Bahagian daging qurban

Soalan :

Saya ada kemuskilan mengenai cara pembahagian daging qurban yang dibuat bersama dengan akikah.

Seekor lembu boleh untuk 7 bahagian qurban. Tapi apabila dalam 7 bahagian tadi termasuk 2 bahagian untuk akikah. Bagaimana cara pembahagian sebenar yang ditentukan oleh syarak.

Jawapan :

Unta, kerbau dan lembu boleh dikongsi oleh 7 orang walaupun berlainan niat. Jika disembelih seekor lembu atau unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.

Berkata Imam an-Nawawi kitabnya al-Majmu’;

Dalam perkara ini, tidak terdapat sebarang halangan untuk menjadikan 2 bahagian ataupun lebih daripada lembu tersebut untuk diniatkan menjadi sembelihan aqiqah. Manakala bahagian yang lain pula diniatkan untuk qurban.

Walau bagaimanapun, bahagian yang telah diniatkan untuk aqiqah adalah sunat untuk dimasak terlebih dahulu dengan masakan yang manis sebelum disedekahkan kepada golongan fakir miskin.

Sebelum melaksanakan pengagihan daging qurban, tindakan pertama yang wajib dilakukan ialah mengasingkan antara daging bahagian qurban wajib daripada daging bahagian qurban sunat sebelum diagihkan kepada penerima. Hal ini jika perkongsian tujuh bahagian itu berlaku antara mereka yang berniat qurban wajib dengan mereka yang berniat qurban sunat, atau ada bahagian yang diniatkan untuk aqiqah. Ini langkah pertama yang amat penting kerana daging qurban wajib, wajib diagihkan kepada yang berhak kesemuanya, begitu juga dengan bahagian aqiqah yang ada cara pengagihannya yang sedikit berbeza dengan pengagihan qurban sunat.

Di dalam mazhab Syafie yang mengatakan bahawa berkongsi bahagian dalam seekor lembu korban dengan niat yang berbeza adalah dibenarkan, dan setiap orang mendapat hak masing-masing.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast