RISALAH AL-FAWAID

Tajuk Buku : Risalah Al-Fawaid

Penulis: Syaikh Muhammad Sa’id Bin Jamal al-Din al-Linggi

 

Penterjemah: Mohd Muhaizam bin Md Ishak, Wan Amali Fakri bin Wan Muhammad, Sharbini bin Shaari

 

Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Harga: RM14.00

 

Bil Halaman: 214 muka surat

 

Sinopsis

Sebenarnya kitab Risalah al-Fawa’id ini bukanlah penulisan Syaikh Muhammad Sa’id dalam erti kata yang sebenar. Sebaliknya ia adalah himpunan , ringkasan, terjemahan dan syarahan kepada karya asal Syaikh Ahmad bin Idris yang berjudul Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyah fi Qawa’id al-Tariqah al-Shadiliyyah dan al-Azhab al-‘Irfanniyah wa al-Awrad al-Nuraniyyah. Karya Shaikh Muhammad Sa’id ini telah disalin oleh Sayyid ‘Alawiy bin ‘Aydrus al-‘Aydrus untuk percetakan dan dinyatakan bahawa penyalinan kitab ini selesai pada nisfu rabi’ al-tahni pada sannah 1323 Hijrah di Singapura. Secara keseluruhannya, kitab yang mengandungi dua ratus halaman ini menumpukan perbahasan tentang ilmu tasauwuf yang bercorak tarekat khusunya mengikut landasan Tarekat Ahmadiyyah.

Pada awal kitab ini, Shaykh Muhammad Sa’id telah memulakan karyanya dengan mengemukakan al-Ahzab al-‘Irfaniyyah wa al-awrad al-Nuraniyyah dan seterusnya pada halaman kedua di bahagian tepi kitab (Hamish) beliau menterjemah dua bab daripada kitab Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyah fi Qawa’id al-Tariqah al-Shadhiliyyah iaitu bab pertama dan bab keenam. Bab pertama (disebut al-Qa’idah dan al-‘Ula) menerangkan tentang kepentingan silsilah tarekat dan guru-guru tarekat Sayyidi Ahmad bin Idris. Kemudian beliau terus menterjemah bab enam tanpa menterjemah bab dua, tiga, empat dan lima. Ini dilakukan mungkin untuk meringkaskan atau untuk menerangkan perkara yang dianggap penting sahaja. Pada bab keenam (al-Qa’idah al-Sadisah) pula , dinyatakan tentang ijtima’ suri antara Sayyidi Ahmad bin Idris dengan Rasulullah s.a.w. Bab pertama ditulis pada halaman dua hingga tiga belas  sementara bab enam ditulis pada halaman tiga belas hingga Sembilan belas. Jadi kedua-dua bab mengandungi lapan belas halaman.

Seterusnya Syaikh Muhammad Sa’id menulis sebuah risalah yang dinamakan Risalah al-Fawaid  pada halaman Sembilan belas dengan turut menyebutkan sumber dan tujuan penulisan risalah tersebut. Disebutkan bahawa risalah tersebut juga berasal daripada kitab Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyah  fi Qawa’id al-Tariqah al-Shadhiliyyah karya Sayyidi Ahmad bin Idris. Tujuan beliau mengarang risalah tersebut adalah untuk menerangkan kelebihan segala wirid dan hizib yang terkandung di dalam kitab Kunuz al-Jawahir tersebut disamping menjelaskan kemuliaan pengarangnya. Kemudian beliau menyatakan bahawa risalahnya itu mempunyai beberapa faedah yang besar sebagai syarah atau huraian kepada sebahagian daripada isi kandungan kitab Kunuz al-Jawahir tersebut. Seterusnya beliau membahagikan Risalah al-Fawaid kepada lapan fa’idah………

 

( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

 

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast