Harta luqatah

Soalan:

Harta benda pesakit tidak berwaris yang diterima daripada Hospital Tuanku Jaafar

24 buah telefon bimbit – model lama

15 utas jam

Sejumlah barangan kemas/perhiasan termasuk cincin, rantai, subang dan gelang (emas & besi)

Sejumlah dompet yang ada wang 50 sen dan 20 sen di dalamnya

Tiada senarai nama pemilik, terdapat bukan warganegara, status pesakit tidak diketahui hidup atau mati

Jawapan:

  1. Apakah status harta-harta yang diterima ini, pusaka atau luqatah?

Luqatah

  1. Adakah status harta bagi pesakit muslim dan non-muslim ini sama atau berbeza?

Statusnya sama

  1. Bagaimana dengan harta pesakit bukan warganegara?

Statusnya sama

  1. Apakah kaedah yang terbaik untuk menguruskan harta-harta ini?

(i) Sekiranya ia harta yang mempunyai nilai (wang, gelang, dan cincin emas)

Jika barang tersebut merupakan barang berharga, dimana si pemilik yang kehilangan tersebut sedih dan merasa kehilangan yang sangat atas hilangnya barang tersebut, maka diwajibkan kepada orang yang menemukannya untuk mengumumkannya selama setahun penuh, di pintu-pintu masjid (papan pengumuman), khalayak ramai, media cetak atau media lainnya seperti radio dan sebagainya. Jika selama tempoh satu tahun itu ada yang mengaku sebagai pemiliknya dan dapat membuktikan kepemilikannya, maka barang tersebut harus diserahkan. namun jika tidak ada, maka barang tersebut menjadi haknya. Dia boleh menggunakannya tetapi jika dikemudian hari si pemilik sahnya datang, maka dia hendaklah menggantinya.

Hadith Nabi s.a.w

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ اللُّقَطَةِ الذَّهَبِ أَوْ الْوَرِقِ فَقَالَ اعْرِفْ وِكَاءَهَا وَعِفَاصَهَا ثُمَّ عَرِّفْهَا سَنَةً فَإِنْ لَمْ تَعْرِفْ فَاسْتَنْفِقْهَا وَلْتَكُنْ وَدِيعَةً عِنْدَكَ فَإِنْ جَاءَ طَالِبُهَا يَوْمًا مِنْ الدَّهْرِ فَأَدِّهَا اليه

Yang bermaksud, Rasulullah ditanya tentang barang temuan berupa emas atau perak, lalu Baginda bersabda, Kenalilah ikatan atau bungkusannya, kemudian umumkan selama setahun, jika kamu tidak kenali pemiliknya, gunalah ia dan jadikan nilainya sebagai simpanan kamu. Jika pemiliknya datang menuntutnya pada bila-bila masa, hendaklah kamu serahkan kepadanya.  (Bukhori 1722, Muslim 91)

 (ii) Sekiranya ia harta yang dianggap kurang bernilai (telefon model lama dan jam tangan yang tidak berfungsi)

(iii) Sekiranya ia harta yang dianggap tidak bernilai (dompet lusuh dan rantai besi)

Jawapan (ii) dan (iii)

Jika barang tersebut merupakan sesuatu yang tidak terlalu berharga dimana si pemilik yang kehilangan tersebut tidak terlalu mempedulikannya atau tidak sedih atas kehilangan sesuatu tersebut seperti beberapa buah kurma, anggur, jajan, tongkat, pakaian bekas dan yang seumpamanya, maka diperbolehkan bagi yang orang yang menemukan untuk memakannya (jika itu makanan) atau mempergunakan dan memanfaatkannya langsung tanpa harus mengumumkannya dan menjaganya.

Hadith

 رخص لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل وأشباهه يلتقطه الرجل ينتفع به .

Yang bermaksud, Rasulullah s.a.w memberikan rukhsoh (kemudahan) kepada kami pada tongkat, cambuk, biji-bijian dan yang semisalnya, untuk mengambilnya dan memanfaatkannya” (Abu Daud)

Maksud ‘memanfaatkan’ bukan memiliki. Semua Jenis luqathah di atas boleh dimanfaatkan apabila telah ditunaikan hak-haknya. Tapi yang perlu diingat, kebolehannya hanya memanfaatkan, bukan memiliki. Jika setelah 10 tahun pemiliknya memintanya dikembalikan, harus bersedia menggantinya.

 

 

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast