QASIDAH MENGGUNAKAN KOMPANG

 

Tajuk : Qasidah Menggunakan kompang

 

Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbit : cetakan pertama 2013

 

Harga : RM5.00

 

Bil Halaman : 31 muka surat

 

Sipnosis :

Naluri manusia memerlukan kepada hiburan bagi kepenatan bekerja. Islam yang syumul menyediakan peluang untuk kita merehatkan minda kerana memenuhi naluri manusia. Menurut al-Imam Fakr al-Razi didalam kitabnya Mafatih al-Ghaib, Ibn Abbas berkata: apabila para sahabat merasa keletihan di dalam mempelajari tafsir al-Quran, mereka akan berehat seketika dengan bersembang-sembang mengenai sejarah orang arab terdahulu dan berita-berita yang lain. Perbincangan mengenai muzik dan hiburan telah lama dilakukan oleh ilmuan dan sarjana muslim. Dalil-dalil yang kadangkala bersifat umum dan hadis-hadis yang menjadi perbincangan di kalangan ulama bagi menentukan status hadis tersebut menatijahkan kepada tiga pandangan di dalam isu alat-alat muzik ini. Oleh itu kedudukan hokum muzik itu sendiri akan tertakluk kepada perkara-perkara tertentu. Antaranya, menggunakan alat-alat muzik yang dilarang oleh syarak, maka kedudukan muzik itu adalah haram. Menggunakan alat-alat muzik yang diharuskan oleh syarak, maka kedudukannya adalah harus seperti nyanyian-nyanyian oleh golongan wanita dalam keadaan mendedahkan aurat di hadapan golongan lelaki ajnabi (bukan mahram) dengan suara yang merdu, lirik lagu yang mengandungi………..

 

(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian:

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast