Cerai ta’lik

Soalan:

Pada 24.12.15 saya dan suami telah bertengkar dan suami ada memberi lafaz ta’liq berbunyi jika kau keluar rumah malam ni pergi rumah mak kau jatuh talak 3. Pada ketika itu saya tidak keluar pergi kemana-mana sebaliknya saya menangis dan memohon maaf kepada suami.

Dan tiada lagi pergaduhan selepas itu. Pada 28.11.16 suami telah memfailkan pengesahan ini di pejabat agama Daerah Jelebu, dan telah mendapati ta’liq yg diberi adalah sah. Dan mahkamah mensabitkan talak 3. Kini saya membuat rayuan pada Mahkamah Tinggi Syariah di Seremban berkenaan kes ini. Saya tidak mengambil mana-mana peguam kerana saya tidak mampu akan tetapi saya akan mengemukakan dokumen yang diminta oleh pihak mahkamah kerana saya dan suami tidak mahu bercerai.

Saya berharap pihak tuan/puan mampu memberikan jawapan sebagai rujukan saya,kerjasama tuan/puan amat saya hargai..

Jawapan:

lafaz ta’liq suami berbunyi jika kau keluar rumah malam ni pergi rumah mak kau jatuh talak 3..pada ketika itu saya tidak keluar pergi kemana-mana.

Jika isteri tetap keluar dari rumah pada malam tersebut setelah memahami ucapan yang dibuat oleh suaminya maka jatuhlah talak ke atasnya.

Tetapi ada lafaz tambahan “malam ni” dalam lafaz yang diucapkan oleh suami dan “isteri tidak keluar pada malam tersebut”, maka jika isteri keluar dari rumah pada esok hari, lusa atau sebagainya maka tidaklah jatuh talak ke atasnya. Walau bagaimanapun, pasangan dinasihatkan agar membuat pengaduan di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahannya.

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast