Manhaj Fiqh al-Syafi’I ( Jilid III )

TAJUK BUKU :

Manhaj Fiqh al-Syafi’I ( Jilid III )

 

PENULIS :

: Dr. Mustafa Al-Khin

: Dr. Mustafa Al-Bugha

: ‘Ali Al-Syarbaji

 

PENTERJEMAH :

: Al-Fadhil Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj.Ahmad

: Al-Fadhil Tn Hj. Abdul Kudos bin Othman

: Al-Fadhil Tn Hj. Jamil bin Abdul Wahab

: Al-Fadhil Tn Hj. Zulkifli bin Muhammad al-Bakri

 

PENERBIT :

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

TAHUN TERBIT : Mei 2011

 

HARGA : 10.00

 

BIL.HALAMAN : 212 muka surat

 

SINOPSIS (m/s 235) :

Tajuk : Sembelihan

Perbezaan penyembelihan al Tazkiah dengan al Zabhu.

Al Tazkiah adalah penyembelihan pada halkum atau leher yang boleh dikawal, atau melukakan binatang yang tidak boleh dikawal seperti binatang2 buruan pada mana mana bahagian yang boleh mematikannya.

Al zabhu adalah perbuatan penyembelihan leher binatang menyebabkan kematiannya sama ada mengikut syara’ atau tidak.

Oleh itu, al Zabhu adalah sebahagian drpd al Tazkiah. Sekiranya, sembelihan (al-zabhu) yang mengikut syara’… jadi, sembelihan itu adalah al-tazkiah iaitu mengikut syara’ dan boleh dimakan.

 

HIKMAH PENYEMBELIHAN.

penyembelihan adalah untuk menghalalkannya semata mata mengikut perintah Allah. Namun, ia mempunyai beberapa hikmah yg berkaitan dgn syarat² penyembelihan :

 

  1. Semua syariat dan agama mengharamkan bangkai binatang dan menghukumkannya sebagai najis. Jadi, penyembelihan secara syara’ adalah sbg penentu sama ada binatang itu adalah halal dimakan atau tidak. Menentukan sama ada binatang itu adalah najis atau tidak.

 

  1. Syariat islam menghukumkan bahawa darah sebagai najis dan wajib dijauhi kerana banyak kemudharatannya. Sebab itu binatang disembelih bagi mengeluarkan darah dan sebagainya. Ternyata binatang yg tercekik akan mencampur gaulkan darah penyakit dan darah biasa. Justeru itu, penyembelihan adalah cara membersihkan binatang daripada darahnya.

 

JENIS PENYEMBELIHAN.

  1. Al-Zabhu

Penyembelihan binatang di sebelah atas halkum (spt menyembelih ayam) mengikut syarat² syara’. Penyembelihan cara ini adalah bagi semua binatang yang dapat dikawal.

 

  1. Al-Nahru

Penyembelihan binatang di sebelah bawah halkum. Cara ini sunat bagi menyembelih unta. Menurut ulama fiqh, penyembelihan unta cara ini, adalah supaya unta cepat mati disebabkan oleh lehernya yang panjang.

Walaubagaimanapun, kedua² kaedah penyembelihan boleh digunakan kerana sembelih adalah untuk mengeluarkan darah. Namun, yang sunat adalah penyembelihan kaedah al Nahru manakala, binatang lain menggunakan kaedah zabhu.

 

  1. Al-‘aqru

Iaitu penyembelihan darurat. Iaitu melukakan pada mana² bahagian anggota binatang yang boleh mematikannya.

Cara ini dilakukan apabila binatang yang ingin disembelih adalah liar dan tidak boleh dikawal sebagaimana penyembelihan binatang buruan. Contoh seperti kerbau atau lembu milik seseorang namun dibiarkan bebas dan sukar dikawal.

Boleh juga digunakan bagi binatang spt lembu atau kerbau yang jatuh dlm perigi. Leheri di bahagian bawah. Maka, boleh dilukakan.

 

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini ; terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast