Berbeza Wali

Soalan :

Dalam borang nikah Aminah ditulis nama wali ialah Amin (abangnya yang sulong) tetapi dalam wakalah nama wali yang menyerahkan hak wakalah kepada Imam ialah Ali (abang yang kedua). Adakah ta’yin wali diperlukan dalam akad nikah. Jika penentuan wali diperlukan bagaimana kedudukan pernikahan Aminah?

Jawapan:

Pernikahan boleh dijalankan walaupun borang nikah Aminah ditulis nama wali abangnya yang sulung tetapi dalam boring wakalah nama wali yang menyerahkan hak wakalah kepada imam ialah abangnya yang kedua. (8/90)

Isteri nusyuz,harta sepencarian

Soalan :

Seseorang itu nyata telah nusyuz, maka ia telahpun bercerai, adakah mahkamah boleh menetapkan harta sepencarian dibahagi sama?

Jawapan:

Berhubung seseorang yang telah nyata nusyuz dan telah pun bercerai, Hakim Syarie boleh memerintahkan pembahagian harta sepencarian ke atas pasangan yang telah bercerai itu. (6/90)

Cari jodoh melalui bomoh

Soalan :

Apakah hukumnya jika seseorang berusaha mencari atau mempercepatkan jodoh melalui bomoh? Dan bolehkah ia melunturkan keimanan kita (syirik)?

Jawapan:

Berusaha mencari dan mempercepatkan jodoh melalui bomoh adalah salah di sisi agama, kerana perbuatan tersebut tidak melalui Allah dan ia boleh melunturkan keimanan (syirik). Sebaliknya mintalah dan berdoalah kepada Allah, seperti mana sabda Nabi s.a.w dalam hadith 40 (Imam an Nawawi) (4/89)

 

Wali perempuan diluar negeri

Soalan :

Siapakah wali anak perempuan di luar Negeri? Bapanya atau Qadi, sekiranya Qadi, bolehkah Qadi itu berwakil kepada saudaranya perempuan yang berada di luar negeri juga?

Jawapan:

Perempuan yang berada di luar Negeri dan masafah (perjalanan) di antara dua marhalah ataupun lebih maka walinya ialah Qadi di tempat perempuan itu berada. Qadi di tempat perempuan itu boleh berwakil wali kepada sesiapa, termasuk saudara perempuan tersebut[1]. (1/87)

 

Talaq tiga serentak

Soalan :

Boleh atau tidak talaq tiga serentak itu dikira sebagai talaq satu dan siapakah di antara ulama’ yang berkata begitu?

Jawapan:

Tidak boleh dijadikan lafaz talaq tiga sekali serentak itu sebagai talaq satu[1]. (1/87)

Cerai takliq

Soalan:

cerai takliq “lahir sahaja kandungan ini, aku cerai kan engkau “.Bagaimana kaedah eddahnya?Adakah 3 kali suci @ lahir anak tadi sudah habis eddahnya.

Jawapan:

Cerai takliq itu berlaku selepas bersalin maka eddahnya adalah 3 kali suci.Rujukan Dr. Zulkifli al-Bakri

Isteri memberi duit mas kahwin kepada suaminya

Soalan:

Bolehkah isteri memberi duit mas kahwin kepada suaminya

Jawapan:

Duit mas kahwin adalah hak isteri terpulanglah kepada isteri utk menggunakannya

Talak

Soalan :

Talak semasa isteri mengandungkan anak. Jatuh atau tidak?

Jawapan :

Jatuh, ia dikira talak bid’ie. Minta perkara ini dilaporkan kepada Pej. Agama Islam berhampiran dengan rumah anda.