Semakan arah kiblat di Balai Raya Kg Gadong Jaya Seremban

Pada 16 April 2019, Unit Falak Jabatan Mufti  telah melakukan kunjungan ke Balai Raya Kg Gadong Jaya Seremban untuk melakukan semakan arah kiblat.Turut hadir bersama pada majlis ini adalah Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Ustaz Ammran bin Awaludin. Balairaya ini akan digunakan untuk menunaikan solat jumaat dan solat fardhu.

 

              

Bengkel Pemurnian Model PASAQ

Pada 5 hingga 7 April 2019, Bahagian Rundingcara Aqidah Jabatan Mufti Negeri sembilan telah mengadakan Bengkel Pemurnian Modul PASAQ yang bertempat di Furama Hotel Kuala Lumpur.

 

     

      

 

 

 

Majlis perasmian sempena Program Strategik Falak Bersama Pejabat Mufti Negara Kemboja

Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM); Ustazah Hajah Zawanah binti Muhammad dan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan; Ustaz Amran Awaludin dan KPPK Cawangan Kompetensi; Ustazah zamzurina binti Mansur. Program ini bermula pada 3 Apr 2019 hingga 8 Apr 2019.

 

      

Perlaksanaan penggunaan E-TaMANS bermula secara rasminya pada 1 April 2019

Untuk makluman tuan/puan, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMKNNS) telah menaiktaraf sistem permohonan tauliah mengajar agama dalam talian di Negeri Sembilan yang dikenali sebagai Sistem E-Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Sembilan (E-TaMANS). Pembangunan sistem ini merupakan inisiatif baharu JMKNNS dalam memberi kemudahan kepada pemohon dan orang awam untuk berurusan dengan pihak jabatan dengan lebih mudah dan cepat. Antara fungsi sistem E-TaMANS ini ialah:-

a) Menggunakan ID dan kata laluan untuk mengakses masuk ke dalam sistem;
b) Pemohon yang ingin memohon pertauliahan mengajar agama Islam di Negeri Sembilan boleh memohon secara atas talian melalui E-TaMANS;
d) Pemegang tauliah sedia ada boleh melihat maklumat dan data pertauliahan mereka di dalam E-TaMANS;
e) Orang awam boleh membuat carian/menyemak status pemegang tauliah yang berdaftar di Negeri Sembilan;
f) Paparan responsif untuk semua jenis peralatan seperti komputer peribadi, komputer riba dan telefon bimbit;

3. Sistem E-TaMANS ini merupakan sistem atas talian di dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri, Negeri Sembilan. ( http://www.tauliah.muftins.gov.my/ )

4. Perlaksanaan penggunaan E-TaMANS telah bermula secara rasminya pada 1 April 2019 (Isnin).

Pesta Buku Antarabangsa 2019 di PWTC

Pada 29 Mac – 7 April 2019 telah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sekali lagi telah menyertai untuk tahun kesembilan di dalam acara peringkat antarabangsa tersebut.

Pada kali ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan lebih banyak terbitan bahan ilmiah yang baru bagi perkongsian ilmu khususnya pada penggemar terbitan jabatan kami.

Dengan penyertaan setiap tahun, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan berjaya menjadi tempat rujukan ilmu dan pengumpulan bahan Ilmiah bukan sahaja untuk masyarakat Islam di Negeri Sembilan malah seluruh umat Islam di Malaysia mahupun di luar negara.

Program Multaqa Pemegang Tauliah Agama Negeri sembilan Siri 1/2019

Pada 26 Mac 2019 telah berlangsung Program Multaqa Pemegang Tauliah Agama Negeri Sembilan Siri 1/2019 di Dewan Ballroom, Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan Darul Khusus. Terdapat dua sesi perbentangan yang dibincangkan pada hari tersebut iaitu Sejarah Perkembangan Mazhab Al Syafie yang dibentangkan oleh Ybhg Dr. Muhammad Adib bin Samsudin (Pensyarah Kanan UKM); Fiqh Muamalat: Isu Riba’ dalam pertukaran mata wang asing dan komuditi yang dibentangkan oleh Ybhg Dr. Abdullah Bin Jalil (Pensyarah Kanan USIM). Program berakhir dengan perasmian penutup dan pelancaran Laman Web Baru Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan oleh Y.T.M Dato’ Klana Petra Dato’ Haji Mubarak Bin Dohak, Undang Luak Sungei Ujong.

Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/2018-1439H yang bersidang pada 26 Julai 2018 bersamaan 13 Zu-al-Qa’dah 1439H telah 2014 telah membincangkan Isu Perkahwinan Kanak-kanak: Kajian dari Aspek Agama, Kesihatan dan Psikologi. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Berasaskan nas-nas Syarak dan Qaedah-Qaedah Fiqhiyyah serta keterangan pakar-pakar kesihatan dan psikologi, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah harus dan dibenarkan dengan syarat ia dilakukan semata-mata untuk memenuhi kemaslahatan kanak-kanak tersebut secara syar’ie, mengikut peraturan dan undang-undang yang telah wujud dan sedia ada.

Status pewartaan : Tidak diwartakan

Fenomena Gerhana Matahari Separa

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA

9 Mac 2016 – Sebaik sahaja matahari terbit, rakyat Malaysia amnya dan Negeri Sembilan khasnya akan berpeluang melihat fenomena alam iaitu Gerhana Matahari Separa. Fenomena ini boleh dilihat di Negeri Sembilan bermula pada sentuhan pertama iaitu pada jam 7:24 pagi dan berakhir pada 9:31 pagi. Manakala itu, kemuncak Fenomena Gerhana Matahari Separa ini adalah pada jam 8:23 pagi. Maklumat seperti rajah 1 :