Bidadari dunia wanita solehah

TAJUK BUKU:

Bidadari dunia wanita solehah

 

PENULIS BUKU:

A.F Amru Al-Haz Adnan

 

PENERBIT:

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

 

TAHUN TERBIT: 2005

 

HARGA: RM3.00

 

BIL. HALAMAN: 20

 

SINOPSIS:

Umat Islam sekarang berada dalam situasi yang membimbangkan, terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Salah satu punca utama ialah kecetekan ilmu pengetahuan tentang syariat Islam. Seseorang yang mempunyai bekalan ilmu agama yang mantap tidak akan cenderung kepada perkara-perkara yang meruntuhkan moral dan agama, justeru ilmu agama perlu disebarkan melalui pelbagai cara, salah satunya penerbitan bahan bacaan.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seseorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seseorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadai tersebut. Bidadari dunia ialah isteri yang solehah, sentiasa taat dan menjaga kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.

Isteri yang solehah adalah harta yang tidak ternilai dimiliki oleh suami. Isteri yang soehah itu selalu memerhatikan tanggungjawab sebagai isteri, dia hanya berbuat sesuatu berteraskan ketaatan kepada Allah.

(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian: 

06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast