Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri 1994-2004

TAJUK BUKU :

Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri 1994-2004

 

PENYUSUN :

Oleh Unit Istinbat Jabatan Mufti Negeri, Negeri Sembilan

PENERBIT :

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

TAHUN TERBIT : 2007

 

HARGA : 3.00

 

BIL.HALAMAN : 42 muka surat

 

SINOPSIS :

 

Buku Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri 1994-2004, menyatakan tentang fatwa mengenai Aurad Muhammadiah yang dibuat pada 2 Ogos 1994. Kedua tentang buku-buku dan risalah ajaran sesat, mengenai larangan mengidupkan ajaran sesat yang dibuat pada 17 April 1996. Kemudian hukum talqin kepada mayat. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin ialah semasa ihtidar (selepas kematian). Dilarang membid’ahkan mana-mana orang lain, memegang, mengamal atau mengajarkan bacaan talqin, menyiar, menyebarkan, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara bacaan talqin kepada mayat adalah dilarangan., dikeluarkan pada 14 Ogos 1997. Kemudian fatwa mengenai membendung pengaruh Syiah di Malaysia. Ajaran yang selain Ahli Sunnah Wa-Jamaah adalah dilarang. Yang dikeluarkan pada 27 Febuari 1998. Selain itu, mengenai zakat pendapatan. Risalah Tiang Agama menyalahi Aqidah Islam (penggunaan nama Islam pada pertubuhan, dakwaan pengakuan dan sokongan pihak tertentu diperlukan untuk layak masuk syurga, dan penambahan syarat kepada pengiktirafan seorang sebagai orang islam).

Kemudian fatwa mengenai anak luar nikah, wang simpanan KWSP dan PERKESO, hukum mewarnakan rambut, hukum menunaikan ibadah haji sambal bekerja, nisab zakat harta dan zakat fitrah, dan akhir sekali tentang hukum bangunan baru yang ditambah pada masjid.……( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian : 

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast