Bahagian daging qurban

Soalan:

Apakah hukum sekiranya sebahagian daging qurban dimasak dan dihidangkan kepada orang yang menolong di dalam acara qurban di masjid?

Jawapan:

Daging qurban lebih utama disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah iaitu belum dimasak.

Pembahagian daging qurban

(a) Pembahagian daging qurban wajib (nazar):

Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

(b) Pembahagian daging qurban sunat:

  1. 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya;
  2. 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir miskin;
  3. 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Yang paling afdal ialah bersedekah semuanya dan orang yang berqurban makan sedikit untuk mendapat keberkatan.

Soalan:

Apakah hukum sekiranya bahagian tulang qurban diberi kepada orang yang menolong di dalam acara qurban?

Jawapan:

Harus sebagai sedekah atau hadiah seperti mana yang diberi kepada orang-orang lain, asalkan bukan niat upah.

Ulama’ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan qurban sebagai upah kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi s.a.w di dalam hadis Sayyidina Ali:

“Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih).

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan bahagian daripada binatang qurban itu sebagai upahnya.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast