admin

Apa itu Falak?

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu Falak?

Ilmu falak pula merupakan ilmu yang mempelajari tentang posisi benda-benda langit, matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Ini dapat difahami melalui firman Allah dalam surah Yāsīn ayat 40 dan surah al-Anbiyā’ ayat 33.

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. (Yāsīn : ayat 40)

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar dalam garis edarnya. (al-Anbiyā’: ayat 33)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa matahari dan bulan bergerak dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Matahari tidak akan muncul pada waktu malam, manakala siang dan malam pula bergilir-gilir menggantikan antara satu dengan yang lain. Setiap sesuatu di langit itu beredar pada orbitnya masing-masing menurut ketentuan Allah SWT.

Jelasnya, ilmu falak adalah ilmu yang membincangkan mengenai pergerakan jasad-jasad samawi khususnya bulan, matahari, bintang dan planet pada orbitnya masing-masing. Pada hari ini ilmu falak lebih dikenali sebagai astronomi. Manakala skop kajian bidang falak ini terlalu luas kerana ia melibatkan alam cakerawala keseluruhannya. Bagaimana pun, di Malaysia, skop ilmu falak khususnya falak syar‘ie di jabatan-jabatan mufti tertumpu bagi tujuan penyempurnaan sesuatu ibadah khususnya bidang-bidang yang berkaitan penentuan waktu solat, penentuan arah kiblat, penentuan takwim hijrah, penetapan anak bulan dan gerhana matahari serta bulan.

Almanak Astronomi 2019

Antara fenomena Astronomi yang menarik untuk 2019. Jangan lepaskan peluang…!!! Jom raikan Falak…!!!

Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/2018-1439H yang bersidang pada 26 Julai 2018 bersamaan 13 Zu-al-Qa’dah 1439H telah 2014 telah membincangkan Mayat Terdampar Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  1. Mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya termasuk kanak-kanak terdampar boleh dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.
  2. Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang Islam, maka ia dianggap bukan Islam.
  3. Mayat yang bercampur aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada jenazah orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan bukan Islam. Sebaliknya mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam.

Status pewartaan : Tidak diwartakan

Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin Orang Islam

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil 3/2018-1439H yang bersidang pada 29 Mac 2018 bersamaan 11 Rejab 1439H telah bersetuju dan memutuskan berkenaan Hukum Pelupusan Anggota, Tisu dan Janin Orang Islam  dengan sighah seperti berikut

1. Pengurusan pelupusan anggota dan tisu orang Islam:-

i.  Anggota dan Tisu Orang Islam Yang Hidup: Menurut Jumhur Fuqaha, anggota badan manusia yang terpotong daripada jasad yang masih lagi hidup hendaklah ditanam tanpa dibasuh dan tanpa disolat walaupun ia hanyalah kuku atau rambut.

ii.  Anggota dan Tisu Orang Islam Yang Mati:

  • Menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, jika ditemui sebahagian besar daripada anggota jenazah, maka ia hendaklah dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan.
  • Bagi mazhab Syafie dan Hanbali, ia hendaklah dimandi, dikafan disembahyang dan dikebumikan walaupun sebahagian kecil dijumpai anggota jenazah tersebut.

2. Pengurusan pelupusan anggota dan tisu orang bukan Islam. Ia hendaklah ditanam atau dibakar mengikut ajaran agama mereka.

3. Pengurusan anggota dan tisu yang merbahayakan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar

i. Organ-organ dan tisu-tisu yang dibuang dan dipotong daripada badan pesakit sama ada pesakit Islam atau bukan Islam hendaklah ditanam.

ii. Sekiranya organ-organ atau tisu-tisu tersebut terdiri daripada kumpulan penyakit berjangkit maka pihak hospital hendaklah menghapuskan kuman penyakit berjangkit tersebut dengan ubat-ubat tertentu kemudian hendaklah ditanam organ-organ atau tisu-tisu tersebut.

iii.Proses pembakaran ataupun penunuan untuk tujuan melupuskan anggota dan tisu orang Islam adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan organ-organ atau tisu-tisu ini dibakar.

4.  Pengurusan janin orang Islam mengikut Mazhab Syafie

a. Janin yang dilahirkan sebelum cukup tempoh mengandung (minimum) enam bulan dua lahzoh:

  • Jika diketahui hayatnya maka wajib dimandikan dan disolatkan. Dia juga berhak mewarisi dan diwarisi hartanya sebagaimana hukum-hakam berkaitan dengan orang yang hidup sempurna.
  • Sekiranya tidak diketahui hayatnya tetapi terzahir rupa bentuk manusia, maka diwajibkan mandi sahaja tanpa perlu solat ke atasnya.
  • Sekiranya tidak terzahir rupa bentuk manusia, maka tidak diwajibkan mandi.

b. Janin yang dilahirkan semasa dan selepas tempoh enam bulan dua lahzoh :

  • i. Sekiranya janin dilahirkan dalam keadaan mati, maka wajib dimandikan, sunat diberikan  nama dengan syarat telah ditiupkan roh ke atasnya serta tidak berhak mewarisi dan diwarisi hartanya.  (Sumber :Fiqh ala Mazahib al-Arba’ah, Abdul Rahman al-Jaziry, Maktabah al-Taufiqiyyah, Jld 1 hlm 457).

5. Pengurusan janin yang hidup seketika ketika dilahirkan mengikut Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali:

i.  Jika ia hidup seketika selepas dilahirkan, maka hendaklah diberi nama, dimandi dan disembahyangkan. Dia juga berhak mewarisi dan diwarisi hartanya sebagaimana hukum-hakam berkaitan dengan orang yang hidup sempurna

6. Pengurusan janin yang mati ketika dilahirkaMenurut mazhab Hanafi, jika janin itu keluar dalam keadaan mati, dan tiada sebarang tanda awal hidup, maka ia hendaklah dimandi, diberi nama, dibungkus dalam secebis kain dan dikebumikan tanpa solat.

i. Bagi mazhab Maliki pula, mereka berpandangan tidak dimandikan janin yang tiada sebarang tanda-tanda hidup seperti tangisan dan gerakan bayi tidak dikira sebagai tanpa hidup. Menurut Ibn Syihab, tidak disembahyangkan ke atas janin, namun ia boleh dikebumikan bersama-sama ibunya.

ii. Tiada tangisan sewaktu kelahiran, jika kandungan yang tidak sampai tempoh empat bulan ke atas, maka ia tidak wajib dimandi, dikafan dan disolatkan. Namun, disunatkan ia dikafankan dengan kain dan dikebumikan tanpa solat.

iii. Dalam mazhab Hanbali pula, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Qudamah, jika janin telah mencapai usia empat bulan atau telah sempurna kejadiannya, maka ia dimandi dan disembahyangkan walaupun tiada sebarang tanda-tanda awal hidup serta disunatkan juga diberi nama padanya

7. Peraturan pengurusan pelupusan sedia ada

i.  Berdasarkan kepada amalan semasa, pihak konsesi akan melupuskan segala tisu, organ dan janin sama ada clinical waste atau chemical waste secara penunuan (incineration).

ii. Proses pembakaran ataupun penunuan untuk tujuan melupuskan segala tisu, organ dan janin adalah tidak dibenarkan kecuali sekiranya tiada cara atau kaedah untuk menghapuskan kuman penyakit tersebut, maka diharuskan dibakar.

8. Berhubung dengan cadangan untuk menanam bahan yang mengandungi formalin dan bahan kimia lain (chemical waste) pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pernah berbincang hal tersebut dengan Jabatan Alam Sekitar, mereka mencadangkan agar bahan-bahan tersebut ditanam di kawasan-kawasan yang jauh lebih kurang 100 meter daripada punca air. Selain itu, dicadangkan juga agar tempat penanaman tersebut berdekatan dengan kubur yang sedia ada asalkan jauh dari punca air, kawasan perumahan, telaga dan empangan.

Status pewartaan : Tidak diwartakan

Buku-buku dan risalah Ajaran Sesat

Ultricies mollis erat, nisi felis elit fames convallis ornare eros nec condimentum tempus. In. Suscipit condimentum facilisi commodo duis semper sed. Mattis volutpat pede, adipiscing. Sem, consectetuer turpis viverra per nunc posuere lectus habitant laoreet dictumst eleifend vivamus potenti vitae magnis scelerisque ad massa gravida ligula accumsan nascetur tristique massa sed litora metus. Quisque egestas vestibulum platea, neque eleifend etiam viverra sociis litora curabitur cum, potenti auctor ornare laoreet congue luctus purus facilisi arcu luctus netus hymenaeos tristique ad. Est at iaculis rhoncus metus eleifend et Sodales dis porttitor a facilisi dictum eget urna. Sociis ad integer cubilia sodales massa senectus ac ornare a torquent dapibus Id odio feugiat bibendum fermentum lacinia Malesuada pulvinar a ut mi pretium laoreet suscipit netus dis auctor.

Sodales bibendum id id porta et metus curabitur proin Fames vehicula Luctus tellus egestas aenean est natoque. Lorem ad posuere, class nunc ridiculus purus Habitasse tellus semper habitasse justo arcu penatibus platea libero, vivamus. Orci pellentesque litora lacinia enim sem neque morbi, phasellus mollis, primis dolor sed arcu ridiculus torquent sollicitudin justo, dignissim. Donec placerat gravida. Duis posuere dis torquent adipiscing facilisi pharetra duis curabitur, varius nullam velit sociosqu vel augue suspendisse ullamcorper et auctor phasellus ut.

Zakat Pendapatan

Etiam maecenas laoreet enim proin interdum at. Dignissim proin tristique risus nec ultricies. Cras habitasse adipiscing aliquam ultrices dignissim tincidunt vel nec luctus elementum morbi pulvinar sodales sem vel congue aptent. Conubia ultricies consequat scelerisque lorem dui tellus est eget sollicitudin lorem venenatis a, ut phasellus ridiculus. Blandit mattis fermentum cras dolor. Mollis donec sagittis in cum nam curae;. In. Rutrum.

Ad natoque erat. Risus euismod aptent lobortis vivamus suscipit consectetuer feugiat, vivamus vehicula ridiculus fusce nulla elit sed bibendum quam, arcu iaculis egestas neque consectetuer rutrum. Quam quis pellentesque mattis. Duis tempor. Vehicula dui sit suspendisse Id orci, hac fusce fringilla curae;. Fringilla hac neque fusce lacinia dolor lectus, fringilla erat hac montes enim laoreet mattis venenatis at sollicitudin pharetra praesent lobortis eleifend blandit ad elementum porttitor arcu turpis ad hendrerit Suspendisse rutrum orci neque tempus facilisi mattis. Habitasse curabitur et egestas vulputate nulla mus nec consequat. Libero sodales dictum egestas pellentesque rhoncus pede euismod augue. Neque Aptent sagittis sociis cursus. Sit purus. Varius class non rutrum condimentum fames semper Dignissim consequat neque odio tristique amet vestibulum. Ac dapibus ullamcorper porta nunc netus class. Semper habitasse egestas habitant nullam luctus parturient egestas mauris, consectetuer massa fringilla, dolor Pede egestas.