas Syor daripada Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah telah dibentangkan dalam Mesyuarat JK Fatwa bil. 1/1431, 24hb Februari 2010 dan diputuskan ditolak permohonan pendaftarannya.

 

PERMOHONAN PENDAFTARAN

TAREKAT KHIDIRIYAH

 

 

 

 

1.          TUJUAN

 

1.1      Kertas syor ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan untuk mendapatkan keputusan berhubung dengan permohonan pendaftaran ‘Tarekat Khidiriyah’ untuk diamalkan di Negeri Sembilan Darul Khusus di bawah peruntukan seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005

 

2.          LATARBELAKANG

 

2.1                 Syeikh bagi tarekat ini telah memohon untuk mendaftarkan tarekat ini bagi diamalkan di Negeri Sembilan berdasarkan kehendak seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 pada 18hb Mac 2008.

 

2.2                 Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan juga telah menerima aduan berhubung dengan kegiatan kumpulan tarekat ini yang meragukan daripada beberapa orang awam.

 

2.3               Permohonan tarekat ini telah dipanjangkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 30hb Jun 2009 dan keputusan persidangan tersebut agar perkara ini dipanjangkan kepada Anggota Jilsah    al-Turuq al-Sufiyyah Negeri untuk kajian dan syor.

 

2.4              Sehubungan dengan keputusan berkenaan, pada 22hb – 24hb Januari 2010, satu persidangan Anggota Jilsah     al-Turuq al-Sufiyyah telah diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

 

 

3.          HASIL SOAL SELIDIK DAN REPRESENTASI TAREKAT KHIDIRIYAH

 

3.1                 Ahli Tarekat Khidiriyah yang hadir ;

3.1.1 Shamsudin Abdul Rahman   –        Syeikh

3.1.2 Taha bin Kadir                        –        Ahli

3.1.3 Mohd Sharif Othman              –        Ahli

3.1.4 Amran Othman                       –        Ahli

3.1.5 Ahmad bin Ab. Rahman        –        Ahli

 

3.2                 Syeikh mendakwa menerima ajaran ini terus daripada ‘Nabi Khidir’ melalui mimpi.

 

 

3.3                 Cara penerimaan adalah seperti :

 

3.3.1               Bermimpi melihat cahaya putih kemudian timbul satu wajah seorang lelaki tua berserban dan berjanggut putih yang panjang hingga ke dada.

 

3.3.2               Gambaran wajah berkenaan kemudian menghilang dan hanya kedengaran satu suara yang memberi arahan dan ajaran yang didakwa ayat-ayat jalan ketuhanan.

 

3.4                 Beliau mengalami mimpi tersebut ketika berumur 28 tahun pada tahun 1987 di Taman Bukti, Seremban dan perkara ini berlanjutan selama hampir 2 tahun. Mimpi tersebut masih berlanjutan sehingga sekarang tetapi pada skala kekerapan yang rendah.

 

3.5                 Beliau berkeyakinan bahawa orang yang ditemui dalam mimpi berkenaan adalah ‘Nabi Khidir’. Pada permulaannya beliau tidak mengenali orang yang datang dalam mimpinya. Namun setelah bertanya, orang itu menjawab bahawa beliau adalah ‘Nabi Khidir’.

 

3.6                 Keyakinan beliau ini dikukuhkan lagi dengan ‘nas’ yang kononnya diterima daripada ‘Nabi Khidir’ (Lampiran A).

 

3.7                 Kononnya ‘Nabi Khidir’ memerintah alam selama 10,800 tahun, bermula tahun 1400 hijrah. Di dalam generasinya ini akan berlaku 81 kali bala disebabkan oleh angin. Ada tiga pernigkat ilmu, iaitu Atas, Tengah dan Bawah. Atas ialah hati tenang, mulut dan hati jadikan satu. Tengah ialah duduk di satu tampat berzikir. Bawah baca dan nyanyi. Perbezaan ketiga-tiga itu ialah Atas boleh terus ke Arasy jauh dari bintang sampai ke peringkat nabi. Tengah ialah sampaikan kepada orang lain, iaitu mengajar dan Bawah sampai ke neraka memberi tahu roh-roh di dalam neraka supaya mendengar ia membaca dan menyanyi.

 

3.8                 Beliau mengakui tidak ada merujuk tentang peristiwa mimpi berkenaan dengan mana-mana ulama yang muktabar pada masa tersebut kecuali seorang lelaki yang didakwa bernama Lebai Abd. Rahman (Allahyarham) di Kg. Talang, Kuala Pilah.

 

3.9                 Di dalam mimpi tersebut, beliau mendakwa menerima ajaran agar disampaikan kepada seluruh umat manusia.

 

3.10           Setiap ajaran yang diterima tersebut dicatatkan di dalam sebuah buku dan beliau mengakui bahawa beliau seperti diberi kekuatan untuk mengingati setiap ajaran yang diterima di dalam mimpi tersebut.

 

3.11           Beliau merasakan bahawa ajaran berkenaan adalah logik dan diterima oleh akal kerana manusia tidak mampu untuk mencipta ajaran berkenaan yang memerintahkan manusia agar berbuat kebaikan.

 

3.12           Ini dikuatkan lagi dengan kepercayaan beliau bahawa syaitan hanya akan menyuruh manusia untuk berbuat kejahatan.

 

3.13           Ajaran yang diterima itu dibukukan dan diberi namaKesedaran Yang Mulia.

 

3.14           Ajaran ini dinisbahkan kepada ‘Nabi Khidir’ setelah mendapat kebenaran daripada ‘Nabi Khidir’ sendiri hanya bertujuan untuk didaftarkan di bawah peruntukan Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 sedangkan ajaran ini adalah merupakan Ajaran Jalan Ketuhanan.

 

3.15           Beliau mendakwa bahawa perbualan beliau dengan ‘Nabi Khidir’ berlangsung dalam Bahasa Melayu.

 

3.16           Beliau sendiri mengaku tidak mahir membaca al-Quran dan tidak mempunyai pengetahuan agama Islam yang mendalam tetapi sekadar pengetahuan asas agama seperti orang awam setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3.17           Cara zikir khusus yang diamalkan di dalam ajaran ini ialah dimulakan dengan membaca al-Fatihah, nafas ditarik melalui hidung dan membesarkan perut kemudian menyebut kalimah Allah seberapa banyak dan selepas itu melepaskan nafas melalui mulut sambil mengempiskan perut. Cara ini dilakukan di dalam keadaan duduk bersila. Sewaktu mengamalkan zikir ini seseorang itu akan melihat cahaya berwarna warni sehingga bertukar menjadi cahaya putih untuk seseorang itu sampai ke langit ( ‘Arash).

 

3.18           Beliau juga mendakwa ilmu yang diterima daripada ‘Nabi Khidir’ merupakan ilmu Laduni.

 

3.19           Beliau mengaku bahawa seringkali mendengar dakwaan ramai orang bertemu dengan ‘Nabi Khidir’ di dalam mimpi. Perkara ini telah ditanya kepada ‘Nabi Khidir’ dan jawapan yang diberi ialah kerana ‘Nabi Khidir’ mempunyai 32 wajah.

 

3.20           Beliau mendakwa tidak pernah melakukan apa-apa amalan untuk bertemu dengan ‘Nabi Khidir’ dan pertemuannya dengan ‘Nabi Khidir’ di alam mimpi adalah secara yang tidak dirancang.

 

3.21           Beliau mempunyai keyakinan tentang kebenaran mimpi-mimpinya itu kerana cahaya yang dilihat berwarna putih dan sekiranya cahaya itu berwarna merah ia adalah syaitan.

 

4.          ASAS PERTIMBANGAN

 

4.1                 SYEIKH

 

4.1.1   Pelantikan

 

4.1.1.1                   Perlantikan sebagai syeikh kumpulan ini

adalah berlawanan dengan kaedah-kaedah tarekat yang telah disepakati oleh ulama tasawuf kerana beliau semata-mata mendapat pelantikan menerusi mimpi.

 

4.1.1.2       Kaedah mendapat pelantikan menerusi mimpi adalah berlawanan dengan kaedah sufiyyah.

 

4.1.2               Pendidikan

 

4.1.2.1                   Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan agama Islam yang lemah kerana pendidikan yang dimiliki hanya setakat SPM. Beliau sendiri juga mengaku tidak pandai membaca al-Quran.

 

4.1.2.2                   Hasil pengamatan anggota Jilsah, beliau didapati tidak peka dengan budaya membaca kitab-kitab agama dan tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi sebagai seorang syeikh tarekat.

 

 

4.1.3               Pengalaman

 

4.1.3.1             Tidak pernah memiliki pengalaman dalam pendidikan kerohanian dan tidak ada hubungan dengan tokoh kerohanian yang membimbingnya dalam bidang tersebut.

 

4.2           SILSILAH

 

4.2.1                           Tidak mempunyai silsilah untuk dinilai menurut disiplin ilmu tarekat tasawuf.

 

 

 

 

 

4.3           AMALAN DAN BENTUK AMALAN

 

4.3.1                           Zikir yang dikemukakan dalam borang permohonan  pendaftaran tarekat tasawuf yang diterima tidak bercanggah dengan ajaran Islam kecuali ia mempunyai beberapa kesalahan ejaan.

 

4.3.2                           Zikir umum (hasanah) yang dikemukakan adalah merupakan zikir umum yang tidak mewakili tarekat yang ingin didaftarkan.

 

4.3.3                           Beberapa zikir khusus yang dikemukakan dalam dokumen tidak boleh diperakukan sebagai zikir tarekat kerana tidak mempunyai rantaian silsilah.

 

4.3.4                           Pengalaman yang dilalui semasa mengamalkan zikir khusus ini sangat diragukan seperti nampak cahaya berwarna-warni yang akhirnya naik ke langit.

 

4.4                 PUSAT PENGAMALAN

 

Berdasarkan kenyataan yang diterima pusat pengamalan adalah seperti yang dinyatakan dalam borang TT1 iaitu di No. 1435, Persiaran Semarak 4 Fasa 7, Taman Panchor Jaya, 70400 Seremban.

 

4.5                 BUKU/RISALAH

 

4.5.1                     Dokumen yang dikemukakan hanya ada 2, iaitu dokumen yang berkaitan dengan pengamalan ‘Tarekat Khidiriyah’ dan bukuKesedaran Yang Mulia. Kedua-dua dokumen berkenaan didakwa telah diterima daripada ‘Nabi Khidir’ secara mimpi dan kedua-duanya mempunyai unsur-unsur yang sangat meragukan.

 

4.5.2                     Di samping itu, kumpulan ini masih mempunyai banyak bahan rujukan lain yang didakwa telah diterima daripada ‘Nabi Khidir’ (yang tidak dikemukakan kepada anggota Jilsah) dan sebahagian besarnya masih dalam bentuk manuskrip.

 

4.5.3                     Buku-buku tersebut diakui oleh mereka menjadi sumber rujukan kumpulan ini. Pengamatan anggota Jilsah mendapati mereka enggan bertolak ansur dari segi bahan rujukan ini.

 

4.5.4                     Semua ilmu yang didakwa telah diterima daripada ‘Nabi Khidir’ secara mimpi ini diterima dalam bahasa Melayu.

 

 

5.          KEPUTUSAN PERSIDANGAN ANGGOTA JILSAH AL-TURUQ AL-SUFIYYAH KALI 1/1431H

 

5.1                 Ajaran kumpulan ini bukanlah satu ilmu atau amalan tarekat kerana tidak memenuhi pensyaratan sebuah tarekat.

 

 

6.      SYOR

 

6.1                 Berdasarkan permohonan pendaftaran ‘Tarekat Khidiriyah’ di bawah seksyen 9 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang bersidang pada 22hb-24hb Januari 2010 mengesyorkan Jawatankuasa Fatwa Negeri:

 

6.1.1               Menolak permohanan pendaftaran ajaran kumpulan ini sebagai ajaran tarekat yang sah di bawah bidang kuasa yang diperuntukan di bawah sub-seksyen 10 (1), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 kerana sebab-sebab seperti yang dijelaskan sebelum ini.

 

6.1.2               Memanjangkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri tentang perkara ini kepada Pengarah JHEAINS untuk tindakan lanjut di bawah seksyen 52, Enakmen Jenayah Syariah  (Negeri Sembilan) 1992 di bawah peruntukan ajaran meragukan.

 

Disediakan oleh,

 

 

 

Syaiful Nizam bin Md Jan

Pendaftar

Tarekat Tasawuf

Negeri Sembilan Darul Khusus

24hb Januari 2010

 

 

 

 

Diperakukan oleh,

 

 

 

Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri

Merangkap

Pengerusi Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah

24hb Januari 2010

 

KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa 1/1431

Pada 10 Rabiulawwal 14310H

bersamaan 24hb Februari 2010

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Saya bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan berikut:

 

1.   Permohonan pendaftaran ‘Tarekat Khidiriyah’ adalahDITOLAK oleh Jawatankuasa Fatwa sebagaimana kuasa yang diperuntukkan di bawah sub-seksyen 10 (1), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

2.   Sehubungan dengan itu, tiada seorangpun boleh menjadi ahli tarekat ini atau mengamalkan tarekat tersebut sebagaimana sub-seksyen 7(1) dan sub-seksyen 7(2), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri,

Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Tarikh:        12hb Januari 2011

JMKNNS.BTT.070-2/3 (   18    )

TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005- TAREKAT AL-AHMADIAH AL-IDRISIAH AL-RASHIDIAH AL-DANDARAWIAH

PENDAFTARAN TAREKAT TASAWUF YANG TELAH DILULUSKAN DI BAWAH SUBSEKSYEN 12(1), ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005.

 

1.      Nama Tarekat: TAREKAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH AL-RASHIDIYYAH AL-DANDARAWIYYAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

i            Syeikh: Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad

ii            No. Kad Pengenalan: 370505-05-5081

iii            Kelayakan: B.A, Universiti al-Azhar, Mesir

iv            Alamat: No. 97, Taman Sri Putih, Jln Tok Ungku70100 Seremban

v            No. tel: 06-6311603

vi            Pusat Pengamalan: Kg. Pondok Rasah, Seremban

vii            Perakuan Pendaftaran dikeluarkan pada 7hb September 2007. No. Pendaftaran:JMKNNS.BTT.070-2/1(5).

viii            Alamat blog: http://www.alahmadiyyah-rasah.blogspot.com/

KERTAS SYOR

ANGGOTA JILSAH TURUQ AL-SUFIYYAH

BAGI PERMOHONAN PENDAFTARAN

TAREKAT AHMADIAH IDRISIYAH AL-RASHIDIYYAH AL-DANDRAWIYYAH

 

 

 

1.0       TUJUAN

 

Kertas syor Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah ini dikemukakan kepada Ashabul Fadilah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus bertujuan untuk mendapatkan kelulusan berhubung dengan permohonan pendaftaran Tarekat Ahmadiah Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandrawiyyah.

 

2.0             LATARBELAKANG

 

2.1             Permohonan untuk mendaftarkan tarekat ini adalah seperti kehendak seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan Darul Khusus)

 

2.2             Permohonan ini telah diterima oleh Pendaftar Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan pada 13hb Oktober 2007 yang telah ditandatangani oleh Syeikh tarekat berkenaan iaitu Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj Ahmad

 

2.3             Permohonan ini telah dipanjangkan untuk kelulusan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang pada 27hb Disember 2006

 

2.4             Walaubagaimana pun Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri telah menangguhkan keputusan permohonan ini dan permohonan ini dipanjangkan kepada Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah untuk kajian dan penelitian.

 

2.5             Sehubungan dengan itu, Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan telah bersidang pada 16hb Julai 2007 hingga 18hb Julai 2007 di Guoman Hotels, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

2.6             Antara Anggota Jilsah yang hadir ialah :

 

 

2.6.1       Y.Bhg Dato’ Hj Mohd Yusof bin Hj Ahmad – Pengerusi

2.6.2       Y.Bhg Dr Jahit bin Sidek

2.6.3       Y.Bhg Dr Abdul Manam bin Sulaiman

2.6.4       Y.Bhg Dr Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi

 

3.0             ASAS PERTIMBANGAN

 

3.1             Dato’ Hj Mohd Murtadza bin Hj Ahmad, Sheikh bagi tarekat ini telah membuat pembentangan kepada Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah pada 16hb Julai 2007.

 

3.2             Ketika pembentangan, persidangan ini telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Dato’ Hj Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri, merangkap Anggota Jilsah Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

3.3             Butir-butir pembentangan berkenaan adalah seperti berikut :

 

3.2.2       Tarekat ini bertapak di Negeri Sembilan melalui Syeikh Hj Mohd Said Jamaluddin Al-Linggi

 

3.2.3       Syeikh Hj Mohd Said mengambil tarekat ini daripada Syeikh Muhammad Al-Dandarawi seperti silsilah yang telah dilampirkan di dalam borang TT1, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005

 

3.2.4       Asas amalan Tarekat Ahmadiah Idrisiyah Rashidiah Dandarawiah:

 

3.2.4.1            Fatihatul Aurad

3.2.4.2            Tahlil

3.2.4.3            Istighfar Kabir

3.2.4.4            Selawat Azimiah

 

3.2.5       Pusat Pengamalan Tarekat Ahmadiah ialah di Kg. Pondok Rasah, Negeri Sembilan Darul Khusus

 

3.2.6       Di Pusat Pengamalan ini, dijalankan kelas-kelas keagamaan kepada ahli-ahli terekat berkenaan dan ia juga terbuka kepada kepada semua masyarakat Islam setempat.

 

3.2.7       Sheikh bagi tarekat ini akan mengajar pada setiap malam Rabu

 

3.2.8       Seangkatan dengan Syeikh Ahmad Bin Mohd Said ialah Syeikh Abdullah Bin Mohd Said dan Syeikh Abdullah Bin Sijang. Walaubagaimanapun orang-orang yang ingin mengambil tarekat Ahmadiah perlu berbai’ah dan talqin dengan Syeikh Abdullah Bin Mohd Said, manakala majlis zikir akan dibantu oleh Syeikh Ahmad Bin Mohd Said.

 

3.2.9       Setiap ahli dikehendaki menuntut ilmu yang benar daripada mana-mana kelas agama, tidak kira dianjurkan oleh mana-mana kumpulan tarekat, tetapi tidak boleh mengambil bai’ah daripada tarekat-tarekat tersebut.

 

3.2.10  Antara kitab-kitab yang menjadi rujukan bagi ahli tarekat ini ialah :

 

3.2.10.1        Kitab Ahzab

3.2.10.2        Kitab Majmu’ah

3.2.10.3        Safinah al-Salamah

 

4.0             SYOR

 

Setelah mengadakan perbincangan dengan Syeikh bagi tarekat ini, serta kajian dan penelitian yang dilakukan oleh Anggota Jilsah ke atas-atas dokumen yang dilampirkan pada Borang TT1, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan), maka dengan ini, Anggota Jilsah mengesyorkan agar Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri memperakukan :

 

4.1             Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad sebagai Syeikh bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiyah Rashidiah Dandarawiah sebagaimana kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan setelah memenuhi kehendak subseksyen 8(2) enakmen yang sama.

 

4.2             Silsilah Tarekat Ahmadiah di bawah pimpinan Syeikh Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan.

 

4.3             Amalan yang diamalkan oleh Tarekat Ahmadiah Idrisiyyah Al-Rashidiyah Al-Dandarawiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

4.4             Syeikh hendaklah memastikan ahli sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa samada arahan berkenaan daripada Syeikh ataupun Pendaftar Tarekat Tasawwuf.

 

4.5             Perakuan pendaftaran ini adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sekiranya ada penyelewengan, pendaftar berhak untuk menarik kelulusan ini setelah memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri dan seperti peruntukan undang-undang.

 

4.6             Mengesyorkan agar perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan kepada Tarekat Ahmadiah sebagaimana kehendak subseksyen 33 (2) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) ditarik semula

 

4.7             Mengesyorkan agar pengiktirafan sementara bagi Syeikh Tarekat Ahmadiah yang dikeluarkan kepada Syeikh Tarekat Ahmadiah sebagaimana kehendak subseksyen 34 (2) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ditarik semula.

 

Disediakan oleh

 

AHMAD ZAKI BIN HAJI HAMZAH

Pendaftar

Tarekat Tasawuf

Negeri Sembilan Darul Khusus

 

KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil 3/1428

Pada 10 Rejab 1428H

bersamaan 25hb Julai 2007

 

Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut:

 

1.     Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad sebagai Syeikh bagi tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah sebagaimana kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 setelah memenuhi kehendak subseksyen 8(2) enakmen yang sama.

 

2.     Silsilah tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah di bawah pimpinan Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Haji Ahmad adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e)Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

3.     Amalan yang diamalkan oleh tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 diperakukan benar.

 

4.     Syeikh tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah hendaklah memastikan ahlinya sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa samada arahan berkenaan daripada Syeikh ataupun Pendaftar Tarekat Tasawwuf.

 

5.     Perakuan Pendaftaran adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sekiranya ada penyelewengan, pendaftar berhak untuk menarik kelulusan ini setelah memaklumkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri dan seperti peruntukan undang-undang.

 

6.     Mengesyorkan agar Perakuan Pendaftaran Sementara yang dikeluarkan kepada tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah sebagaimana kehendak subseksyen 33(2) Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 ditarik semula.

 

7.     Mengesyorkan agar Pengiktirafan Sementara bagi Syeikh tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah yang dikeluarkan kepada Syeikh tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiyyah al-Rashidiyyah al-Dandarawiyyah sebagaimana kehendak subseksyen 34(2) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 ditarik semula.

 

MOHD ZAIDI BIN RAMLI

Timbalan Mufti Kerajaan Negeri,

Negeri Sembilan Darul Khusus