TERAWIH 10

 

Tajuk : Terawih 10

 

Penulis : Al-Syaykh Muhammad Sa’id Ibn Jamal Al-Din Al-Linqiy (R.A)

 

Pentahqiq : Dr. Haji Sulaiman bin Ibrahim El-Barruhiy

 

Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbit : Cetakan Pertama 2006

 

Harga : RM10.00

 

Bil Halaman : 182 muka surat

 

Sipnosis :

Risalah al-Kasyf wa al-Tanfis ‘an Ashab Saiyyidi Ahmad Ibn Idris (r.a) ini dikarang oleh al-Syaykh Muhammad Sa’id ibn Jamal al-Din al Linqiy (r.a) dengan tujuan untuk menghuraikan perkara yang berkaitan dengan tajuk menghidupkan bulan Ramadan (ihya’ Ramadan) iaitu perbincangan berkenaan dengan sembahyang tarawih di bulan Ramadan al-Mubarak. Secara umumnya, pengarang telah mendukung pendapat sembahyang tarawih 10 rakaat sebagai kaifiyat sembahyang tarawih untuk diamalkan oleh umat islam umumny dan warga al-Ahmadiyyah khususnya. Walaupun begitu, pengarang tidak taasub untuk dianggap pendapat ini sebagai yang terbaik. Ini dibuktikan oleh kenyataannya yang menggalakkan umat islam agar mencuba atau melakukan kesemua empat kaifiyat sembahyang tarawih, termasuklah kaifiyat 10 rakaat yang didukunginya. Walaupun pengarang tidak taasub terhadap pandangan yang dipilihnya itu, namun beliau sangat kuat mempertahankan…….

 

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast