Jiwa, Penyakit dan Penawarnya ( Siri Kedua )

TAJUK BUKU :

Jiwa, Penyakit dan Penawarnya ( Siri Kedua )

 

TAHQIQ :

Dr. Mohammad al-Sayyid al-Julainid

 

PENTERJEMAH :

  1. F. Ustaz Haji A. Basit b. A. Wahab

 

PENERBIT :

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

TAHUN TERBIT : 2004

 

HARGA : 5.00

 

BIL.HALAMAN : 40 muka surat

 

SINOPSIS :

 

Nafsu dan kecenderungannya kepada kejahatan serta syahwat yang ditaati akan mematikan hati dan jiwa. Hal ini adalah kerana sekiranya jiwa itu berjaya dikalahkan beerti ia akan mati serta tidak mampu lagi melaksanakan segala ketaatan serta kecenderungan kepada Allah.

 

Rawatannya, setiap individu hendaklah sentiasa berhati-hati serta menolak segala pengaruh kejahatan nafsu itu. Di samping itu ia perlu dikekang serta dipaksa melaksanakan perintah Allah S.W.T. Hal ini adalah kerana tabiat nafsu itu sentiasa bertentangan dengan hukuman Allah S.W.T. Apabila nafsu dapat ditundukkan dengan amal ketaatan beerti ia telah berjaya dikalahkan serta dimatikan.

 

Abu Hafs telah ditanya, “Bagaimanakah caranya seseorang itu dapat membentuk jiwa suci dan sejahtera?’’ Dia menjawab: “Lawanlah kehendak nafsu itu kerana ia adalah sumber segala kejahatan dan kerosakan.”

 

Selain itu, untuk merasa selamat daripada pujukan serta tipu-daya syaitan. Rawatannya, memperbetulkan hakikat pengabdian diri kepada Allah S.W.T. dengan menyempurnakan segala tuntutan dan syarat-syaratnya serta merendah dan menghinakan diri kepada-Nya, semoga Allah S.W.T. akan menganugerahkan pemeliharaan daripada kejahatan syaitan…..

 

(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian : 

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast