Makna Sebenar Bid ‘ah Satu Penjelasan Rapi

TAJUK                       : Makna Sebenar Bid ‘ah Satu Penjelasan Rapi

PENULIS                    : al-Sheikh al-Sayyid al-Hafiz Abu al-Fadl Abdullah al-Siddiq al-

  Ghumari

PENTERJEMAH        : Ust. Hj. Mahfuz Bin Muhammad @ Hj. Khalil

PENERBIT                 : Ust. Hj. Mahfuz Bin Muhammad @ Hj. Khalil

TAHUN TERBITAN   : 2007

HARGA                      : 15

BIL HALAMAN          : 244

 

  BID’AH: SATU PENJELASAN RAPI

Pesoalan bid’ah menjadi perbahasan ulama’ sejak silam hingga ke hari ini. Buku ini cuba mengupas makna sebenar bid’ah berpandukan kajian ilmiah yang matap dan terperinci serta diperjelaskan dengan begitu rapi. Setiap hujah bersumberkan dalil-dalil al-Quran, al-Hadith dan al-Athar serta mengambil pandangan jumhur ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah (al-Asha’irah)

Silsilah pengarang kitab ini sampai kepada Rasulullah s.a.w. Beliau membawa kita menghayati penghayatan sebenar bid’ah dan menolak persepsi aliran yang menganggap bahawa amalan-amalan baik yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah sebagai bid’ah dan mengancam kesucian serta ketulinan agama.

Beliau dapat membuktikan segala amalan-amalan baik yang telah diamalkan oleh umat Islam selama ini sebagai amalan yang didasarkan dari dalil-dalil yang jelas. Beliau juga berjaya membongkar pandangan aliran moden yang telaj mengeksploitasi  dari kejahilan umat kepada pandangan-pandangannya ysmg kononnya sebagai pembaharuan (tajdid).

Kita mohon perlindungan Allah SWT agar tidak tergolong di kalangan mereka yang memperjuangkan sesuatu semata-mata kerana idealogi yang dipegang. Sanggu menyalahgunakan fakta sedangkan ianya telah dipersetujui oleh majority ulama yang muktabar.

Moga buku ini menjadi sumber rujukan utama kepada Umat Islam terutama di Malaysia bagi menjawab sebarang persoalan berkaitan isu ini. Kepada Allah kita mohon petunjuk dan perlindungan, kepada Nya kita semua akan kembali dan dihitung setiap amalan serta mendapat balasan yang setimpal di hari akhirat kelak. –Amin

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini ; terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast