Kaifiat Menguruskan Jenazah

TAJUK BUKU:

Kaifiat Menguruskan Jenazah

 

PENULIS:

Haji Nawawi bin Hasan

 

PENERBIT:

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

TAHUN TERBIT: 2009

 

HARGA: RM6.00

 

BIL.HALAMAN: 64 muka surat

 

SINOPSIS:

 

Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan memeriksa saudara dengan perintah Allah, janganlah saudara gentar dan takut, kerana mereka juga makhluk Allah seperti saudara.

 

Mereka akan bertanya, siapakah Tuhan yang saudara sembah? Siapakah nabi saudara? Apakah iktikad dan kepercayaan saudara? Dan atas agama apakah saudara hidup dan mati?

 

Katakanlah kepada mereka, Allah Tuhanku yang sebenar-benarnya. Apabila ditanya lagi kali kedua, jawablah juga, Allah Tuhanku yang sebenar-benarnya. Apabila ditanya lagi kali yang ketiga, iaitu yang terakhir, maka jawablah dengan lancar dan tapa takut dan gentar kepada mereka:

 

Allah Tuhanku, Muhammad ialah nabiku, Islam agamaku, al-Quran panduan dan ikutanku, Baitullah kiblatku, sembahyang kewajipanku, sekalian orang Islam adalah saudaraku, Ibrahim al-Khalil bapa pada agamaku, hidup dan matiku adalah di atas perkataan Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.

 

(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian: 

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast