PRINSIP-PRINSIP TASAUWUF ISLAM

 

Tajuk Buku:  Prinsip-Prinsip Tasauwuf Islam

 

Penulis: Sheikh Abdul Hafiz Faraghli Ali Al-Qarani

 

Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbit: 2011

 

Harga: RM 8

 

Bil. Halaman: 162 muka surat

 

Sinopsis:

Tasawwuf didifinasikan sebagai ilmu yang terbit di dalam hati para wali apabila mereka mempraktikkan al-Quran dan al-Sunnah. Setiap amalan yang dibuat dan dilakukan dengan panduan kedua-duanya akan menerbitkan pelbagai ilmu, adab-adab, rahsia-rahsia  dan hakikat yang tidak dapat diucapkan.

Bermakrifah dengan Allah adalah menjadi tujuan yang asasi dalam aliran tasawwuf. Oleh itu, zikir adalah jalan yang mesti dilalui untuk sampai kepada tujuan tersebut. Hakikat ini samalah perbandingannya dengan seseorang apabila mengasihi seseorang yang lain, maka dia akan selalu menyebut-nyebut nama orang yang dikasihinya itu.

Bukanlah perkara pelik, sekiranya kita katakan bahawa dengan mengambil jalan tasawwuf membolehkan kita mewujudkan kesatuan yang merangkumi di antara semua individu dunia yang dahagakan kebenaran, yang mencari pengetahuan, yang memandang kepada Allah tidak kira apa bahasa dan bangsa mereka itu.

Bagi seorang sufi, beliau mestilah melazimi adab-adab yang tertentu seperti yang disebut oleh Imam Abu Hasan al-Syazali katanya “Bersijap hormat kepada yang tua dan kasih pada yang kecil, insaf pada kebejatan nafsumu serta janganlah engkau membiarkan nafsumu itu menguasaimu.

Bagi seorang sufi yang masih terikat dengan syarat usaha dan sebab-musabab, mestilah membiasakan diri bersahabat dengan para ulama’ dan solihin serta menjauhi para pelaku dosa  dan maksiat. Di samping itu mereka hendaklah sentiasa bergauk dengan faqir dan miskin dengan mendisiplinkan diri dengan adab-adab sebagai seorang sufi yang mutajarrid. Para sufi yang hakiki memberikan pengertian “tajrrud” itu ialah: Tidak berpegang kepada sebab berlaku sesuatu perkara, bahkan terus melihat keoada Allah yang menjadikan sebab itu. Oleh itu ‘himmah’ seorang hamba itu akan meningkat daripada melihat sebab kepada ‘Pencipta’ sebab , yakni Allah. Daripada meihat hamba terus kepada khalik. Seterusnya…….

Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi 06-7652526 / 2426 / 2416 ( Unit Sumber Maklumat )

 

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast