TARIQAT NYANYIAN & AL-SIMA’ DALAM TARIQAT TASAUWUF

 

TAJUK BUKU : Tariqat Nyanyian & Al-Sima’ dalam Tariqat Tasauwuf

 

PENYUSUN :

Al-Syeikh Al-Sayyid Ibnu Idris bin Al-Sayyid Al-Hassan Al-Idrisi

 

PENERBIT :

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

TAHUN TERBIT : 2007

 

HARGA : 6.00

 

BIL.HALAMAN : 64 muka surat

 

SINOPSIS :

 

Buku Tarian Nyanyian & Al-Sima’ dalam Tariqat Tasauwuf pada awalnya menceritakan tentang pengenalan Tariqat Ahmadiyah Idrisiyah. Al- ‘Arif billah al-Saiyid Muhammad al-Sanusi dalam bukunya menamakan tariqat ini dengan Tariqah al-Muhammadiyyah. Riwayat hidup Al-Saiyid Ahmad bin Idris, beliau adalah daripada keturunan Saidina al-Hasan bin’Ali bin Abi Talib r.a. Beliau dilahirkan di ‘Araisy, Kawasan persisiran pantas Fas, Maghribi. Sejak usia mudanya, beliau banyak menghabiskan masa beberapa tahun di Fas mempelajari pelbagai ‘ilmu syari’at sehingga beliau mahir dalam bidang tersebut. Al sima’ di kalangan ahli tasawuf islam merupakan satu riadhah kerohanian yang diamalkan oleh golongan murid bagi tujuan penyucian dan pembersihan jiwa. Makna Al-sima merupakan istilah tasauwuf yang bermaksud mendengar syair-syair yang indah. Lagi terpilih dengan dendangan yang bagus dan suara yang merdu Al-sima’ merupakan perkara asas keimanan sebagaimana juga melihat. Hal ini kerana seseorang tidak akan mencintai sesutau kecuali dengan cara mendengar atau melihatnya.

 

Ringkasan perbincangan di dalam buku ini Al-Sima’ dan Adab Tingkah Laku  iaitu ada syeikh yang membimbing mereka ke jalan yang sebenar dan meninggalkan perbuatan mengumpat, mengadu domba dan sebagainya. Mengenai perbuatan mendengar musik, Ibrahim al-Khauwas berpendapat bahawa mendengar musik tidak sesuai bagi golongan salikin yang menuju ke arah ma’krifah Allah.

……( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast