KESAN RIBA DALAM IBADAH

 

Tajuk Buku : Kesan Riba Dalam Ibadah

 

Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbitan: 2012

 

Harga: RM4.00

 

Bil. Halaman: 25 muka surat

 

Sinopsis

 

Oleh kerana riba menjadi musuh Allah dan seolah-olah berperang dengan Allah, maka ia termasuk dalam dosa besar dan dilaknat yang memerlukan kepada taubat nasuha dan keluar dari gaung riba tersebut. Ghalibnya pelaku maksiat apabila melakukan ibadat tidak akan merasakan sebarang kemanisan dalam ibadat atau halawah. Hal ini kerana kesan daripada maksiat menyebabkan amat sukar sesorang itu menitiskan air mata dan terfana’ dengan kebesaran Allah SWT.

Lebih malang daripada itu, rasa malas dalam beribadat dan mungkin meninggalkan terus di samping merasa putus asa untuk meraih rahmat Allahakan membawa seseorang itu makin bertambah jaraknya daripada Yang Maha Esa. Justeru, kesannya bukan berlaku kepada dirinya sahaja tetapi kaum keluarga dna anak-anaknya yang makan daripada harta haram.

Satu kajian dibuat berkenaan dengan memakan hasil mahsul haram akan membawa kepada natijah yang tidak baik seperti anak menjadi pemalas dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah. Anak-anak suka dan mudah terpengaruh dengan maksiat dan yang lebih besar daripada itu membawa kepada derhaka terhadap ibibapa mereka.

Justeru, marilah sama-sama kita menyinsing lengan bertekad dan berazam meninggalkan riba sekalipun amaunnya amat kecil kerana…. (sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)

Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi

06-7652526 / 2426 / 2416

( Unit Sumber Maklumat )

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast