TOKOH ULAMA’ SILAM DATO’ HAJI ABDULLAH BIN HAJI SIJANG

 

Tajuk : Tokoh Ulama Silam Dato’ Haji Abdullah bin Haji Sijang

 

Penulis : Wan Ahmad Arshad

 

Penyusun : Wan Ahmad bin Arshad, Rozila binti Mat Darus

 

Penyelia : Amru Alhaz Adnan

 

Penerbit : Jabatan Mufti Kerjaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbit : Cetakan Pertama 2007

 

Harga : RM15.00

 

Bil Halaman : 112 muka surat

 

Sipnosis :

Dato’ Haji Abdullah bin Haji Sijang merupakan anak jati Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan di Kampung Kanchung, Rantau, pada 15 Februari 1915, berdasarkan catatan di dalam sijil kelahiran. Beliau merupakan anak hasil daripada perkongsian hidup antara ayahhandanya Haji Sijang bin Kulup, dan bondanya Rahmah binti Mohd Noh. Dato’ Haji Abdullah bin Haji Sijang mempunyai empat orang adik-beradik, iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Mereka ialah Haji Mahmud, Hajjah Fatimah, Cik Rogayah dan Itam bin Sijang yang meninggal dunia pada waktu kanak-kanak. Dato Haji Abdullah bin Haji Sijang ialah seorang kanak-kanak yang pintar, dan terang hati. Beliau mula belajar mengaji al-Quran pada usia 5 tahun daripada bapa saudara sebelah ibunya, iaitu Tuan Haji Yaakub bin Mohd Noh, dan Haji Husin bin Maksum. Beliau Berjaya khatam al-Quran pada usia lapan tahun. Dato’ Haji Abdullah bin Haji Sijang mendapat Pendidikan formal di Sekolah Melayu Rantau dari darjah satu hingga darjah lima. Berkat dorongan dan doa ibu bapa, bapa saudaranya dan keizinan keluarga. Pada tahun 1929, Beliau mula merantau pada usi 14 tahun untuk menambah ilmu di dada. Destinasi pertama yang dituju ialah Pondok Darul Wataniah yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Pondok ini………….

 

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast