Mufti Negeri Sembilan

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD – MUFTI KEEMPAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

MUFTI KEEMPAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
  • DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

  • MUFTI KEEMPAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
  • Ikuti Dalam:

Tentang Beliau

Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1945. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nuri Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan pada tahun 1952 - 1957. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Pertukangan Kayu Nuri pada tahun 1958 sehingga Mei 1958, kemudian di Sekolah Ugama Menengah Rendah Johol, Kg. Pasit, Negeri Sembilan (SUMR) pada Jun 1959 - 1961, kemudian beliau meneruskan pula pelajaran di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Istana Lama Sri Menanti (SUMT) pada tahun 1962 – 1963, seterusnya di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT), tahun 1964 – 1965. Pada tahun 1966, beliau telah mengambil Sijil Tinggi di Kolej Islam Malaya Petaling Jaya, serta Diploma Pendidikan pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 1970 sehingga 1972, beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

Pengalaman dalam perkhidmatan :

• Guru Bahasa Arab (sukarela), Sekolah Ugama Menenengah Tinggi, Seremban, Negeri Sembilan (SUMT) pada Mac 1973.
• Guru Bahasa Arab (Berijazah), Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT) pada September 1973.
• Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Seremban(SMKU).
• Menjawat jawatan sebagai Pengetua:
i)  Sek. Men. Keb. Agama, Seremban (SMKA) (1980 – 1985)
ii)  Sek. Men. Agama Wilayah Persekutuan ( Okt 1985 – April 1987)
iii)  Sek. Men. Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan (SMAP)(1987 – Nov 1988)
iv)  Sek. Men. Keb. Agama Syarifah Rudhiah, Melaka (SMKA)(1988 – Feb 1989)
v)  Sek. Men. Keb. Agama Sheikh   Hj. Mohd. Said, Seremban(SMKA SHAMS)( Mac 1989-1997)
vi)  Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor (MPI) (1998 – Feb 2000)

BIODATA MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Pada tahun 1952, YB Dato’ Mufti telah memulakan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Nuri Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan sehingga tahun 1957. Selepas itu YB meneruskan pengajiannya di Sekolah Pertukangan Kayu Nuri pada tahun 1958 sehingga Mei 1958.
TarikhTempat
Jun 1959Sek. Ugama Men. Ren. Johol, Kg. Pasit, Negeri Sembilan (SUMR)
1962 sehingga 1963Sek. Ugama Men. Tinggi Istana Lama Sri Menanti (SUMT)
1964 sehingga 1965Sek. Ugama Men. Tinggi Seremban (SUMT)
1966 sehingga 1969 Kolej Islam Malaya Petaling Jaya Sijil Tinggi & Diploma Pendidikan   
1970 sehingga 1972Universiti Al-Azhar, BA Usuludin, Jurusan Tafsir & Hadith,MA Syariah, Jurusan Fiqh Perbandingan
1983 sehingga sekarangAhli Jawatankuasa Fatwa, Negeri Sembilan
1990 sehingga 2008Ahli Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan
1974 sehingga 1983Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SRP
1980 sehingga 1983Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SPM
1982 sehingga 1985Ketua Panel Pemurniaan Soalan Thanawi Ma’had Gemencheh
1984 sehingga 1995Ketua Pasukan Kertas Pendidikan Islam SRP&SPM
1992 sehingga 1993Ketua Kumpulan Ujian Lisan Bahasa Arab STPM, N.Sembilan
1994 sehingga 1999Ketua Pemeriksa Ujian Lisan Bahasa Arab STPM,Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
1996Ketua Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam  SPM
2000 sehingga 2009Ketua Panel Penterjemah dan Penyunting Kitab Fiqh-Manhaji
2002 sehingga 2009Ketua Panel Penyunting Kitab ‘Aqidah Islamiyah’ 
2000 sehingga sekarangJawatankuasa Rukyah Hilal Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah

Sepanjang berkhidmat beliau dikurniakan 3 pingat dan penghargaan :

1. Darjah Dato' Setia Negeri sembilan (DSNS) - 19 Julai 1998
2. Pingat khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) - 19 Julai 1994
3. pingat Jasa Kebaktian (PJK) - 19 Julai 1983
1. Tokoh Guru Negeri Sembilan 2009.
2. Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah, Negeri Sembilan 1425 H/2005 Masihi.
3. Lencana Terima kasih daripada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru.