Wang pampasan

Soalan:

  1. Adakah wang pampasan yang dituntut lawan kes kemalangan merupakan wang harta pusaka si mati?
  2. Jika dia merupakan harta pusaka, siapakah yang layak untuk terimanya? Sewaktu si mati meninggal, dia meninggalkan seorang anak perempuan, isteri, ayah dan lima (5) orang adik beradik perempuan. Selepas setahun kemudian ayahnya pula meninggal dunia.
  3. Jika bukan harta pusaka si mati, saya memohon pihak tuan/puan memberi surat bukti kepada saya supaya ahli keluarga arwah tidak tuntut wang pampasan itu kepada saya kerana mereka menganggapkan wang pampasan adalah harta pusaka si mati.

Jawapan 1 – 3:

Wang pampasan atau wang sepenuhnya pemberian daripada syarikat di atas sebab kematian tidak termasuk dalam harta Tarikah (harta pusaka). Penama atau orang yang menerima pemberian wang tersebut harus membelanjakan wang tersebut mengikut kehendaknya, sama ada menggunakannya bagi keperluan diri sendiri, memberikannya kepada orang lain atau sebagainya. Wang tersebut tidak termasuk di dalam harta yang perlu difaraidkan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 yang bersidang pada 19 September 2000 telah membincangkan Wang Pampasan Kematian Pekerja Yang Dianugerahkan Oleh Kerajaan Atau Syarikat Swasta. Muzakarah telah memutuskan bahawa wang pampasan yang diperolehi dari kematian pekerja, wang pampasan melalui tuntutan mahkamah, wang SOCSO dan seumpamanya tidak dianggap harta pusaka.

 

  1. Berapakah jumlah yang harus saya faraidkan wang KWSP untuk anak, isteri dan bapa arwah yang berjumlah tujuh ribu lima ratus sahaja (RM7500).
WARISPMBHGN

ASAL

TASH-HIEHRM
1 Isteri1/81/8RM   937.50
Bapa3/83/8RM2,812.50
1 Anak Perempuan1/24/8RM3,750.00
5 Saudara Perempuan Kandung0/10/8RM       0.00

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast