admin

Aqidah Ahli Sunnah Wa Al- Jamaa’ah & Cabarannya Merentasi Abad

 

TAJUK                        :Aqidah Ahli Sunnah Wa Al- Jamaa’ah & Cabarannya Merentasi

  Abad

PENULIS                    :Ustaz Haji Mahfuz Bin Muhammad

PENTERJEMAH         :Tiada

PENERBIT                  :Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

TAHUN TERBITAN    :Februari 2012

HARGA                       : RM 5

BIL HALAMAN           : 29

 

SINOPSIS

AQIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAA’AH

UstazHjMahfuz bin Muhammad @ Hj Khalil dilahirkan di kampung Batu 6, Bukit Naga, Kelang, Selangor Darul Ehsan. Mendapatpendidikanawaldaripondokayahandanya ‘Ribat al-Fuad’ yang mana ayahandanya juga merupakanmudirMaahadHisyamuddin Sg. Bertih, Kelang, Selangor. UstazMahfuz juga merupakananakdidikdaripondokManabi’ulUlum, Kubang Ulu, Penanti Seberang Prai pada tahun  8oan. Beliaumelanjutkanpelajarankeperingkat Ijazah Pertama di Universiti Al- Azhar, Kaherahdalam Bahasa Arab daritahun 1990-1997. Pada tahun 2000 beliauberhijrahke Sudan dan kembalisemulakeMesirdenganmengikutikursus Diploma Fatwa di Dar al-Ifta’, Mesirsehinggamemperolehi  diploma fatwa pada tahun 2001. Kinibeliaubergiatdengankerja-kerjadakwahdalammenegakkanpegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

BukuinimenceritakanbahawaAhl al-Sunnah ialahpenganut sunnah nabi. Manakalaal-Jam’ahialahpenganuti’tiqadsebagaimanaI’tiqad yang dianuti oleh jamaah para sahabat Nabi s.a.wI’tiqadAhl al-Sunnah initermaktub di dalam al-Quran dan Hadith Nabi s.a.wtetapiianyatidakteratur dan tersusunsecararapi. Pada kurunketigahijrahlahirlah al-Imam Abu Hasan al-Asy’ari. Beliaulah yang bertanggungjawabmengumpul dan merumuskandenganrapiaqidahAhl al-Sunnah wa al-Jama’ahini.

(silabacakeseluruhannya di dalambukuini ;terbitanJabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarangpertanyaan dan pembelianbolehberurusandengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian : 06-7652426 / 06-7652416

Khalwah dalam Tasawwuf

Tajuk : Khalwah dalam Tasawwuf

 

Penulis : Dr. Abd. Manam bin Mohamad

 

Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun terbit : Cetakan pertama 2007

 

Harga : RM7.00

 

Bil Halaman : 86 muka surat

 

Sipnosis :

Khalwah merupakan satu istilah tasawwuf yang penggunaanya sudah tidak asing lagi di kalangan ahli tarekat. Tokoh-tokoh tasawwuf menggunakan istilah ini bagi menjelaskan tentang amalan mengasingkan diri dalam tempoh tertentu dalam tujuan membersihkan rohani dan memantapkan keimanan. Khalwah ini diperlukan bagi suasana yang tidak terganggu dan ruangan masa yang mencukupi supaya seseorang itu berada dalam keadaan bergaul dan bercampur dengan orang lain. Di Malaysia, perkataan khalwah ini sudah biasa digunakan terutamanya di kalangan ahli tarekat. Tambahan pula terdapat banyak kumpulan tarekat yang mempraktikkan khalwah ini sama ada secara individu atau berkumpulan. Walau bagaimanapun pun istilah khalwah ini kadang-kadang disalahfahami oleh sebahagian orang disebabkan kekurangan atau kesilapan maklumat yang diperoleh tentang khalwah yang digunapakai dalam ilmu fiqh atau terpengaruh dengan gambaran negative yang ditunjukkan oleh sebahagian orang yang…………………

 

(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian: 06-7652428 / 2526

Sumpah

Soalan:

Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki melalui game online dan terlalu menyayanginya. Dia telah menyuruh saya bersumpah yang saya benar2 menyayanginya dan saya telah bersumpah dengan nama Allah.  Dia telah menyekat semua aktiviti dan pergaulan saya. Dia telah menipu saya dari segi latar belakangnya.

Persoalan saya ialah, apakah tindakan yang harus saya lakukan apabila saya telah menyatakan sumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak akan mencari lain sedangkan sekarang saya rasa tertipu sangat-sangat.

Dan, sejak saya mengetahui siapa dia, ada perkara yang dia sekat dulu saya langgar dan salah satunya dia tak mengizinkan saya terlibat dengan instagram tapi saya masih simpan instagram saya dan saya tipu dia cakap saya dan uninstall dan disuruh bersumpah. Sekali lagi saya telah bersumpah dengan nama Allah kerana nak mengelak daripada bergaduh. Dan dia dapat tahu saya masih ada instagram.

Saya rasa stress dan tak sanggup nak teruskan hubungan ini tetapi disebabkan sumpah saya atas nama Allah menghalang saya meninggalkannya. Apa yang harus saya lakukan?

 

Jawapan :

Sumpah boleh dibahagikan kepada dua kategori;

Pertama, sumpah sebenar

Kedua, sumpah yang ‘lagha’ (sia-sia). Sumpah yang ‘lagha’ ini merupakan satu kebiasaan sebagaimana kebiasaan dalam kalangan orang Arab yang selalu menyebut lafaz sumpah seperti ‘Wallahi’, ‘Wabillahi’ atau ‘Watallahi’. Mereka menggunakan perkataan itu untuk menegaskan suatu perkara, bukannya bersumpah. Maka, ia tidak wajib (dilunaskan).

Namun, jika seseorang itu benar-benar bersumpah dalam erti kata yang sebenarnya, maka dia wajib menunaikan sumpahnya itu. Jika tidak dilaksanakan, maka hukumnya berdosa.

Seseorang yang telah bersumpah dengan nama Allah wajib menunaikan sumpahnya. Sekiranya dia melanggar sumpah tersebut maka wajib ke atasnya membayar kifarah sumpah iaitu:

  1. Memerdekakan seorang hamba; atau
  2. Memberi makan kepada 10 orang miskin; atau
  3. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin; atau jika tidak mampu
  4. Berpuasa 3 hari

 

Saudari dinasihatkan jangan terlalu banyak dan mudah bersumpah dengan nama Allah disebabkan kemungkinan sumpah itu tidak dapat ditunaikan kelak.

Walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan perasaan, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.

Firman Allah swt dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud:

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku.”

Dekatkan diri dengan Allah, banyakkan berzikir, membaca al-quran, menggandakan amal ibadat, berdoa dan bertawakkal. Amalkan tawakal setelah berusaha kerana setiap hamba yang bertawakal pasti akan bersyukur dengan apa-apa sahaja keputusan yang Allah berikan kepadanya, termasuklah ujian, dugaan dan cabaran pasti akan diharunginya sebaik mungkin.

 

 

Taqwa (Hakikat, Hukum-Hukum, Dan Kesan-Kesannya)

 

TAJUK BUKU : Taqwa (Hakikat, Hukum-Hukum, Dan Kesan-Kesannya)

PENULIS
Dr. Muhammad al-Zuhayli

PENTERJEMAH
Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli
Ustaz Abdul Basit bin Abdul Wahab

PENERBIT : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

TAHUN TERBIT : 2001

HARGA : 6.00

BIL.HALAMAN : 66

Sinopsis

Taqwa hukumnya wajib, khusunya dalam kontek memelihara diri daripada syirik, bid’ah, dan perkara yang diharamkan oleh Allah. Begitu juga wajib hukumnya memelihara dan membersihkan hati dari kejahatan dan dosa yang belum pernah dilakukan. Hal ini memerlukan kekuatan azam dan tekad untuk meninggalkannya. Akhirnya kekuatan menolak perbuatan dosa itu, akan menjadi benteng dan perisai yang memelihara setiap individu daripada segala mungkar

Apabila individu itu tidak dimiliki sukatan taqwa seperti yang telah diterangkan tadi, bererti ia akan berdosa dan akan diberikan balasan azab oleh Allah di dunia dan juga akhirat.

Apabila hakikat taqwa seperti yang dituntut itu, lahir dalam diri individu muslim, bererti dia telah memiliki kadar taqwa yang paling minimum dan membolehkannya untuk masuk ke dalam lindungan iman dan Islam. Seterusnya dia boleh melangkah pada anak tangga yang pertama untuk untuk menuju dan meneroka tingkatan orang-orang ‘salih’ pada jalan Allah, hamba Allah yang benar-benar taqwa dan menuruti jalan para nabi.

Sunat taqwa bermaksud meninggalkan larangan Allah yang bertujuan untuk membentuk adab dan pekerti mulia. Seperti, menjauhi daripada berlebih-lebihan dalam perkara halal dan yang harus. Apabila jelas kelihatan setiap perkara yang harus itu boleh membawa kepada…..

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi 06-7652526 / 2426 / 2416 ( Unit Sumber Maklumat )

Beri dan jawab salam

Soalan:

Bolehkah kita memberi/menjawab salam secara ringkas seperti assalam/wassalam

 

Jawapan:

Hukum mengucapkan salam adalah sunat yang sangat digalakkan dan hukum menjawab salam adalah wajib.

Salam bermaksud sejahtera/selamat. Boleh memendekkan lafaz salam kepada lafaz (السلام) atau (سلام) ketika mengucapkannya.

Walaupun begitu, yang paling baik adalah memberi salam atau menulisnya dengan lafaz yang sempurna,

Assalamualaikum (السلام عليكم) atau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ( السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ )

WIRID SELEPAS SOLAT

 

Tajuk Buku : Wirid Selepas Solat

 

Penulis : Al- Sheikh Abdul Rauf Singkel

 

Penterjemah: Dr Sulaiman Ibrahim

 

Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbit:  2012

 

Sinopsis

Al-Syeikh Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Muhammad Zarruq menggariskan tiga syarat penting untuk berzikir secara berjemaah atau berhimpun untuk berzikir secara berjemaahn atau berhimpun untuk berzikir, iaitu pertama bukan pada waktu untuk melakukan perkara wajib atau sunat muakad tersebut. Seperti dia solat, atau merasa malas untuk menunaikannya, atau dia mencuaikan wiridnya, atau dia mendatangkan mudarat kepada orang lain dan sebagainya

Kedua, tidak terdapat perkara yang haram atau makruh yang mengiringi zikir secara berkumpulan itu, seperti mendengar suara wanita atau mereka (wanita) turut serta hadir dalam majlis tersebut, atau orang yang dibimbangi akan menyebar najis turut serta hadir atau menghadiri majlis zikir tersebut kerana mahu makan semata-mata bukan untuk tujuan bertaqarrub diri kepada Allah , atau kedatangannya ke dalam majlis tersebut mengandungi syubhat meskipun sedikit. Atau terdapat hamparan permaidani yang haram digunakan seperti ia diperbuat daripada sutera dan seumpamanya atau terdapat orang yang mengumpat dalam majlis tersebut, atau sibuk melakukan….(sila baca keseluruhan di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)

 

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini ; terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416