Adab di perantauan

 

TAJUK BUKU:

Adab di perantauan

 

PENULIS BUKU:

Dr Wajdi Ghanim

 

PENERBIT:

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

 

TAHUN TERBIT: 2009

 

HARGA: RM3.00

 

BIL. HALAMAN: 54

 

SINOPSIS:

Umat Islam sekarang berada dalam situasi yang membimbangkan, terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Salah satu punca utama ialah kecetekan ilmu pengetahuan tentang syariat Islam. Seseorang yang mempunyai bekalan ilmu agama yang mantap tidak akan cenderung kepada perkara-perkara yang meruntuhkan moral dan agama, justeru ilmu agama perlu disebarkan melalui pelbagai cara, salah satunya penerbitan bahan bacaan.

Allah Taala telah menjelaskan di dalam al-Quran supaya orang-orang yang beriman berkenala, mengembara atau berjalan diserata pelusuk bumi. Hal ini adalah kerana pengembaraan merentasi negara dan muka bumi akan menghasilkan natijah yang tertentu. Antara adab di perantauan ialah pertama niat ikhlas kerana Allah, kedua memelihara keperibadian Islam, ketiga mempertingkatkan iltizam terhadap Islam, keempat apakah erti Islam, kelima berbangga dengan syiar Islam serta memeliharanya, keenam berdakwah kepada Allah, ketujuh menjauhi kemurkaan Allah, kelapan nasihat kepada perantau muslim, kesembilan tidak terpedaya dengan dunia, kesepuluh tidak terpengaruh dengan gaya hidup orang kafir, kesebelas solat berjemaah di masjid, keduabelas persaudaraan Islam dan menolak semangat perkauman, ketigabelas mengambil berat tentang isteri ketika di perantauan. Keempatbelas mendidik anak-anak, kelimabelas menjaga silaturrahim dan akhir sekali ialah tidak terperangkap menjadi tali barut musuh.

(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).

Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian: 06-7652526 / 2426 / 2416

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast