Zihar

Soalan:

Saya ingin memohon pejelasan lanjut berkaitan Hukum Zihar. Untuk makluman lebih kurang 15 tahun yang lalu ketika saya dan isteri saya menziarahi nenek saya yang sakit di hospital, saya dengan tanpa niat apa-apa telah bergurau dengan isteri saya dengan mengatakan¬†“tangan isteri saya berkedut sama macam tangan nenek saya”. Bahagian tangan yang saya maksudkan adalah tapak tangan isteri saya. Pada ketika itu pemahaman saya berkaiatan zihar juga tidak berapa jelas. Saya pun tidak pasti sama ada ia jatuh hukum zihar atau tidak.

Adakah dengan ungkapan tersebut di atas di kira zihar? Apa yang harus saya lakukan kerana saya berasa was-was berkaitan dengan isu ini. Untuk makluman saya juga mempunyai 1 anak perempuan dan 3 anak lelaki hasil perkahwinan dengan isteri. Apakah isu zihar mempunyai implikasi dan kaitan juga dengan anak-anak saya?

Jawapan:

Zihar bermaksud seorang suami menyamakan isterinya dari sudut pengharaman dengan seorang daripada mahramnya seperti ibu, adik beradik perempuannya, nenek dan seumpamanya.

Zihar merupakan adat masyarakat jahiliyyah yang diamalkan untuk berpisah dengan isterinya dan menggantung isteri agar tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain. Apabila berlakunya zihar maka haram lelaki itu bersetubuh dengan isterinya sehingga kaffarah ditunai.

Lafaz yang membawa makna zihar terbahagi kepada dua,

  1. lafaz nyata (sorih) iaitu lafaz zihar nyata iaitu lafaz yang tidak membawa makna lain selain zihar.

Contoh, suami berkata kepada isterinya, bagiku seperti belakang ibuku,

Apabila seorang suami berkata demikian dia telah menziharkan isterinya, sama ada dengan niat ataupun tidak selagi dia mempunyai syarat sah talaq, iaitu cerdik berakal serta sedar makna yang diucapnya.

2. lafaz kiasan (kinayah) iaitu lafaz yang boleh diandaikan membawa makna zihar dan bukan zihar

Contoh, suami berkata kepada isterinya, bagiku engkau seperti ibu dan adik-beradik perempuanku atau, padaku engkau seumpama emak dan adik perempuanku.

Apabila seorang suami berkata demikian maka makna ungkapan tersebut adalah menurut yang dimaksudkannya. Justeru ia adalah zihar jika suami yang mengungkapkannya bermaksud demikian.

Sebaliknya, jika seorang suami bertujuan menyamakan isterinya dengan ibu dan adik beradik perempuannya dari sudut kemuliaan dan penghormatan maka ia tidak dianggap zihar.

Kesimpulannya, lafaz yang tuan lafazkan adalah lafaz kinayah, tidak akan dikira sebagai zihar melainkan si suami benar-benar berniat untuk menziharkan isterinya. Apa pun lafaz-lafaz kinayah seperti di atas kebiasaannya dalam adat Melayu bermaksud memuliakan si isteri seperti mana si suami memuliakan ibu dan neneknya, niat seperti ini tidak dikira sebagai zihar.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast