Taqwa (Hakikat, Hukum-Hukum, Dan Kesan-Kesannya)

 

TAJUK BUKU : Taqwa (Hakikat, Hukum-Hukum, Dan Kesan-Kesannya)

PENULIS
Dr. Muhammad al-Zuhayli

PENTERJEMAH
Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli
Ustaz Abdul Basit bin Abdul Wahab

PENERBIT : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

TAHUN TERBIT : 2001

HARGA : 6.00

BIL.HALAMAN : 66

Sinopsis

Taqwa hukumnya wajib, khusunya dalam kontek memelihara diri daripada syirik, bid’ah, dan perkara yang diharamkan oleh Allah. Begitu juga wajib hukumnya memelihara dan membersihkan hati dari kejahatan dan dosa yang belum pernah dilakukan. Hal ini memerlukan kekuatan azam dan tekad untuk meninggalkannya. Akhirnya kekuatan menolak perbuatan dosa itu, akan menjadi benteng dan perisai yang memelihara setiap individu daripada segala mungkar

Apabila individu itu tidak dimiliki sukatan taqwa seperti yang telah diterangkan tadi, bererti ia akan berdosa dan akan diberikan balasan azab oleh Allah di dunia dan juga akhirat.

Apabila hakikat taqwa seperti yang dituntut itu, lahir dalam diri individu muslim, bererti dia telah memiliki kadar taqwa yang paling minimum dan membolehkannya untuk masuk ke dalam lindungan iman dan Islam. Seterusnya dia boleh melangkah pada anak tangga yang pertama untuk untuk menuju dan meneroka tingkatan orang-orang ‘salih’ pada jalan Allah, hamba Allah yang benar-benar taqwa dan menuruti jalan para nabi.

Sunat taqwa bermaksud meninggalkan larangan Allah yang bertujuan untuk membentuk adab dan pekerti mulia. Seperti, menjauhi daripada berlebih-lebihan dalam perkara halal dan yang harus. Apabila jelas kelihatan setiap perkara yang harus itu boleh membawa kepada…..

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi 06-7652526 / 2426 / 2416 ( Unit Sumber Maklumat )

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast