Nama Damiya

Soalan:

Penjelasan nama Damiya

Jawapan:

Mungkin terdapat perbezaan dari segi ejaan kerana ia dipindahkan daripada bahasa yang lain, sama ada arab atau lainnya, seperti:

Damiya, Damia, Damea, Dameea, Damiaa, Damiia, Dyamia, Dyamyia

Sebenarnya bergantung kepada ejaan dalam Bahasa Arab.

Damia (دامية) adalah nama tempat di Jordan.

Damiya’ (دامياء) pula bermaksud kebaikan dan keberkatan.

Damiya’ (دمياء) maknanya ialah nama sejenis pokok.

Kalau dieja (دمي) atau (داميا) bermaksud berdarah.

Yang betul ejaan دامياء bermaksud kebaikan dan keberkatan. Lebih elok ejaan ditambah dengan hamzah seperti DAMIYA’ / DAMIA’ (دامياء).

Tidak perlu tukar nama, hanya betulkan ejaan menurut bunyi sebutan dalam Bahasa Arab. Agama tidak melarang apa-apa nama. Selagi ia tidak membawa maksud yang tidak baik.

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast