Pesanan Sayidina Ali bin Abi Talib Kepada Malik al-Asytar,Gabenor Mesir

Pesanan Sayidina Ali bin Abi Talib Kepada Malik al-Haris al-Asytar, Gabenor Mesir.

Jangan kamu ketepikan ajaran mulia yang diamalkan oleh orang terdahulu. Ajaran tersebut telah dapat mengekalkan kerukunan dan kemajuan di kalangan rakyat. Janganlah kamu melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan kesan ajaran tersebut. Orang-orang yang mengamalkan ajaran mulia ini telah pun menerima ganjaran mereka. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab kamu mempertahankannya sekiranya ajaran ini menghadapi sebarang ancaman. Selalulah mempelajari dari pengalaman orang-orang yang terpelajar dan bijak. Selalulah minta pandangan mereka dalam hal yang berkaitan dengan negara. Nanti kamu dapat mengekalkan keamanan dan hubungan baik yang telah diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin sebelum kamu.

Dipetik daripada buku Pedoman Pentadbiran Islam (Surat Sayidina Ali bin Abi Talib Kepada Malik al-Haris al-Asytar, Gabenor Mesir), terbitan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, cetakan 1987.

Kata Hikmah Fadilatus Shaykh al-Arif Billah Ahmad Bin Ulwan

Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Hikam dan ‘Ibrah Kata Hikmah Fadilatus Shaykh al-Arif Billah Ahmad Bin Ulwan
Kata Hikmah Fadilatus Shaykh al-Arif Billah Ahmad Bin Ulwan
Kata hikmah golongan solihin sebagaimana yang disunting oleh Fadilatus Shaykh al-Arif Billah Ahmad bin Ulwan di dalam kitabnya al-Futuh – Diwan wa Kitab iaitu

الداءُ فِي أَربَعَةٍ : الداءُ فِي الـنَفْسِ ، والداء فِي الشيْطَان ، والداء فِي جَلِـيْسِ السُّوء ، والداء فِي إِمْرَأةِ السُّوء.

والدوَاء فِي أَرْبَعَة : الدوَاء فِي العَـقْل، والدوَاء فِي القُـرْءَان، والدوَاء فِي الجَـلِيْس الصَالِح، والدوَاء فِي المَرْأةِ الصَالِـحَة.

Yang bermaksud, Penyakit itu dalam empat perkara, penyakit dalam nafsu, penyakit dalam syaitan, penyakit dalam majlis yang mungkar dan penyakit dalam perempuan yang jahat.

Manakala ubatnya pula ada pada empat tempat, pada akal, pada al-Qur’an, pada majlis yang soleh dan pada perempuan yang solehah.

Tonggak Bagi Dunia

Sabda Rasulullah SAW,

قَوَامٌ الدُّنْيَا بِأَرْبَعَةِ أَشْيَاء: أَوْلُهَا: بِعِلْمِ العُلَمَاءِ، وَالثانِي: بِعَدْلِ الأُمَرَاءِ، والثَّالِث: بِسَخَاوَةِ الأَغْنِيَاءِ، والرَّابِع: بِدَعْوَةِ الفُقَرَاءِ.

Yang bermaksud, Tonggak bagi dunia ini empat perkara. Pertama:Ilmu para ulamak. Kedua: Keadilan para pemerintah. Ketiga: Dermawan (pemurah) pada orang kaya. Keempat: Doa orang fakir miskin.

Sehubungan dengan itu, kalaulah tidak disebabkan ilmu para ulamak maka binasalah orang jahil, kalaulah tidak kerana dermawannya orang kaya maka binasalah fakir miskin, kalaulah tidak kerana doa daripada fakir miskin maka binasalah orang yang kaya dan jika tiada keadilan para pemerintah nescaya manusia menindas sesama mereka sebagaimana serigala membaham kambing[1].

[1] Durrah al-Nasihin, Uthman bin Hassan bin Ahmad al-Syakir, Bab fi Fadhilah al-‘Ilmi, al-Maktabah al-‘Asriah, Bairut, 2002, hlmn 23.

Anak Kunci Neraka & Syurga

مفتاح جهنّم الغفلة ومفتاح الجنة الذكر والحضور مع الله تعالى

Yang bermaksud, Anak kunci bagi Neraka Jahannam adalah sifat lalai, dan anak kunci Syurga adalah zikir (sentiasa mengingati Allah) dan sentiasa hadir (beribadat) dengan Allah.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Bersyukur dengan dua syukur

كلّ نعمة تصل إلى الإنسان عن طريق إنسان آخر، يجب عليه تجاهها شكران: شكر لله على إنعامه، وشكر للإنسان الذي كان واسطة لوصول هذه النعمة.

Yang bermaksud, Setiap nikmat yang sampai kepada manusia adalah melalui manusia lain. Maka wajib ke atasnya melakukan dua kesyukuran: Syukur kepada Allah di atas kurniaan nikmat-nikmatNya dan syukur kepada manusia kerana dia menjadi perantara menyampaikan nikmat itu.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Jangan Terlalu Banyak Memuji Guru

كثرة مدح المريد لشيخه تضر الشيخ والمريد. فالشيخ ليس إلا واسطة مادم يوفق الشريعة، فإذا خالف الشريعة تسقط حرمته. ماذا يفيدنا إن قلنا: شيخي غوث، شيخي قطب ….؟ ولكن الذي يفيدنا أن نقول: شيخي متمسّك بالشريعة متبع لرسول الله صلى الله عليه وسلم.

Yang bermaksud, Terlalu banyak pujian murid kepada gurunya sebenarnya boleh memudharatkan (mendatangkan keburukan kepada) guru dan murid. Guru hanya penyampai selagi mana dia mengikut Syariat, sekiranya dia (guru) melakukan perkara yang bertentangan dengan Syarak maka gugurlah kemuliaannya (tidak layak menjadi guru). Apakah kesan dan faedahnya jika kita kata: Guruku Wali Ghuas atau guruku Wali Qutub…? Tetapi alangkah eloknya kalau kita katakan: Guruku berpegang dengan Syariat, mengikut (Sunnah) Rasulullah SAW.

Dipetik daripada Kitab Sawanih Qalbiyyah, Ahmad Fathullah Jamiy, Dar al-Ghazali, cetakan kedua, 2002

Kelayakan Seorang Syeikh

قَالَ ابْنُ عَرَبِيّ: « لاَ بُدَّ أَنْ يَكُوْنَ عِنْدَ الشَّيْخِ دِيْنَ الأَنْبِيَاءِ وَتَدْبِيْرَ الأَطِبَّاءِ وَسِيَاسَةَ الْمُلُوْكِ , وَحِيْنَئِذٍ يُقَالُ لَهُ : أستاذ

Yang bermaksud, Ibn ‘Arabiy berkata: Tidak boleh tidak mestilah wujud pada syeikh (guru) itu penghayatan agama para Anbia’, kemahiran sebagai seorang tabib (doktor) dan kepakaran politik seorang penguasa. Pada masa itu layaklah dia dipanggil sebagai seorang guru.

Dipetik daripada buku ‘Prinsip-Prinsip Tasawwuf’

Malam-malam Istimewa

Malam-malam yang istimewa bagi umat Islam ialah;

1. Malam Jumaat

2. Malam awal Rejab dan setengah pendapat mengatakan malam 27 Rejab

3. Malam Nisfu Sya‘ban

4. Malam Lailatul Qadr

5. Malam Aidil Fitri

6. Malam Aidil Adha

Oleh itu, umat Islam diminta menggandakan amal ibadah seperti membaca al-Quran, berdoa serta melakukan Qiamul Lail untuk merebut kelebihan yang terdapat pada malam-malam yang dinyatakan di atas.

Mencari Lailatul Qadr

Ulamak berselisih pendapat tentang bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulamak berhubung bilakah berlakunya Lailatul Qadr. Ada yang menyatakan ianya berlaku setiap 7 tahun sekali sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muhammad bin al-Hanifah, ada yang menyatakan ianya berlaku pada setiap bulan, ada yang menyatakan ianya berlaku pada awal Ramadhan, sebahagian lagi mengatakan ianya berlaku pada setengah bulan Ramadhan yang kedua, ada mengatakan ianya berlaku pada malam ke-17 Ramadhan dan jumhur mengatakan ianya berlaku pada 10 malam yang terakhir bulan Ramadhan.

Imam Syafie mengatakan Lailatul Qadr itu terkandung dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21 dan malam ke 23.

Formula Ulamak Tafsir Yang Semasa,

Lailatul Qadr berlaku pada malam ke 27 Ramadhan. Hal ini berdasarkan kepada 2 perkara dalam Surah al-Qadr iaitu:

i Allah mengulang-ulangkan perkataan لَيْلَةُ القَدْرِ ( ) pada 3 tempat dan perkataan ( لَيْلَةُ القَدْرِ ) terdapat 9 huruf. Sehubungan dengan itu 3 x 9 = 27.

ii Surah al-Qadr mengandungi 30 patah perkataan. Perkataan هِيَ pada ayat yang terakhir surah ini berada di kedudukan yang ke 27.

Formula Imam Ghazali,

Malam Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh.

Bil 1 Ramadhan Lailatul Qadr
1 Isnin Mlm 21 Ramadhan
2 Sabtu Mlm 23 Ramadhan
3 Khamis Mlm 25 Ramadhan
4 Selasa/Jumaat Mlm 27 Ramadhan
5 Ahad/Rabu Mlm 29 Ramadhan

Justeru, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadr secara yakin adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir. Sabda Nabi S.A.W,

فَالتَـمِسُوهَا فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ

Yang bermaksud, Maka kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu pada malam yang ganjil.

Rujukan
Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad, Matba’ah Nadhr, 2001, bab Lailatul Qadr hlmn 201.

Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari, al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani, Dar al-Fikr, 1996, Kitab Fadl Lailatul Qadr, Jld 4, 786

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
Melaksanakan perintah Allah.
Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
Bersamaan dengan selawat para malaikat.
Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
Allah akan menutupi segala dukacita.
Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
Mendapat darjat al-Sidq.
Ditunaikan segala hajat.
Salam sejahtera pada hari kiamat.
Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
Tidak akan merasai fakir.
Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
Mendapat keberkatan daripada Allah.
Mendapat kesempurnaan iman.
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

Teguh pendirian dengan kebenaran.
Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.