TOKOH ULAMA DATO’ SHEIKH HAJI MOHD MURTADZA BIN SHEIKH HAJI AHMAD

 

TAJUK BUKU : Tokoh Ulama Dato’ Sheikh Haji Mohd Murtadza bin Sheikh Haji Ahmad

 

PENYUSUN :

: Mohd Zaidi Ramli Kamal Amran Kamarudin

 

PENERBIT :

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus

 

TAHUN TERBIT : Februari 2016

 

HARGA : RM 40.00

 

BIL.HALAMAN : 393 muka surat

 

SINOPSIS :

 

Pegalaman hidup yang sukar sejak usia kecil menyebabkan Sheikh Mohd Murstadza menjadi insan yang kuat, berwibawa dan berjiwa kental. Dilahirkan dalam keluarga yang sangat berpengaruh teguh kepada ajaran Islam, anak kepada mantan Mufti Negeri Sembila, Tuan Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Muhammad al-Linggi ini adalah seorang yang tawaduk. Bukan sahaja dalam setiap tindak-tanduknya, bahkan setiap langkahnya juga penuh hikmah demi menjaga nama baik dan legasi keturunannya.

 

Beliau mencurahkan jasa dan bakti selama 32 tahun bersama Kerajaan Negeri Sembilan. Sepanjang tempoh itu, jawatankuasa Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah disandangnya selama 21 tahun. Ternyata khidmat yang tercurah sepanjang memikul amanah ini menyebabkan mantan mufti ini begitu harum Namanya dan berpengaruh di Negeri Sembilan khususnya dan di luar negara umumnya. Malah, sifat terpuji yang dipupuk sejak lahir disulami ketokohan beliau dalam bidang dakwah menjadikannya seorang insan yang disegani kawan lama

 

Ketinggian ilmu agama bekas graduan Universiti al-Azhar ini dalam urusna hal ehwal agama sentiasa menjadi rujukan masyarakat Islam di negara ini. Sikap merendah diri dan saling menghormati golongan masyarakat adalah antara sifat terpuji yang melayakkan beliau menjadi tokoh dan ulama yang sewajarnya dikenang sepanjang zaman……( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast