Adakah Solat Istikharah Pemutus Kepada Pemilihan?

 

TAJUK BUKU :

Adakah Solat Istikharah Pemutus Kepada Pemilihan?

 

PENYUSUN :

: A.F Shafie b. Muhammad

 

PENERBIT :

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

 

TAHUN TERBIT : Mei 2006

 

HARGA : 1.00

 

BIL.HALAMAN : 12 muka surat

 

SINOPSIS :

 

Solat Istikharah itu menjadi sunat ke atas segala urusan yang diharuskan syara’ dan pada perkara yang memerlukan kepada keputusan memilih satu daripada pilihan-pilihan ada. Contohnya melakukan solat istikharah pada tujuan memilih calon suami/isteri bagi sebuah perkahwinan, melakukan solat istikharah menentukan pemilihan jurusan untuk pembelajaran/pengajian, melakukan solat istikharah memililih sahabat, melakukan solat istikharah memilih pekerjaan/profesyen, melakukan solat istikharah dalam urusan jual beli, melakukan sesuatu perkara dan lain-lain lagi. Solat Sunat Istikharah adalah dilarang pada perkara yang jelas hukumnya haram atau makruh disisi syara’.

 

Kebiasannya di kalangan masyarakat Islam ramai yang menjangkakan bahawa jawapan daripada solat al-Istikharah hanya didapati melalui mimpi semata-mata. Mereka yang menunaikan solat Istikharah ini akan mengharapkan dapat melihat petunjuk berkenaan permintannya di dalam mimpi. Tetapi perlu ditegaskan kepada sesiapa yang melakukan solat istrikharah mimpi semata-mata bukanlah natijah istikharah yang pastinya akan terjadi. Hal ini, kerana petunjuk yang akan terzahir ialah dilapangkan Allah S.W.T hatinya justeru akan mudahlah hatinya membuat keputusan samaada menerima, menetapkan atau menolak sesuatu itu. Selain itu, petunjuk berlaku dengan perubahan keadaan kepada yang lebih baik dan cenderung hatinya untuk mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.T tersebut.

 

Perlu diyakini bahawa petunjuk, pedoman, natijah, keputusan selepas melakukan solat Istikharah itu adalah nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada hambanya lantaran itu hendaklah kita redha dan pasrah walaupun……( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

 

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian : 06-7652526 / 2426 / 2416

 

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast