Hukum Membaca dan melihat Mushaf Ketika Solat

Tajuk : Hukum Membaca dan melihat Mushaf Ketika Solat

 

Penyusun : Ustaz Haji Shuhadak Mahmud

 

Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

Tahun Terbit : Cetakan Pertama Januari 2011

 

Harga : RM3.00

 

Bil. Halaman : 15 muka surat

 

Sipnosis:

Golongan salaf al-solih mengkhatamkan al-Quran setiap tiga malam, tutjuh malam seperti yang dilauka oleh Qatadah. Ada pula mengkhatamkannya dala tempoh 10 malam seperti Abu al-Raja’ al-Atoridi, manakala Imam al-Aswad pula mengkhatamkannya pada setiap dua malam. Apabila tiba bulan Ramadhan Imam Malik tidak lagi mengadakan periwayatan hadith atau dudk Bersama ulama yang lain. Beliau hanya menumpukan perhatiannya kepada membaca Al-Quran. Demikian juga halnya dengan Imam Sufyan al-Thauri yang meninggalkan seluruh amalan biasanya dan hanya membaca al-Quran. Bagi masyarakat melayu yang kebanyakannya tidak mamhami isi kandungan al-Quran dan tidak pula hafal al-Quran, apakah pendekatan terbaik bagi menarik mereka mendekati al-Quran, masjid dan solat tarawih pada bulan yang menjanjikan seribu rahmat dan keampunan ini? Inilah persoalan yang perlu diperhalusi…………

(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian: 

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast