Hujan Daripada Perspektif Al-Quran & Al-Sunnah

TAJUK BUKU         : Hujan Daripada Perspektif Al-Quran & Al-Sunnah

 

PENULIS                  : Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad

 

PENERBIT               : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

TAHUN TERBIT      : 2008

 

HARGA                      : RM3.00

 

BIL.HALAMAN         : 25 muka surat

 

SINOPSIS:

 

Allah mengurniakan dua bentuk rezeki kepada manusia iaitu rezeki yang berbentuk hissi dan ysng berbentuk ma’nawi. Rezeki berbentuk hissi dapat dikesan dengan deria dan pancaindera seperti harta benda, makan minum, hujan dan lain-lain. Sebaliknya rezeki yang berbentuk ma’nawi adalah rezeki dalam bentuk batin dan tersembunyi dari mata kasar. Ianya dapat dikesan dan dirasai oleh jiwa sanubari dan matahri seperti ikhlas, redha, kasih saying, berkat dan lain-lain.

 

Rezeki yang bersifat hissi dapat dirasai oleh semua orang dengan izin Allah, namun rezeki bersifat ma’nawi hanya dimiliki oleh orang Islam yang mendapat taufiq dan hidayah Allah. Walaupun begitu rezeki yang ma’nawi itulah yang paling besar maknanya di sisi Islam.

 

Jika Allah menahan kedua-dua rezeki ini daripada manusia maka ianya merupakan Ibtila’ bagi orang Islam manakala bala’ yang ingkar Allah. Segala Ibtila’ yang terkena pada orang Islam adalah merupakan satu jalan untuk mereka kembali kepada Allah iaitu dengan mensyukuri segala pemberian-Nya, dan segala bala’ yang menimpa orang kafir itu adalah satu bentuk azab dan tanda kemurkaan Allah kepada mereka.

 

Oleh itu, umat Islam sayugia bersegera kembali kepada Allah dan tidak berbangga-bangga dengan menzahirkan maksiat. Umat Islam sayugia memperkasakan diri dengan melaksanakan ketaatan dengan ikhlas, redha dengan ibadah yang sedikit tetapi berterusan, banyak memohon pertolongan Allah dengan mengangkat tangan dan berdoa.

 

(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian: 

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast