RIBA DALAM INSURANS KONVENSIONAL

 

Tajuk Buku : Riba Dalam Insurans Konvensional

 

Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbit: 2012

 

Harga: RM4.00

 

Bil Halaman: 40 muka surat

 

Sinopsis

Merupakan kontrak komersil yang termasuk di dalam kategori kontrak pertukaran kewangan (‘uqud mu’awadat Maliyah). Pelanggan atau disebut juga sebagai pencarum yang menyertai skim insurans pada hakikatnya membeli satu produk dalam bentuk polisi insurans yang berupa jaminan perlindungan terhadap musibah tertentu sebagaimana ditetapkan di dalam kontrak (aqad) daripada penjual polisi iaitu syarikat insurans. Bagi tujuan pembelian polisi ini, pelanggan membayar sejumlah wang atau premium dengan kadar tertentu bagi tempoh tertentu untuk jumlah jaminan tertentu.

Semua premium yang dibayar pencarum menjadi milik mutlak syarikat insurans sementa`

ra sebarang musibah yang melanda sebagaimana yang ditentukan dalam kontrak akan menjadi tanggungjawab syarikat insurans untuk menjaminnya atau membayar sejumlah pampasan sebagaimanayang dipersetujui dalam kontrak. Di sini jelas, bahawa insurans konvensional merupakan kontrak pertukaran atau jual beli yang terbangun di atas prinsip-prinsip pemindahan risiko (risk transfer)

Secara umumnya, produk insurans di pasaran ketika ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu insurans hayat atau nyawa dan insurans am. Insurans hayat merupakan kontrak bersifat jangka panjang yang merangkumi polisi-polisi perlindungan terhadap kematian, kecacatan, kecederaan, pendidiikan, kesihatan dan lain-lain.

 

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini ; terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast