ZIKIR DAN DOA HARIAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH SAW

 

Tajuk : Zikir dan doa harian Menurut Sunnah Rasulullah SAW

 

Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbit : Cetakan Keenam 2012

 

Harga : RM3.00

 

Bil Halaman : 88 muka surat

 

Sipnosis :

Sesungguhnya kedaimaian jiwa dan kesejahteraan hati serta kelapangan dada merupakan sebesar-besar kebahagian walaupun ia tidak dianggap sebagai kebahagiaan yang sebenarnya. Meskipun terdapat berbagai pendapat mengenai konsep kebahagiaan namun pada realitinya ia mendustai segala pengertian kebahagiaan yang diangan-angankan pada harta, pangkat dan kedudukan selagi ia tidak dibina diatas ketaatan kepada Allah SWT dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT telah menerangkan bahawa kedaimaian itu bergantung kepada mengingati-Nya Yang Maha Tinggi keduduan-Nya. Dengan itu sepatutnya setiap muslim dan Muslimah mengetahui bahawa zikir itu alat dan jalan untuk mendapatkan kebahagiaan. Zikir menjadi banteng diri daripada gangguan dan hasutan Syaitan. Tetapi zikir menjadi banteng dan senjata bagi mukmin itu tidak bermanfaat kecuali kepada sesiapa yang benar-benar yakin akan kesannya. Adapun mereka yang berzikir sekadar mencuba-cuba dan tidak mengetahui faedahnya maka zikir berkenaan tidak akan berguna walaupun mereka sibuk berzikir siang dan malam. Inilah rantaian permata bernilai yang dipetik dari hadis-hadis Rasul yang murni dan thabit daripada……………

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast